Mari join..:)

Tuesday, April 5, 2016

Trip KL-Bali-Lombok-Bali-KL Part 3

*************************************Day 4***************************************
 
Belanja gambar cun sat hahaaaa
 
 
So pagi tu kol 7 dah checkout. Sebab supir kat Lombok kata better ke sana awal so banyak masa boleh jalan. Bayar duit basikal 65000 untuk sehari setengah (bontot sakit gila time ni),gerak nak ke harbour beli tiket bot ke Senggigi. Tiket 15ribu je. Takyah gedik nak fastboat bagai,bukan jauh pun. Bazir ja naik private boat. Naik public boat je sudah. Sebab pergi Senggigi kot, so takde la banyak barang. Aku baca kat blog orang, kalau dari Senggigi ke Gili, segala mak nenek barang ada. Huhu. Tengok gambar bawah ni, nampak tak makcik2 macam tengah sibuk2 tu. Sibuk nak punggah barang la tu. Simen la makanan la. *ni gambar masa nak snorkelling semalam tu sebab tu nampak minah saleh seksi2
 
 
 
 

Ni jalan utama kat Gili T ni. Kalau lalu ni, ada je orang tanya nak pakej snorkelling tak. Kedai makan dan urut pun banyak, tak taulah harga tapi semua nampak mahal. Pasar malam pun tepi jalan utama ni je. Tapi belah dalam,bukan tepi pantai.
 
 
Payung2 yang dah buruk.
 
 
Sementara menunggu bot. Bot penuh baru jalan. Dia akan buat announcement "lagi 3orang" gitu. Menunggu la dalam setengah jam gitu.
 




 
 



Ni keadaan dalam bot
 
 
Dalam sejam ke kurang, sampai la Bangsal harbour. Supir kami pun dah menunggu. Memang aku pakai tracksuit dan selipar ja sebab turun naik kat pantai. Sampai Bangsal, supir kami dah menunggu dengan "Cik Nurul with friends" sign. Supir ni bayarannya 1juta 300 ribu untuk 2hari setengah.
 
Ini iti nya. Tapi ada tambahan aktiviti dan perubahan masa

Aku co-pilot, dah bukak cardigan masa ni.Panas
 
So masuk2 berkenalan sikit dengan supir, pastu dia bagi iti tu tanya ok tak. Memang dah confirm iti dari kat Malaysia lagi, cuma ada la tambahan macam part shopping tu. Aku berjalan memang shopping tu jadi nombor tah berapa, so ingat bila-bila ada masa or terjumpa beli jela. Pantai-pantai dengan air terjun tu memang antara yang tercantik,so wajib pergi.
 
 
So dari situ terus ke air terjun Sendang Gila & Tiu Kelep.
 

Pemandangan tepi jalan. Tak silap tu Rinjani

Luna maya! Yang ni memang kelakar, sebab hampir sepanjang jalan tengok muka dia. Sampai supir pun join gelak
 
 
Sampai-sampai kawasan tu kena bayar entrance fee (supir bayar,include dalam 1 juta 300ribu tu) pastu naik atas sikit kena tahan dengan sorang pakcik ni, rupanya dia tu guide. So berhenti la kat kawasan rumah tu, dan jalan sikit masuk dalam ke rumah guide ni.

Baju hijau tu supir, baju kotak-kotak tu guide kami.
 
 
 


 
Ni pemandangan dari belakang rumah guide tu. Takut nak pergi belakang sangat sebab gaung dah. Dari situ nampak paddy terrace jugak, tapi tak tersusun macam kat Bali. Yang ni dia kata benih tu ditabur ja. Kalau hidup,hidup la...


Ni perjalanan ke destinasi pertama..Sendang Gila
 

 
 
Yang ni 2nd guide..anak ke anak sedare guide tadi. Dia pernah keja Brunei katanya. Pastu aku dengar bahasa diorang ni (Bayan) ada ala2 bahasa Melayu Sarawak sikit. Aku dengar dia cakap "aok"

Ada tangga2

Sampai dah..kejap ja pun huhu. Tak dan berpeluh pun. Depa kata kalau petang2 and weekend ramai la orang berjual. Time ni kosong ja. Kami gi tu dahla tengahari,pastu hari Selasa pulak tu.


