Mari join..:)

Friday, April 1, 2016

Trip KL-Bali-Lombok-Bali-KL Part 2

Bersambung dari Part 1...

**************************************Day 1**************************************

Hari Kejadian.

Aku tukar duit aku RM400 dan duit hotel yang diorang dah bankin aritu kat TBS. Rm400 tu dalam 1juta 200000 rupiah je. Boleh survive ke? InsyaAllah. Tapi dah buat international withdrawal siap2 untuk CIMB ATM card tu.


 Masa pergi tu aku Zati dengan Shikin dok sebelah2. 3jam tu tido je kot. Dapat lak dok tepi tingkap..memang bahagia sangat huhu. Sebelum bertolak cakap goodbye kat tersayangs siap2. Risau nanti lambat baru dapat mesej diorang huhu. Sampai airport sana terus cari wifi. Update kat orang2 di Malaysia kata da sampai,rindu pulak kat data connection haha.


First night kami stay kat Hotel Made Bali. RM80++ untk 1 bilik. Ada 2 katil queen. So aku pikir masuk jela 6orang pun sebab nak tido berapa jam je. Sampai hotel pun mesti 9pm++. Pagi2 nak keluar dah. So aku request hotel pickup dan harbour transfer kat Hotel Made tu je.175000. Ok la sebab harga teksi pun dalam lingkungan tu jugak.  Bahagi 6 tak sampai RM10. Supir tu pickup kami pastu bawak makan. Makan kat kedai Nasi Padang. Aku assume nasi padang ni yang jenis hidang lauk banyak-banyak atas meja pastu kita leh amik apa kita nak dan dia kira apa makanan yang kami usik tu. Sebab masa kat Bandung dulu gitu. Eh rupanya tak. Macam makan nasi kandar,dia tolong tuangkan huhu. Total makan campur air mineral botol kecik 35000,lebih kurang RM12. Mahal juga rasanya. Sebab lauk yang sama kalau kat Malaysia dalam RM5 je. Maybe sebab kedai ada aircon dan tv.

Cis time orang tangkap gambar la dia nak keluar kedai

Sampai hotel,check in semua. Mintak password Wifi. Tapi line dalam bilik tak berapa okey. Tapi takpela,memang dah letih masa tu. Fikir nak mandi dan bobok je.Oh ye, patutnya kitorang ada sim card SIMPATI (pinjam kawan Shikin yang baru balik Indon),pastu kat airport tu topup la 50000 (about RM16) tapi tak masuk2. Sudahnye simcard tu Shikin pakai je tapi tak topup dahla. Guna wifi je dan boleh sms sikit2 kat supir ke ape.


Aku tido tepi sekali,memang tak berapa nyenyak. Maybe sebab tempat baru or sebab dah banyak tido on the way tu. Terjaga kol berapa tah sebab fon Su berbunyi. Dahla semua tido mati,cis. Pastu bangun pergi toilet jam 5 pagi,pastu 5.30 gitu terjaga sebab diorang yang solat dah bangun (waktu solat awal sejam dari Malaysia). Kitorang janji dengan supir suruh datang kol 7.30 sebab katanya waktu perjalanan dalam 2jam ke harbour Padangbai. Sekali 6.15 kot staff hotel dah ketuk pintu. Dia kata supir dah sampai.Aku cakapla bot kitorang jam 9.30. Pastu dlm 15minit, staff tu ketuk pintu lagi,dia kata bukan ke bot jam setengah 9. Rupanya salah faham. Cis. Dia ingat 8.30. Dahla masa tu aku memang golek lagi atas katil tunggu orang habis mandi. Dahla memang tak nyenyak tido malam tadi tu. Grrr.


*************************************Day 2*************************************
Dan..7.15 kitorang bertolak ke harbour. Supir bawak macam menggila je. Pastu muda sikit,aku tak reti nak beramah mesra sangat. Dia pun macam kekok kot. Aku kan dok sebelah dia, tapi aku senyap je. Dia tanya, aku jawab 2-3 patah je. Haha. Pagi kan, tak breakfast lagi pula tu. Sampai dalam kol 8, pergi order makanan. Aku sebenarnya agak ragu-ragu nak makan kat kedai tu sebab nama kedai tu martini (macam nama arak) pastu memang terang2 ada jual Bintang (famous brand la kat sana). Tapi dah dia kata halal, pastu nampak Islam. Baru la kami order. Makan nasi goreng pun 25000 (RM8). Pastu tunggu fast boat ya Allah lamanya. Hari pun mula nak panas. Tapi sepanjang kami duduk tu,berapa ramai la yang datang jual barang. Ada sorang member ni,gi tanya pakcik jual rayban tu harga berapa. Pastu pakcik ni sibuk la suruh beli sebab dah nampak berminat kan. Aku cakap la kat dia, kalau tak nak beli jangan tanya harga. Memang jadi dipaksa beli nanti. Sebab ada few places kat Indon memang gitu. Jangan make eye contact langsung kalau tak nak beli. Kalau tak boleh jatuh kesian bila orang dok pujuk. *korang take note la ye,kalau buat gini kat Vietnam (tanya harga tapi tak beli) siap boleh kena maki dengan seller tu


