Mari join..:)

Wednesday, May 4, 2016

Aircon punya pasal.

Aritu kan opah dok umah aku beberapa bulan. Lepas dia sakit masuk hospital aritu, mak jaga dia kat Klang. Pastu ikut balik umah sekali. So start musim panas gila tu, opah mengadu panas, ayah pun gi la pasang aircon. Opah dok bilik aku, sebab ada bilik air kan. So bilik aku la yang ada aircon tu haha.
 
 
Lepas opah balik Jeram, eh sebenarnya dari masa opah ada. Memang dia dok berulang masuk bilik tu,sama dengan Qaisara jugak. Pastu dok tido jugak dalam bilik tu. Aritu Jumaat malam kan adik2 aku yang dok asrama semua ada kat umah. Macam ramai sangat padahal 2 orang je. So adik yang pompuan tu memang tido dalam bilik (aku suke tido luar) tapi malam tu aku rasa malas nak bentang toto so tido jela dalam bilik. Malam tu aku sedar dalam kol 4 adik datang masuk bilik tapi pastu dia keluar balik. Haha,dia memang jenis tido berjalan. Tengah2 malam pindah tempat tidur. So dia tengok kami berdua ada dalam,tak jadi la dia tido situ. Sian huhu.
 
 
So malam tadi. Dia sibuk main lego,bukan lego sebenarnya tapi lebih kurang lego la. Main lego atas katil. Aku da ngantuk gila, dahla senggugut pastu gi cameron balik hari pulak. Memang letih la. Dari 9.15 terkebil2 nak tido. Pastu dok main dengan dia, main cucuk2 pinggang dia pastu dia buat2 jatuh la,layan jela peel adik bongsu tu. Last2 dia terlelap,baru la aku bole tido. Pastu 11.30 terjaga nak kencing, tengok eh sedap je dia berselimut. Dia ni la satu2nya adik aku yang tak suka berselimut sejak baby. Baby kan ada selimut comel tu. Tapi dia tak nak. Kalau letak tu,mesti selimut tu akan ke tepi. Kaki dia akan tolak2.
 
 
Selimut kesayangan aku tu. Nampak je selimut yang biasa, tapi asal balik umah je aku mesti cari tu bila nak tido huhu. Besor, 10orang leh muat huhu. Suhu 24 pun aku gigil dah semalam.

No comments:

Post a Comment