Mari join..:)

Wednesday, April 6, 2016

Trip KL-Bali-Lombok-Bali-KL Part 4 (Final)

Akhirnya...part final..huhu..

So lepas makan kat tempat mahal tu, yang ayam kecik tu,hehe, so supir tu hantar la ke hotel.Oh ya, sebelum makan tu kan kitorang gi shopping souvenier yang 1 jam tu. Banyak gila barang kat tempat tu. Tapi lupa pulak namanya. Ada wifi, tu yang penting haha. Dan fridge magnet sampai rambang mata la. Tapi sudahnya I beli 2 ketul je pun hahaha. *mohon jangan kecam


So on the way ke Bali Semesta Hostel, tu. Supir pun tak tau hotel tu kat mana. Aku boleh tunjuk alamat je, tapi jalan tak tau. Yang aku tau, dekat dengan airport. Sangat dekat,5 minit je jalan katanya. So lepas tanya 2-3 orang, jumpa la. Kawasan tu memang banyak guest house. RM50 1malam. Murah sangat, tapi malas nak tempah 3bilik sebab satunya, yang ada universal socket tu 2 orang je. So kalau jadi 3 bilik, 1 bilik lagi tu susahla nak charge. Lepas tu, selama seminggu ni memang kami sumbat je,hotel tak kata apa pun. Senang takde pecah2. So... aku book 2 bilik je.


Sampai tu, receptionist takde. Ada la staff pompuan sorang,laki sorang. Pastu yang laki tu tolong check-in kan kami. Tapi dia macam tak berapa reti sangat. Yang owner dia takde. So staff pompuan tu suh la laki dia kol owner. So owner tu kata bla3 ok. Ok masukla bilik. So lega la dapat baring. Pastu tak lama la. Staff laki tu datang balik. Masa ni kol 8-9 gitu la. Dia kata owner nak cakap pasal extra person so kena ada extra caj. Tapi masa on the phone tu putus. So aku cakap la,putus pastu bagi fon tu balik kat staf laki tu. Dia pun turun.


Pastu pukul 10 gitu owner tu datang mengamuk2 cakap kuat2 pasal extra caj, pasal tak baca syarat2 ka boleh dok 2 orang je 1 bilik. Lepas tu siap cakap "hotel ni saya yang punya" eh eh macamla kitorang dok free. Tak pernah okey jumpe orang biadap camni. Customer is the king okey.  The owner is so rude! She went on about the booking conditions; maximum 2 person for 1 room, I'm at lost if you like this and so on. And furthermore, she scolded us in English with high volume voice. Review for this hotel is 8.2 @ 8.3, most foreign tourists (from Western countries of course) told a lot of good things about this hotel, but apparently she didnt treat Malaysians well. I guess she has unfinished business with Malaysia.


Ok sebab aku dah penat deal pasal hotel and supir kat Malaysia, aku biar ja geng aku setelkan. Sakit hati aku tak habis lagi pasal orang lepas tangan tu haha. Baru ko tau camne aku rasa.


Esoknya, aku takda mood pun nak berjalan. Masa ni dok teringat kerja kat opis. Sadis tak haha. Aku rasa percutian yang terlalu lama, pastu macam menyampah dengan Indon sejak kes malam tu. So lantakla. Esok tu aku nak dok seharian ja kat hostel guna wifi korang puas2.

Tapi, dalam kol 9-10 gitu, tetiba blackout. Ofcourse la panas gila kan, dah pasang aircon pun tak sejuk, ko rasa? And the aircon controller is damaged, I think. The temperature is fixed at 24. And its not cold at all. So aku sarung tudung pastu keluar tanya orang. So nampak staf laki yang innocent tu, tanya dia "blackout ke?" Masa tu owner tu sibuk semayang. Of course la, Hindu. Jangan bayang dia pakai telekung pulak eh huhu. Dan dia kata, sekejap2. Pastu aku dengar dia kata, "ada seorang enggak berangkat". Ko rasa? You can hear everything through the walls, so dont you think the last night case is so embarassing? Its like you're beggar or something. Then they turn on the electricity for my room. What? I think this is the first time I experienced the hotel cut off electricity when customer went out. Then if I remain silence, I might die from the heat. Grrr.


So sepanjang hari aku layan Descendants of the Sun dari episod 1-10. Marathon. Sanggup tak keluar makan ke apa. Makan je biskut dan snickers yang ada tu haha. Lagipun esok pagi dah nak balik dah. Mood berjalan tengok tempat orang memang yillek. Lantakla nak kata rugi ke apa. huhu.


Pagi esoknya, 2.10 gitu. Ada ketukan kuat di luar. Hoi awal nya. Flight kol 6,jalan kaki pergi airport tak sampai 10minit. Pastu nak buat apa kat airport lelama tu. Tapi sebab diorang dah siap,aku pun berkemas la. Dan sampai airport, takleh checkin sampai la pukul 4. Hmmm. Ok I decided this is the last trip with them. Pasni aku cari kawan travel lain, or travel sengsorang je.

No comments:

Post a Comment