By the way fast boat tu, nama ja fast boat, aku ingatkan memang private la. Sekali penuh jugak manusia. Dan bila turun nanti, turun kat pantai (bukan jeti) so seluar akan basah jugak.  Aku, Shikin dan Zati memang tau nanti turun kat pantai so kami masing2 pakai seluar pantai dan tracksuit. Dan selipar. Kami 3 orang memang bawak backpack sebab tau lecehnya nak turun naik bot kalau bawak beg troli. Laluan nak turun bot tu, ko kena ikut jalan tepi bot tu pastu turun ke pantai. Faham tak seksa dia camne huhu. Jalan tepi bot tu memang muat sebelah tapak kaki je. By the way, 2jam baru sampai Gili Trawangan. Sebab singgah 2 tempat sebelum sampai Gili Trawangan.


Sampai2, blur kejap. Sebab hotel tu katanya 300meter je dari pantai,so aku pikir memang nak jalan je. Bila turun2 tu ramai gila local situ tanya dah ada hotel ke,nak snorkelling tak. So lepas semua settle turun kat darat, sorang budak group tanya "huda, hotel ada sediakan pickup ke ambik kite?" dan "nak buat ape ni?" Padahal aku pun first time sampai. Aku macam wth. Dah book hotel semua, lagi kena sediakan pickup pula. Dah tulis kat raw itinerary kat group yang hotel 300meter dari harbour dan kena jalan sampai hotel,so maksudnya? Kena jalan la kan. Okey cool down please. Pastu aku biar je sorang groupmate gi tanya orang. Ada la sorang local ni bawak kitorang jalan sampai hotel. Pastu tersesat2 juga. Jauh juga jalan. Tengahari betul pula tu. Semua senyap, marah barangkali sebab jalan jauh. I was like, I dont care sebab aku memang dah ready nak berjalan. Dan kat group whatsapp masa tanya semua okey ke dengan raw iti tu, sorang pun tak respon. Penat ada travelmates gitu. So ingat eh, kalau nak travel pastikan partner kita jenis yang ok. Kalau nak semua benda dihidang depan mata, CARI TRAVEL AGENT.


Panas di luar, panas juga di hati, tapi sebab fikir lama lagi kena bertahan, boleh juga keluar muka gembira tu. Abaikan ek kaki tak sampai tu. Sebab kaki tak sampai tu la sampai lebam tepi lutut sebab kena pedal masa brek.


Jernih air laut tak sejernih cintaku padamu cia cia cia

Check in, bayar 1 juta rupiah untuk 2 bilik,2 malam, equal to Rm322 (rate masa aku tukar). Masa aku book tu, rate 1juta=RM312. So rugi la di situ. So bajet awal yang aku bentang kat group tu dah lari sikit sebab rate. Masa nak checkin tu, ada sorang minah saleh ni (tak tau bangsa apa) cakap Indon "kamarnya di atas". Wow. So terus cakap Melayu je dengan dia. Tak taulah dia owner ke, kerja situ ke camne. Tak sempat beramah mesra sebab sibuk nak menyejukkan badan haha. Maybe dia tahu Melayu sikit-sikit je. Tapi ada sorang lelaki Indon ni,sentiasa ada situ, dia la ramah cerita kalau nak sewa basikal dan nak pakej snorkelling leh ambik dengan dia ja. Murah dari tempat lain. Aku kata, okey je tapi petang sikit sebab nak istirehat dulu. Pandai pula aku cakap Indon kan haha.


Baik je ownernya,dahla murah bilik dia, RM80 semalam, bersih, aircon cukup sejuk sampai gigil,wifi laju gila3, kawasan situ tak bising,ada breakfast,kitchen okey, leh duduk kerusi kat luar santai2, cuma jauh sikit dan jalan dia gelap. So bila balik malam2 nak balik hotel naik basikal tu memang redha jela kalau terlanggar lubang ke sebab memang tak nampak.



Ni pemandangan dari bilik kami. Dok tingkat 1 je, tak la letih pun naik tangga. Kalau dok bawah tak lehla bersidai kat luar sangat sebab tak privacy huhu.


Petang tu, 2.30 diorang dah ajak ke luar. Panas woiiii tak larat nak keluar. Tapi kugagahkan jua. Cari makanan dan pergi Ombak Sunset nak tangkap gambar. Order soto ayam, sekali soto tu sup ayam dengan nasi putih. Aku bayangkan nasi impit. Harga dalam 35-40 ribu gitu. Mahal, harga kat pulau kan. Tapi larat makan separuh pastu tapau yang selebihnya. Pastu jalan pergi Ombak Sunset. Sampai "Ombak Sunset", kami gigih tangkap gambar. Sampai la, aku perasan tulisan kat buaian tu bukan Ombak Sunset! Tapi "The Exile". Sudah salahlah huhu. Ombak Sunset depan lagi. Tapi sebab masing-masing tak larat dah,aku pun sakit kepala menyerang pastu dah nak gelap. Kami bertolak balik. On the way balik,singgah pasar malam dia. Sebab aku ada soto,aku tak beli pape. Except oreo 10ribu dengan air mineral botol besar 15ribu. Motip mention harga? Sebab mahal k. Huhu.

