Mari join..:)

Monday, May 16, 2016

Geng Mr. DIY

Aku rasa banyak kali kot dalam blog ni aku sebut pasal Gemok ni the biggest influencer untuk aku. Haha, maybe sebab dia ja kawan aku yang jenis suka cerita pasal sesuatu secara details. Contoh, masa dia minat berkebun tu, semua nama pokok keluar, pastu dia bagi la gambar,jenis tanah la, baja la apa yang dia guna, pastu petang2 je kata balik keje nak berkebun.


Lain dari tu. Masa aku rajin lepak rumah dia dulu, kan dia pakai 125. So kalau motor tu ada problem ke, aku dok la sekali tengok head la block retak la apa. Moto honda dengan yamaha sah2 la lain kan part dia. Design pun lain sebab yamaha more to style,honda more to functional je. So bila kawan dengan dia tu,tau la sikit2. Sikit jelah,aku bukan rajin sangat. Aku bab2 mekanikal ni malas, sebab tu amik elektronik.


So, masa dulu2 kan. Kalau g Jusco Perda, tempat yang mesti singgah ialah Mr. Diy. Pastu dia compare Mr. Diy mana lagi kemas. Dia kata yang kat rumah dia pekerja rajin (tesco Extra Seberang Jaya) so semua kemas. Pastu ada sekali lalu pekan Bukit Mertajam,dia tunjuk Mr. Diy tu kata situ besar pastu dia standalone,tak dok dalam mall. Lalu kat Air Itam pun sama, nampak je dia walaupun tak biasa gi yang tu. Dah tu,selalu jugak dia kata nak kejap lagi nak g mr. Diy. Eh motip report kan. Takdela tiap masa dia report,tapi sebab banyak kali dengar nama tu. Aku macam hisy, asyik2 situ.


Maklumla, Kampar Teluk Intan takde dulu. Baru tahun lepas kot bukak kat Kampar. Masa baru bukak kat Giant tu, aku ajak mak pergi kata nak beli wiper. Sekali belek punye belek,tak berkenan sebab tak banyak pilihan. Sudahnya mak aku beli acu kuih bagai. Aku pulak beli tong sampah untuk kereta. Comel tau kaler pink. Arghh gambar mana gambar.


Erm..tapi selalu jugak aku masuk hardware store apek, tak pun bahagian hardware kat Tesco tu, kan aku rajin ikut ayah gi mana2. Memang aku suka masuk bahagian situ tengok barang, tengok je tak tau apa yang syok pun. Haha. Aku pun kalau orang suruh bertukang ke tukar paip ke aku memang fail. Apa guna orang laki kat rumah tu kan kalau semua pompuan nak buat.


So kadang2 tu,bila keluar sekali kan. Mesti jumpa kat mana2,pastu naik satu kereta. Pastu ada la satu Mr. Diy ni baru bukak, mall tu baru buka, nama Udini Square. Sambung dengan Tesco Sg Pinang. Masa mula2 dok pulau, fikir kat mana la Mr. Diy yang paling dekat. Bila search, semuanya belah Georgetown. Aku memang berat sangat nak pi belah Georgetown ni, rasa jauh giler. Pastu mall belah sana, aku memang tak suka pi sorang sebab tak berapa mahir jalan dalam mall tu. So yang paling dekat Udini la, pastu parking dia tak payah bayar macam Tesco jugak haha. So Tesco tu la selalu jadi meeting point, sebab Tesco tu sape2 datang pulau kalau nak pergi belah Georgetown,mesti jumpa la Tesco tu. Dah meeting point pun kat situ, sah2 la tiap kali jumpa mesti pergi Mr. Diy tu. Siap gelar diri duta Diy.


So semalam jumpa la kat Tesco. Pastu pusing punya pusing la town,selalu mesti try tempat yang tak biasa pi. Pergi Taman Rimba Teluk Bahang,sebelah je dengan Taman Rama Rama yang baru siap renovate tu,cantik dari luar nampak futuristik. Tapi malas nak masuk lagi,ingat nanti nak bawak adik pi. Teluk Bahang tu, aku pergi dah berapa kali, kan hiking pergi Monkey beach tu, Muka Head Lighthouse la,tapi tak perasan pun taman rimba tu haha. Escape tu nampak je.Sebelah2 je. Aritu agak famous juga taman rimba tu kat FB backpackers BBM,nampak cantik le pulak. Dah makan2 tangkap gambor, pastu sambung berpusing2 lagi,balik le ke Tesco.


Sampai Tesco dia tanya, nak balik terus ke. Tak nak masuk Mr. Diy? Bosan la takde kawan gaduh.


Usik mengusik semakin lama menjadi rindu. Eh


No comments:

Post a Comment