Baru pandai pakai SJcam hahaaaaaa
 
Pantang nampak moto Honda
 

Longkang2 ni wangi..bukan limbah tapi air sungai


Ni peta air2 terjun tu
 

 
 
 
Belakang sebelah kiri aku tu ada honeymoon-ers dari malaysia huhu
  
Tiu Kelep


Nak sampai Tiu Kelep,kena seberang air 2 kali. So siapa yang pakai jeans tu,hurmm. Dah tau nak pergi air terjun,pakai jeans dah kenapa.Pelik aku. Habis bergambar, balik semula rumah guide tadi untuk lunch. Memang kelaparan dah. Maklumla,sebelum gerak tadi mana da makan pape kecuali biskut.  
 
 
 



Perjalanan balik. Gigih aku jalan kat belakang semata-mata nak tangkap gambar. Sayangnya, kalau masa pergi tadi baru gambar cantik. Ni dah tengahari, tak nampak sangat. Masa balik kami ada ikut terowong yang longkang sungai tadi. Tapi sayang takde gambar kat aku. Memang mencabar jalan meraba-raba. Memang ada pasang selait (torchlight), tapi aku takut kalau ada ular dalam tu pastu aku pijak. OMG.
 
 
Sampai umah pakcik tu, pergi tukar baju masing2. Air kolah bilik air pakcik tu sejuk gila. Macam air terjun je sejuknya. Huhu. Lepas tu baru bersila tunggu makanan sampai.
 
Nasi goreng dimasak oleh guide tadi. Serba boleh, dahla pandai banyak bahasa. Sedap juga. Kopok tu pun sedap. Kerja dok ulang ambik je. Haha. Sampai habis satu tupperware kat kami je. Padahal kopok tu ade je kat malaysia. Tinggal rajin dengan tak rajin goreng je haha. pastu dia hidang teh. Satu je masalah kat Lombok ni, tak taulah memang tradisi ke ape. Sebab kat kedai pun gitu. Air panas hidang dalam gelas tak bertangkai. Susah ooo nak minum huhu.
 
 
Dah setel2 suma, gerak balik ke Senggigi.
 
Lihatlah pemandangan laut.
 


Malaka.

 

 

Jalan lagi.

Tepi-tepi tu semua laut. Panas hoi time ni.

 

 
Masa ni diorang dah tak larat bergambar, so i gigih sorang2. Masa ni ada la peniaga jual mutiara,tshirt2 gitu kat tepi tu. Tapi buat tak tau ja. Pastu masa selfie ni aku dengar la macam slang orang Malaysia tengah tawar harga rantai. Pastu aku toleh, suara macam biasa dengar. Laki tu pun tengok aku. Rupanya Hazama. Mesti dia fikir, budak ni mesti orang Malaysia, biasa dengar suara aku. Haha. Tapi aku tak gi selfie dengan dia pun. I segan. (by the way, boleh pulak dia masuk mimpi aku malam tadi-4/4/2016. Tapi tak ingat pasal apa.haha.jangan risau,aku tak kawin dengan dia dalam mimpi. Jangan pikir bukan2)
 
 
Villa hantu.
 


 
 

 
Pantai Nipah kalau tak silap.
 
 



 


 
Sawah dan bukit bukau sepanjang jalan...






 

Tryla tukar harga minyak dia pergi RM

 

Penat bergambar, kami terus pergi ke hotel.. Puri Senggigi. On the way kami lalu jalan Bangsal harbour tu pastu terus ke arah Senggigi. Hotel tu betul2 kat jalan besar,tapi tak la dekat sangat dengan semua benda. Check in, diarahkan untuk ambik 2 extra beds. Tolak kata tak mau pun tak dilayan. Kena ambik jugak. So kena bayar extra 200ribu.Cis. Petang tu jugak,kami hantar baju ke dobi. Sebab baju basah kan, beg berat so fikir better basuh pastu nanti dapat2 dah kering. So semangat la hantar. Bertiga bagi 3 plastik beg, saiz biasa pergi supermarket tu. Bajet takkanla mahal sangat. 1 kg 20ribu. Baju kami tu paling2 pun 1kg lebih. Cakap dengan supir nak keluar dalam pukul 6. Nak pergi makan ayam taliwang n Mataram Mall. Takde pulak gambar ayam taliwang tu, tapi sorang harga dalam 62500 gitu.  Campur air dan pajak 10%. Sebab pajak tu,jenuh kira bila nak bahagi 6. So dekat pukul 8, baru gerak ke Mataram Mall.