Alpukat

kat The Exile
Panasssss
 
Tengokla depa syok bergmbr haha

 

Sampai bilik..dah mandi. Bukak packaging nasi.. Arghhh aku lupa bihun tu tak asing dari sup. Makanya, tak lalu makan dah. Dahlah kuah sejuk. Camnela boleh tak terfikir huhu... Sudahnya aku naik katil dan zzz seawal 8.30 malam. Huhu. Member2 gi confirm package snorkelling pun aku tak sedar dah. Ok la,murah 20ribu dari yang beli kat tepi2 jalan tu. Selalu harga 100ribu tu dapat pakej snorkeling je, tak da lunch.


***************************************Day 3*************************************

So pagi esoknya, siap-siap nak pergi snorkelling. Memang bahagia la tidur lama kan. Datang orang guest house tu bawak pancake pisang. Tambah madu kat atas. Manis gila! Tapi jangan banyak songeh kan, sebab free. Lagipun tengahari nanti baru boleh makan,nanti jenuh lapar tengah laut. So sebab last trip gi Krabi tu aku rasa macam ngeri je dok dalam laut masa snorkel,sebab laut dalam kan.  First time aku snorkelling kat Pangkor, kaki still boleh pijak bawah so okey la. Laut dalam I is cannot k..So aku dok je atas bot haha. Okey la kan,dari dok bilik. Orang panggil antisocial pulak. Masa last station tu baru aku turun,tu pun tak sampai 5 minit haha. Tengahari kami makan kat Gili Air. Gili Air ni takde ape sangat. Gili trawangan memang sibuk la, dengan orang lalu lalang, pastu cidomo (kereta kuda) lagi,basikal. Nasib takde moto kereta.

Get ready nak keluar huhuu
 
 
 
Masa gi tu,ada kejadian sikit. Terpisah pulak group masa nak parking basikal. Aku dengan Su berdua,depa ber-4. Bila jumpa balik, depa dah order makanan huhu. Nasib order nasi goreng.
 
 

 
 

Boleh order direct kat sini jugak. Tengok la harga dia huhu..
 
Pizza

Nasi satay
 
Pelecing kangkung
 
Ayam bumbu kuning

 Ok kelakar sign ni haha
 
teh ais huhu
 

Ni rupa nasi goreng aku.aku rasa diorang pandai buat nasi goreng ni ja. ns gorg kg,cina bagai tu tak reti


Eh motip aku cite makanan dulu,part snorkelling nya mana? Hahaha.

Ni la yang depa kata glass bottom boat tu.
 
 
Ramai k 1 bot ni..aku agak 50orang ada. Masa g krabi tu bot tu ada la 15 orang gitu. Lagi selesa la.
 
 
Ni rupa masa kat tengah laut sikit
 
Nemo makan lumut2 tu
 
 
 
Tengokla air dia
 
Cantik kan
 
Ni satu-satunya papan tanda yang aku jumpa kat Gili Air
 
Takde jeti,camni je turun naik bot
 
Lengang
 
Masa tunggu nak naik bot balik selepas lunch. Pakcik ni tak snorkelling pun, tapi dia just tangkap gambar pastu tolong orang yang snorkelling naik bot *gambar gelap sebab tengah panas terik haha
 
Balik snorkelling, dalam kol 3 kot. Cecepat ambik basikal balik guest house. Tak sabar nak mandi. Walaupun berendam kejap je pun dalam air laut haha. Air kat guest house pun masin tapi takla semasin air laut. Rehat2 kejap pastu petang tu keluar balik nak pergi Ombak Sunset.
 


Ni gambar paling cantik kat pantai haha. Credit to Gemok sebab ni SJcam dia haha. Mula2 aku tak suka pakai SJ sebab tu tengok tangan aku tu. Kena control kat fon nak capture gambar gini. Masa gi Miri aku gigih bawak tapi tak reti pakai haha. Rasa nak beli satu pulak untuk diri sendiri huhu.
 
 
Ada ja orang tepi2 tu..nampak tak betapa ramainya beratur
 
Balik dari situ, kami singgah pasar malam lagi. Haha. Kalini memang aku aim ayam penyet. Semalam tengok Zati makan macam bez sebab dia kata sambal pedas.
 

 
Pilih je nak apa huhu. Nasi ni 25-35ribu. Kalau jus buah memang mahal..semua 10-15ribu rupiah.
 
 
Beli bungkus makan kat bilik. Nasi dia belambak gila..So aku buat 2trip makan haha. Kenyang gila3 pastu lena. Takpe letih exercise kan haha.Get ready esok nak checkout dah kol 7 gitu.
 
 
Bersambung ke part 3 huhu

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 



 








No comments:

Post a Comment