Mari join..:)

Thursday, May 5, 2016

100 benda pasal Taayah yang tak dapat dilupakan. Part 1

Atas permintaan YM Raja Zubaidah Raja Sabaradin, marilah buat satu entri pasal Taayah. Huhu.


#1 First day daftar,sedih sangat. Masa mula turun kete, ada senior kot 2orang tengok aku pastu bisik2. Tak taulah cakap ape. Daftar 10/2/2000. Ingat tarikh ni sampai bila2.

#2 Bilik bermastautin masa Form 1 ialah RPBD. I rasa bilik paling best compared dengan 3 lagi bilik. Masa mula masuk tu, orang first dikenali ialah Ainsyahdu. Org teluk intan, dah tinggal sekolah jumpa balik tengok2 sedare pulak sebenarnya haha.

#3 Kenal k.Yanti. Masa buat halaqah kat surau (bersembang le kisahnye) ada satu kumpulan akak2 ni suke tengok2 pastu gelak2. Perasan le depa tu usya.Pastu ada sekali masa ada event kat rumah biru. Ada akak ni panggil.Nama dia Syakila kot.So Syakila ni kata la ada akak ni nak buat jadi Adik Sembang ke ape tah.Eh pelik2 pulak gelarannya.Tapi masa tu depa tanya,perasan tak kami dok usya2? Aku dengan innocent nya cakap ye. Haha. Btw akak ni 3T masa tu, masa form 4 dia keluar. So rajin gak la berutus surat masa form 2. Dia dok Serdang,Kedah dan lahir bulan April jugak.Hehe. Yang lawak masa form berapa tah,ada sorang akak ni tunjuk gambar aku dengan kak Yanti masa form 1 tu.Aku dahla comot je. Malangnya takde simpan pun gambar tu. Tak taulah kalau k.Yanti simpan huhu.

#4 Masa form 1 ada event "Couple". Macam cabutan bertuah la,kita dapat 1 nombor ni pastu gi la cari sape yang dapat nombor yang same. So masa tu dapat akak ni kelas 3R. Akak ni dok depan bilik aku je masa tu,RKBA. Masa form 1 tak rapat pun,tapi masa form 3 baru baik. Dia siap bagi fail dengan buku2 motivasi camtu,siap bagi gambar jugak. Gambar tu masa pakai baju sukan.Dia rumah kuning,Tun Fatimah. Aku rumah hijau. Entah mana aku letak gambar tu. Huhu. Maklumlah adik2 ramai. Jangan2 kena koyak dah.

#5 Masa form 1 kena marah dengan cikgu Geografi sebab tertido dalam kelas. Masa tu kalau mengantuk jenis tak dapat tahan nye. Dahla mata aku "kecik", tak tido pun kadang2 orang ingat tido. Tak faham betul. Aku kalau tido jenis mata rapat la. So macam 24jam orang ingat aku tido. Ceh. Oh,cikgu tu marah pastu tanya result UPSR. Aku cakap 3A 2B. Pastu dia kata tak layak masuk Taayah bla3. Eh aku dapat 2A kot masa ujian kemasukan,lagipun UPKK 7A.Yang dapat UPSR 4A tapi ujian kemasukan dapat 1A 1B pun leh masuk. Terasa sedih di situ.

#6 First period masa akhir tahun Form 1. Siap ada orang ajar camne nak pakai pad,camne nak mandi wajib. Terasa mengada di situ. Sume pun nak kena orang ajar.

#7 Dapat surat layang. Membe yang share 1 komputer masa kelas IT kata aku asyik conquer komputer. Masalahnya, suruh buat tak nak dah tu macam malu2 dan teragak-agak. Pastu aku pun buatkan la sebagai wakil kononnya. Pastu tak puas hati pulak. Salah siapa? Ceh. Hint:budak satu kampung aku. Yang tahu tu tahu. Hahha. I memang ada unfinished business dengan dia.

#8 I suka nasi lemak kantin masa form1 haha. Sedap tapi mak punye sedap lagi la opkos.

#9 aku nangis tiap kali ayah datang melawat or hantar balik asrama. sebab:kehidupan asrama yg kejam haha

#10 Masa kat asrama mak selalu bagi makanan banyak2 untuk share dengan kawan2,paling selalu kerepek buh dalam tin biskut. kadang2 tu 2 tin biskut penuh dengan kerepek.

#11 masa form 1 seminggu lepas orientasi atuk meninggal. Tahu pun sebab telefon opah, masa tu dah tanam dekat seminggu. Sebelum daftar form 1 memang atuk dah sakit, kurus sangat sampai tinggal tulang dengan kulit.

#12 Ecah cakap aku lesbian masa form1. asal jumpa aku dia lari.

#13 arwah fadilah yg baik, sebelah katil masa form 1. Aku ingat lagi dia puasa sunat rejab dan syaaban full.

#14 kawan baik masa form 1,form 2,3 tikah rahim. Masa dia kena tocer dengan kak bilik dia (dia suka dok dalam stor,kawan bilik dia yg sebaya kata dia pelik) aku kena panggil sekali. Ada kak bilik dia,aku ingat sampai sekarang muke akak tu. Kata aku datang bilik diorang suka bising. Akak ni selalu pakai selipar jepun pegi prep. Ye betul2 selipar jepun tu.

#15 masa form 1 kat dewan makan ada lauk ikan jeket masak asam pedas ke sambal,yang aku ingat kuah dia ceroi gila. Aku ingat ada orang kata sampai muntah makan lauk tu.

#16 tapi masa tu aku suke lauk kari daging ada sambal belacan,dap.

#17 nasi lemak dewan makan tumpuan ramai,selalunya jumaat. Masa menu tu je orang ramai kat dewan makan.

#18 Time nasi ayam (lunch) pun orang ramai kat dewan makan

#19 Kelas i'dadi, aku suke tido tapi aku suke bukak kamus cari makna pastu tulis bagi penuh buku (nampak rajin haha), it helped my Arabic a lot.

#20 Masa form1 dapat no2 untuk kelas 1T, no3 untuk idadi. Dapat piala tinggi huhu. Masa idul ilmi (penyampaian hadiah) 2001 tu birthday aku,ayah datang hehe.

#21 Masa form 2&3 nombor puluh2 haha, tapi masa idul ilmi untuk form 2 (2002) dapat hadiah jugak,sebab exam I'dadi yang besor tu I antara yang dapat jayyid jiddan.

#22 Masa form 1 tandas antara RPBC & RPBD xleh guna sebab sumbat, najis la apa keluar memenuhi lantai. Euw memang bau. Masa tu ada bilik air besar antara blok Rumah Putih dengan Rumah Kuning, so nak membuang ke nak mandi kat situ la.

#23 Kakak STA garang, pastu semua kak tu nama pendek nye huruf, L la S la macam2.

#24 Masa nak masuk form2, kena campur dengan senior. Kena buat macam2 masa nak masuk bilik tu.

#25 Rindu jamuan akhir tahun,katil dirapatkan pastu makan ramai2. Ada persembahan jugak. Yang kelakar persembahan masa form 2 ke form3, aku dapat 3 ke 4 watak. Puiii.


******bersambung*******

No comments:

Post a Comment