Takla teruja sangat nak pi,bukan tak biasa pi mall kan. Saja la nak tau apa yang ada kat sana. So pegi jela tengok2. Masuk Hero supermarket dalam tu, jumpa air mineral botol besar murah. Aku ada bagitau kan kat Gili, botol bsar tu 15ribu. Kat hero tu,baru 4000. So masing2 borong,aku pun ambik 2 botol. Tu je la yang aku beli. Harga jajan ke ape, suma lebih kurang Malaysia ataupun lagi mahal. So tak shopping pun. Perfume dia bole tahan murah,tapi nanti nak naik flight kena buang pulak. Bukan aku la yang nak beli, kengkawan iols.

Seriously? Durian dalam supermarket?
 
Habis shopping, balik hotel. Letih, esok nak jalan lagi.
 
 
 
*************************************Day 5*************************************
 
Pagi esoknya, dah janji dengan supir pukul 8.30 gitu. Breakfast 7.30. Tapi aku turun lewat ja. Awal2 sangat pun watpa. Geng kalut tu awal2 dah turun. Breakfast mi goreng. Harini nak pergi Kuta. Perjalanan agak jauh dan berliku. Tapi pakai jeans ja harini sebab bukan nak mandi pun.
 
 
 

 
 
 
Pantai apatah namanya, berhenti sat ja tangkap gambar pastu teruskan perjalanan.
 
 


Sampai! Pasir dia panas gila huhuuuu

 
 

Takleh bukak mate dah



 
Ok teruskan perjalanan.
Nampak tak laut nun di sana tu

Sampai pun Kuta

 
 
Sebelah je tempat aku tangkap gambar ni,ada la sebatang pokok. Bawah pokok tu, ada la penjual beberapa orang. Dia kata tshirt Lombok 1juta 6helai. So sorang member kata "weh murah ni". So mereka mula la membelek. Aku dah nampak dah benda yang nak jadi. Supir pun dah pesan sebelum semua keluar kereta. "JANGAN BELI!"
 
 
Tapi....
 


Aku pun slow2 melangkah keluar dari crowd tu,satgi aku pulak terbeli.
 
Tempat lepak aku.haha
 
Makin ramai.
 

Budak ni cuba jual kat aku,tapi aku buat muka ketat cakap taknak.

 
 
 
Pakej yang dijual di seberang jalan. Sini macam tak berapa ramai sangat manusia. Banyak tourist mat salleh je aku nampak naik moto bawak papan surfing (surf board)
 

 
 Pastu sorang member ni lari ke arah aku sambil cakap "tolong huda". Memang makcik2 ni kalut ikut. Suh kawan aku ni beli. Memang jenuh la dia kata tak nak sebab dah beli banyak pun. Aku fikir nak tolong so aku cakapla "tak nak".Makcik2 ni buat donno je kat aku. Pastu sorang lagi laki jual tshirt datang. Aku cakap tak nak jugak. Dia kata "saya bukan tanya mbak. saya tanya mbak ni" Puiiii. Kuang ajor ko ye.

 
Supir aku pun geleng kepala jugak tengok. Dah pesan pastu degil. Tanggung la...
 
Lama juga,aku rasa ada sejam kot. Baru la kitorang gerak pergi Tanjung Aan.




 
 




Batu-batu yang aku pijak ni licin. Jaga-jaga la takut jatuh. Sakit ooo.


Cantik macam peta

 
Sebab panas sangat,kami tak larat pergi Batu Payung. Boleh je nak jalan, tapi jauh tambah panas terik. Huiiii tak larat oi... Bot 360ribu gitu.
 
