Mari join..:)

Wednesday, May 4, 2016

Captain America: Civil War

Semalam(28/4) dalam kol 11 gitu dapat hidayah (puiii) nak gi tengok Captain America. So terus check showtime. Ah pegi sorang jela malas nak tunggu orang. So click2 showtime kol 6.20petang, ok la aku rasa sebab dekat je pun,mesti sempat. Aku tak nak balik lewat sangat sebab nanti esoknya nak drive balik kampung pulak. So malam Jumaat kena tido cukup. Tengok seat,perghh banyak kosong lagi ni, aku pun book la belakang sekali, A4. Sekali pi mesej member sat nak tengok sekali tak. So cancel dulu. Aku pun book A3 sebab kononnya nanti kalau kawan nak join bole la dok A4 tu. Takkan la ada orang nak dok sebelah aku kan. Forever alone la manusia tu (macam mengata diri sendiri je ni haha). Ok fine,sekali kawan aku tak nak. So I went alone. Dan sudahnya,tempat A4 tu ada apek duduk. Tapi lantakla, aku datang tengok wayang je bukan buat wayang. Eh


Terbaik sekali, jalan jem dan aku sampai kat tempat duduk A3 tu kol 6.50. Puiii time tu la nak jem bagai.


So starting cite tu, I blur sikit. Aku pun tak sure aku ada tengok tak 2 siri Captain America sebelum ni. Aku rasa tengok yang first je kot. Masa captain america baru jaga dari tido tu,tengok2 bangun 70tahun selepas. Ingat Ashabul Kahfi? Haha emo.


Episod ni,diorang kena sain satu perjanjian ni. Kiranya lepas ni Avengers under control, takleh suka2 bertindak sendiri lagi. So Ironman (my heartthrob haha) nak sain,tapi Captain America tak setuju. Masa nak sain tu pulak, ada pengeboman kat tempat diorang bersidang tu dan mengorbankan King of Wakanda (ke Nigeria lupa dah). So diorang dapat capture wajah pengebom tu dan sahkan dia winter soldier yang kawan kepada Captain America. Aku tak sure pasal winter soldier ni, first time tengok.  So tak tau cite pasal dia. Tapi dia pun bangun 70tahun selepas macam Captain America tu.


So tu yang jadi ada 2 team tu. Episod Avengers yang last kan ada 2 adik beradik yang dapat power tu,Quicksilver ngan Wanda, yang Quicksilver tu mati masa last episod. Eh tetiba ingat pasal tu kan,dah Quicksilver tu hensem kan,kikiki. So Wanda masuk team Captain America, pastu winter soldier, Antman (aku tak tengok Antman) pastu yang bole terbang tu. Team Ironman ada Spiderman, tu yang menarik sikit. Kan Spiderman selalu sorang2 dia je,tak masuk geng Marvel. Memang dah digembar-gemburkan sebelum ni. So ramai yang excited tunggu. Banyak part kelakar kat Spiderman tu. Haha.


Ok la,tak tau nak cite ape sebenarnya. Haha,yang penting cite Avengers tak pernah mengecewakan. Lain la dari Batman vs Superman aritu,tak berapa syok.



No comments:

Post a Comment