Mari join..:)

Monday, May 23, 2016

Five Enough lagi dan lagi

Haha, nampak sangat dah addicted dengan cite ni kan. Ok semalam tengok episod 26 kat 391. Gigih pergi beli makanan berbuka awal sebab nak dok depan tv kol 6.50. Oh, aku tak habis ganti puasa lagi. Bukan puasa sunat ye. Doakan aku berjaya habiskan, rasa macam kufur nikmat lak tak habis ganti puasa.


So, macam aku cakap sebelum ni. Ada banyak kisah cinta dalam kebanyakan drama korea yang kekeluargaan gini. So banyak jugak part kelakar dan menyindir. Episod lepas (Sabtu) bekas mak mentua hero datang jumpa heroin. Marah2 semua. Memang character mak dan bapak mertua hero tu semacam sikit. So heroin cakap,diorang takde perancangan untuk re-marry. Episod ni pulak, mak dan bapak mertua hero tu terjumpa kertas wishlist heroin tu kat dalam poket baju hero. Dan dalam wishlist tu,takde pasal re-marry. Hmmm. Ok ni pasal hero ngan heroin.


Adik hero, Hotae ada girlfriend. Kebetulan pula, girlfriend dia sebenarnya bekerja dengan mak bapak dia. Mak bapak diorang ada kedai makan. So girlfriend dia ter-mengandung la. Pastu, mak Hotae ni dapat tahu, dan galakkan perempuan tu pergi jumpa mak boyfriend dia. Which is,dia sendiri la. Haha, ni yang lawak. Sampai la ke akhir episod perempuan ni sampai depan rumah diorang pun pergi kol ahjumma ni cakap nervous nak jumpa. Ahjumma ni kemain la keluarkan ayat, tak taula nanti dia pengsan ke apa bila tahu hal sebenar haha. Dahla dok kutuk boyfriend perempuan ni aka anak sendiri kat perempuan ni huhu.


Adik hero yang perempuan, Yeon tae pulak dah berkawan dengan Sang min. Ala Sangmin yang kacak tu.

Ni masa episod 24 kot, dia dok angau. Masa ni lawak, dia asyik la nak ter-lalu depan rumah Yeontae. Pastu nampak semua perempuan macam Yeontae. So sudahnya dia jumpa Yeontae ajak diorang berkawan,kawan biasa la. So macam2 la alasan dia bagi kat Yeontae, kawan kena jumpa selalu la. Kena bagi bunga kat parents kawan untuk Parents day la, kawan kena selalu ada aktiviti yang disukai bersama la. Yeontae ni pun naif je dengan Sangmin, percaya je. Haha sebenarnya banyak je yang meragukan, tapi Sangmin ni cover. Part tu pun lawak dah,nampak sangat nipunye.
 
 
Lepas tu kan, Yeontae ni suka membaca,berbasikal. Pastu Sangmin pun kata,haa dia pun suka jugak. Padahalllll. Pastu dia dok rungsing cakap dengan adik dia Taemin takut kalau Yeontae tak suka apa yang dia suka. Adehhh ade jugak orang camni. Huhu. Dan jeng jeng jeng, kan Yeontae ada crush pada Taemin ni selama 7tahun,pastu frust sebab Taemin couple dengan kawan baik sendiri (merangkap adik ipar abang dia) which is punca Yeontae dan Sangmin berkenalan. Sangmin tanya Taemin,dulu ko pernah ada crush dengan gadis biasa kan? OMG adakah Taemin pun suka Yeontae dulu? Huhuhu sebab dia kata gadis yang dia suka tu pun suka membaca huhu. Jeng jeng jeng sangat.
 
 
Pastu kita move to Taemin pulak. Taemin kan bercinta dengan Jinjung,adik ipar Sangtae (hero) merangkap kawan baik Yeontae tadi. So mak bapak Jinjung tak suka Taemin sebab nampak Taemin hantar Jinjung balik pakai kereta dia. Sebab dulu Jinjung pernah belikan moto besar kat ex boyfriend. So parents Jinjung ni ingat,laki ni miskin dan nak ambil kesempatan kat Jinjung jugak. Pastu dok kutuk2 Taemin ni laki tak guna la apa. Parents dia sibuk nak kenenkan Jinjung dengan Sangmin, abang Taemin tu sebab bapak Jinjung suka golf dan dia minat Sangmin. Bagi dia Sangmin calon terbaik la jadi menantu. Padahal Sangmin tu abang boyfriend anak dia.
 
 
So Taemin ni cikgu,merangkap guru kelas anak sedara si Jinjung ni. Tapi Jinjung tak tau. Yeontae tau sebab dia pun cikgu kat situ. Haa pening kan banyak gila merangkap. Ada kes kat sekolah, anak sedara Jinjung ni cakap tak elok kat kawan2 dia. Macam mencarut la kot. So Taemin panggil la nenek pada anak sedara Jinjung ni datang sekolah jumpa,kira bakal mak mertua la haha. Dah jumpa, nenek ni kata baiknya budak ni la apa. Padahal kat rumah dok kutuk laki tak guna pada Taemin ni. Haha,ni lawak. Menyindir sangat. Nampak sangat jangan menilai seseorang dari luaran je kan huhu
 
 
 
Oh ye,korang takyah tengok cite tu pun takpe. Aku cite detail dah kat sini *sindir diri sendiri haha
 


No comments:

Post a Comment