Mari join..:)

Tuesday, May 24, 2016

Asal nak puasa je mesti...

Kat kampung aku ada satu trend. Kampung tempat aku dibesarkan tu, Air Kuning. Eh depa tak sebut air. Ayor. Haha. So asal nak puasa je,ada satu benda ni rata2 orang akan buat...


KENDURI MENYAMBUT PUASA
 
 
Yea right. Setiap tahun akan ada banyak jemputan kenduri gini sebelum puasa, berlumba-lumba orang buat. Sampai ada satu tahun tu mak aku cakap, pelik betul orang sini. Kalau buat kenduri jamu orang berbuka puasa,kan bagus. Banyak pahalanya jamu orang berbuka. Sambut puasa buat ape kan.
 
 
Well,aku rasa takde yang salah pun jamu orang makan. Kira sedekah kan. Cuma, tak perlulah jadikan kenduri ni macam wajib. Tiap tahun mesti kena buat,dah jadi tradisi. Selidik dulu, Rasulullah s.a.w dulu ada buat ke kenduri menyambut puasa ni?
 
 
Renung-renungkan,dan selamat beramal hehe.

No comments:

Post a Comment