 
Singgah desa Sasak ni jap. Dia kiranya kampug budaya la. Tapi tak minat sangat, pastu diorang takut kena bayar. So kami tangkap gambar kat depan je. Gambar yillek, haha.
 
Pastu lapar, nak cari lunch. So dia kata kita makan kat area Bandara (airport). Ok ja. Semalam masa makan ayam taliwang jumpa satu kumpulan makcik2 dari Malaysia. Orang Keyelll (KL). Harini jumpa lagi. Haha. Memang tempat yang supir bawak ni femes di kalangan pelancong kot.
 
Murah gila compare taliwang semalam.

Ni dia nasi balap puyung. Puyung tu nama kampung. Nasi balap ni banyak je, tapi yang puyung ni special la katanya. Nasi putih, pastu ada ayam suir (ayam carik2),sayur kacang (beberuk),bawang goreng kot,tak tau nak describe sebab rangup tapi tak rasa bawang sangat,dengan ayam kampung. Atas meja dia ada satu bekas sambal. Sambal tu mabeles...pedas! Tak tau camna dia buat sambal tu, tapi dia tak sama macam yang kita selalu  makan. Nampak tak atas dan tepi nasi tu. Dahla amik banyak,tamak betul. Pastu tambah lagi. Dah tu menyesal pedas tapi rasa nak lagi. Meleleh air liur pulak teringat.huhu.

Air melon. Tembikai susu. Aku bayangkan tembikai merah. Tak suka sangat sebab banyak serdak pastu tak da ais. 10 ribu air ni. Nasi 16 ribu. Takda pajak. Recommended!
 
Habis makan hujan rintik2.

Bantal tengkuk hello kitty haha. Isi minyak 100ribu. Ko mampu? Haha. Dalam RM32 la.
 
Habis makan pergi desa Sukarare.. Kampung ni banyak kain tenun. Harga tak sure, tapi tengok kain dia takla menarik sangat. Depa kata kalau tak pandai tenun ni tak boleh kawin. Tak silap aku masa pergi kampung budaya Sarawak,orang Melayu pun gitu. haha. Cakap macam aku bukan orang Melayu kan. Aku rasa hat generasi X,Y,Z ni ja tak kot. Biasanya surirumah yang rajin menjahit ni. Automatik pandai sebab nak jahit untuk anak-anak and husband.
 
 
 




 
 
Ni jalan kat area pekan Lombok. Banyak kan payung. Mula2 aku ingat bendera haha. Menuju Islamic centre. Tengah dalam pembinaan ni. Dia kata ketiga terbesar kot kat Indonesia,ke di Lombok.
 



 




Tak siap pun lagi,so tak payah lah masuk. Tangkap gambar kat luar ja.
 
Then balik hotel. Malam baru keluar lagi, pergi shopping dan makan. Tempat makan malam tu biasa ja, tak la special sangat. Aku makan mi (maggi) goreng ja pun malam tu. Tak selera tengok makanan lain. Dah bosan dengan nasi, pastu nak benda sup2 takde pulak.
 
Shopping kat Sasaku dengan apatah nama satu lagi. Sampai lupa haha. Tak menarik, takda fridge magnet. Huhu. Ada pun yang macam kayu tulis lombok. Baik beli kat pasar malam di Malaysia ja gitu. Huhu.
 
Balik malam tu kami 1 bilik pergi mandi pool. Saja gedik. Pastu rasa nak selsema sebab mandi memalam. Pagi esoknya nak checkout dah.
 
 
****************************************Day 6************************************
 
 
Pagi tu gi breakfast pakai baju santai je, sebab nak keluar pukul 9. Tak mandi,cuci muka gosok gigi ja. Ok la pagi tu ada sup.Pedas. Masa nak checkout, aku bajet dah 1juta 300 ribu campur extra bed. Rupanya extra bed tu 100 ribu x 2 hari. So kena bayar total 1juta 500 ribu. Puiii sangat. Memang masing2 kena tambah duit sendiri sebab takda duit dah kat aku. Habis. Cis.
 
