Mari join..:)

Tuesday, April 12, 2016

Tak bercakap.

Aku punya peel ni. Kalau ada mood dia boleh bercakap/bercerita non-stop sampai aku sendiri jerit dalam hati "stop it Huda". Rasa macam arghhhh aku dah membosankan orang dengan cerita aku. Especially kalau tak jumpa lama dengan kawan2. Macam baru bukak sekolah ke,baru habis cuti semester ke. Masa cuti sem kat rumah aku tak banyak cakap. Biasa la anak sulung ni. Kalau cerita dikatakan manja sebab mengadu. Bila diam banyak pulak tanya. Sudahnya baik aku main Candy Crush. Dah level 1105. Haha.


Orang kata, perempuan biasa la banyak bercakap. Bila senyap tu mesti marah. Tu memang ye, haha. Aku jenis tak suka cakap berulang or orang cerita benda yang dia pernah cerita. Kalau aku dah cerita, pastu dia tanya lagi. Aku diam je. Pastu bila orang tu tanya lagi, "kan dah cakap aritu" emo tak pasal haha. Tapi ni tertakluk pada sorang manusia tu je,kalau kawan2 takde la emo gitu. Rasa tak diberi perhatian katanya. Huhu.


Sekarang ni pulak, aku ni pantang ditanya pasal study or kawin. Kompem aku tak jawab. Kalau ada mood aku jawabla tahun depan. Kalau takde mood aku buat tak dengar je haha. Mak aku pun memang tak tanya dah pasal kawin. Baru2 ni dia cakap berlapik je. "Ramai lagi orang lagi tua dari ko pun tak kawin. Kalau dah kawin ni bukan ape, lega la sikit mak bapak" Dia nak kata dia tak lega la tu aku tak kawin2. Haha. Aku buat tak reti je. Aku pun selalu je pikir pasal kawin, tapi masa apa tau. Masa drive jauh2. Haha. Maklumla sebab banyak kali eksiden kan,letih tau tak. Aku bukan saja2 nak eksiden pun. Tapi dalam kata berjaga-jaga tu 140 gak aku tekan kat highway. Tu pun sebab kete dah 5 tahun. Takut nak tekan sangat. Dulu2 bawak 180 pun ada, race kononnya. Pantang ada orang kuang ajo suka cucuk2. Sekarang ni kalau hujan sanggup bawak 80 je, kalau tak penting sanggup tak keluar kalau hujan. 


Lagi satu kan, aku malas nak cerita pasal plan aku. Contoh aku rasa nak buat bisnes or gi berjalan. Aku akan kaji2, pastu terus buat. Sebab kalau cerita kat orang, 90% akan tak jadi, ataupun banyak benda tak best jadi. Spoil. So tiap kali balik berjalan (backpacking) bila mak tanya lepas ni nak pergi mana aku jawab "ada la" or "tengok la". Kang sembang pungpangpungpang tak jadi. Aku gak yang frust. Tapi aku cakap dah kat mak aku, tak nak dah jalan ramai2. Buat sakit hati. Tak move on lagi kes Lombok hahaha. Mak aku pun tak puas ati bila aku citer.



Sekian citer hari Isnin.eh Selasa.

No comments:

Post a Comment