Mari join..:)

Tuesday, April 12, 2016

Unfriend.

Erm sape yang penah baca blog aku zaman jahiliah dulu,mesti familiar dengan Afgan. Bukan Afgan penyanyi tu, Afgan Unimas. Yang sama batch dengan aku tapi budak Mekanikal tu. Haha. Kan dulu aku ada la minat dia, dah dia pun kawan pada kawan2 aku jugak. Depa ni la selalu cite macam2. Pastu suka usik dia kot, or cakap kat dia Huda minat dia apa. Entahla, aku pun tak ingat sangat haha. So masa tu birthday aku yang ke-22 kot. Dia block facebook aku. Aku rasa sape2 pun faham kan, kalau dah sampai block tu maksudnya apa.


Tapi ada la once in a while aku tau jugak khabar dia. Sebab dulu kan ada geng diorang ni jugak, kawan dengan adik aku. So ada la cite2 sikit. Lepas tu dalam 2012 or 2013, dia add aku kat fb. Tapi masa ni of course la takde feeling pun dah kan. Pelik sikit je. Tapi masa tu tak ingat la dia dah kawin ke belum. Yang aku ingat masa tu fikir, lembut je muka bini dia. Masa tu macam "ooo..taste dia yang macam ni. Memang I'm not in the list la"


Dulu kan, memang aku kaki stalk. Sebab online hampir 12jam kot setiap malam kalau weekdays,sampai kejung dok depan laptop. So bolehla pergi stalk adik beradik dia semua. Tapi stalk jela, takdela pergi tegur "hai kakak ipar" ke ape. Tu dah taraf saiko. Rasanya normal kot perempuan,bab stalk no 1. Aku cakap gitu sebab ada few friends jugak yang macam tu. Siap aku tolong stalk sekali jugak haha. Hiburan kot. Sampai dah besar sikit, aku fikir lebih banyak yang aku tahu, makin dalam luka di hati. So I stop knowing people. Cukup lah kenal kat dasar je. Apa yang dia citer, apa yang aku dengar, cukup. Tak payah selidik dalam2 sangat. I ended up unfriend him, hide posts dari adik beradik dia *if you know who I mean huhu


So berbalik pada Afgan. Anak dia yang sulung dah besar pun,setahun lebih la,ke dah 2 tahun. Ada jugak aku komen gambar budak tu sebab comel...putih! Komen sebab nak tunjuk la,aku dah move on. Afgan pun kat Jepun, selalu jugak ada gambar anak bini datang lawat kat Jepun. Tengok jugak bini dia yang nampak macam makin sihat errr. Tapi still cantik la. Aku bukan nak kutuk eh,tak dengki pun, sebab dah takde feeling. Tapi....baru2 ni aku pergi unfriend Afgan ni.


Eh kenapa?



Boleh tak, satu malam ni aku mimpi jumpa diorang laki bini. Pastu macam mana tah terungkit cite lama. Pastu aku macam jenuh nak explain kat bini dia. Then aku bangun menung, sedih.Motip mimpi benda2 menyedihkan. Rasa diri pathetic pulak. Terus muram satu hari. So aku fikir, sebab dok nampak kot, tu yang boleh masuk mimpi. Entahlah. Maybe sebab walaupun takde feeling, tapi sebab aku memang rendah diri. Selalu jugak nak compare diri, fikir diri tak laku n so on. Huhu. Rasanya bukan dengan bini Afgan je, dengan pompuan mana2 pun. Fikir tak cukup perempuan, tapi usaha nak ke arah lebih perempuan tu tak banyak pun. Haha.


No comments:

Post a Comment