 
So pagi tu direct pergi Lembar harbour. Kami akan naik public ferry pergi Bali. Sampai harbour, terus pergi office dia untuk beli tiket. Harga seorang 41ribu. Aku bagi 50 ribu,pastu pakcik tu bagi balance 6ribu. Dia ingat boleh tipu aku,math A1 tau. Kami syak dia sengaja. So kira-kira la eh duit balance anda tu. Kalau nak sedekah pun takpa. Tapi rasa tak baloi pun sedekah kat orang gitu. huhu. Masa nak gerak ke feri, ramai la yang jual nasik. Sempat gak aku beli 1, 5 ribu je. Fikir nak dok dalam feri 4-5jam. Takut lapar. Tak tau kol berapa baru dapat makan pulak. Masuk2, kami cari tempat aircon. Duduk.
 






 
Suasana dalam feri sebelum feri berlepas. Perghhhh ramai gila orang berjual. Asal diorang lalu pastu tak nampak makanan kat kami,depa akan tanya. Lepas feri berlepas aku zzzzz sampai separuh perjalanan. Depa tengok cita John Wick kot. Aku baru ingat nak layan movie jugak,sekali habis2 movie tu diorang pasang lagu dangdut. Aduhai. Suara pompuan tu macam Shila Amzah, tapi nyanyi lagu dangdut dan seksi la juga. Pastu lagu semua lagu cinta, pastu macam budak2 sekolah punya cinta monyet. Haha.


Dalam 2.15-2.30 gitu, nampak darat dah. Tapi fikir, cepatnya. Supir cakap nak datang kol 4. Nak contact takleh sebab takda wifi. Tak sampai 4jam ni sampai. Rempit ke feri ni pun. Sampai tu kami lepak dulu tepi tanya2 orang. Pastu gi tanya pakcik yang melepak situ. Diorang ni salunya drebar teksi la. Dia nak 500-600ribu. Gila mahal. Kitorang decide nak tunggu jela supir tu. Pastu tengok2 rupanya supir tu dah sampai pun. Diorang macam nak gaduh jugak,tapi supir kitorang tu rilek je. Pastu blah. Supir kami tu cakap stail KL sikit dah. Ayat dia hujung suma ada "camtu". Contoh: "situ pun boleh shopping kak, tapi mahal la. Kalau yang saya bawak ni murah,kak tak perlu tawar dah. Camtu" Haha.


Supir ni asal Jawa,to be exact Surabaya. Islam. So dia kata nak bawakla kami makan tempat halal. Pastu shopping sikit tapi boleh 1jam ja,sebab patutnya dia hantar ke hotel ja. Kalau dia bawak jalan tu patutnya caj lain. Tapi dia kata takpela tak caj pun. Kawan2 aku dah bisik2 suruh ambik ja dia ni untuk esok. Sebab nampak baik dan okey service dia. Tapi aku dah janji dengan supir lain. Dia ni betul2 untuk hantar ke hotel, sebab supir lagi satu tu tak boleh ambik kat harbour katanya. Aku pun mulanya mesej dia ni nak book untuk 2 hari,tapi lambat reply. So aku janji dengan supir lain dulu. So bila dia reply tu,sebab kesian, aku mintak dia hantar ke hotel je. Faham tak? Huhu

Ni jalan lepas keluar dari kawasan harbour

Myvi! Tapi sebenarnya brand Daihatsu. Nampak sangat Malaysia suka ciplak.

So Bali. Pengaruh Hindu di mana-mana

Kalau nampak gini, maksudnya tu kereta pengantin.



Jalan sempit wey. Seram mak.
 
Pergi makan tu aku tak tangkap gambar. Tempat tu jual ayam tulang lunak,maksudnya tulang lembut la. Harga dia...mahallllllll gilaaaa. Nasi putih saja 12 ribu. Mana nak dapat nasi putih harga RM4??? Pastu ayam dia dahla kecik,pastu setengah ayam je dah 70ribu. Hoi nasib baik kongsi. Gila ayam kecik harga RM12. Separuh lak tu. Pastu tawar ja. Macam ayam taliwang tu,walaupun mahal,sedap dan pedas. Tu lah Bali,makanan mahal.
 
 
 
Bersambung ke Part 4 (final)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment