Mari join..:)

Tuesday, May 31, 2016

Cubaan ber-mekap

Sabtu lepas ada kenduri, sepupu mak jemput. Dia dok Penang. Sepupu mak ni, asal Kuala Kubu Bharu. Ayah dia, adik arwah tok aku, aku panggil Tok Alang dulu askar masa zaman Jepun. Motip aku cerita, sebab tak kenal anak2 tok alang ni kecuali sorang yang selalu bertegur sapa kat facebook. Haha. Tu pun tau tu sepupu mak sebab dia bubuh nama penuh, tapi tak tau pangkat dia apa. Masa kenduri baru tau ooo Mak Tam. 


Aku ingat dulu masa aku dengan Fizah kerja Honda, masa bulan puasa kami selalu singgah bazar Ramadan kat Bertam on the way balik SP rumah fizah. Bazar yang kami selalu pergi tu, depan rumah makcik tu je. Haha, tu la tak kenal sedara lagi. Kalau tak lehla makan free, eh.


So pagi tu dalam kol 9-10 gitu, siap2 la mandi apa. Aku cakap dengan Saadah, tolong jadi MUA (make-up artist) yong harini. So dia suruh la aku pakai meiko as foundation. Meiko ni, dulu aku pakai dalam tahun 2012 gitu. Kakak2 Gemok la yang mula pakai,pastu aku try. Yang kuang hajo nye, Gemok kata eh sesuai pulak aku pakai nombor yang sama dengan kakak dia. Kalau orang kulit tak berapa cerah pastu pakai nombor yang cerah, nanti jadi kelabu kan. Dia nak kata aku tak secerah kakak dia la tu. Ceh. 


Masa tu pulak, I baru bubuh toner dengan moisturizer. Pastu buh meiko dia macam diserap. Pastu jadi rupa di bawah. Aku pun tak taula bertapuk ke apa haha. Pastu aku buh lip ice sheer color, silky girl plum kat atas haha.  Motip buh dua2 kan. Huhu. Pastu adik aku lukiskan eyeliner. 


Aku kan tak suka eyeliner, sebab aku rasa lepas tu jadi gothic semacam. Sebab kan kulit kat sekitar mata tu tak berapa sekata, so bila buh hitam2 kat mata, jadi macam kena tumbuk huhu. So adik aku kata, buh atas je dengan bawah tapi buh separuh je jangan sampai habis. Nanti jadi gothic. Pastu dia kata susahla mata yong sepet macam mak pastu aku asyik kedip2 mata haha. Pfffft sepet la sangat kan. 


Blusher ke apa, aku tak pakai. Eyeshadow pun kaler silver so tak berapa nampak. Eyeliner pun sebab mata cemey sebelah, so tak nampak pun kan yang belah kanan tu haha. Mata yang belah kiri ada kelopak leh la nampak sikit huhu. Kening aku rasa, kalau lukis mau berjam baru siap haha.

Kening hampir hilang cis. Takyah tertipu sangat dengan gambar ni, dia buat muka jadi flawless terus. Tapi tengok la adik aku yang kat belakang tu, dia la yang tolong aku mekap haha. Dia kalau siap memang memakan masa ye. Mandi lama, mekap lagi. Lain kan muke kitorang. Dia sorang je muka lain, kitorang semua iras2 je huhu. Tapi bak kata diorang, muka aku hampir fotostat muke mak aku. Beza nya tang hidung pastu mak aku tulang pipi tinggi. Kening dia lagi tak nampak huhu. Eh mana tah gambar mak. 



Haha, ok la nak belajar lukis kening. Eh

3 comments:

  1. Hehehe comel huda.
    Huda boleh belajar basic mekap je. Belajar sndiri hehe.

    Ada foundation,ada compact powder,ada lipstik pon dah ok. Eyeshadow cr warna2 yg natural. mcm brown blend dgn pink skit.

    Lama2 nnti mesti suke hehe. eka pon x suka sgt pakai eyeliner. pakai mascara jer

    ReplyDelete
  2. haha, tq eka..

    huda jenis beli satu2. masa praktikal ada eye shadow je. hari2 pakai. tp pakai slow2 je xberapa nmpk pun. sekali pakai lipstik,mmber laki suma tegur kata xsesuai merah sgt bla3 terus g cuci haha. pastu tiba2 g beli maskara dgn eyeliner,tiba2 ilang (adik curi) haha.kes adik curi tu mmg byk kali kahkah..

    huda mcm minat nk pki eyeliner, sbb bila tengok org pakai muka jadi lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe huda cr lipstick yg warna agak slow tp ppinkish skit pon oke dah. Hahaha pakai eyeliner buat wings kit

      Delete