Mari join..:)

Monday, April 25, 2016

my 28th birthday

So, semalam is my birthday. Yang ke28, yeah dah tua sobssss. So dari starting April, memang feel special.
Belanja gambar birthday girl semalam. Pakai baju ni konon2 nak pergi exercise, sekali kak liza ajak teman dia, terus tukar seluar. Semalam bawak Wira enjin turbo,nervous ooo nasib kejap je hehe


Saja suka2. Agak betul.
 

Dua ni pun agak betul, sebab aku degil, dan setia haha. Pastu kalau aku kata nak buat memang aku buat huhu. Kalau tak nak memang tak nak.
 
 
 
Sweet gila Marlina. Dia ni dulu sama matrik KMPk, kenal pun sebab dia kawan Bella, Bella ni kira kawan baik aku la kat matrik. Kitorang sama kelas. Pastu kenal pulak dengan Didi aka Nadia dan Marlina jugak. Diorang ni sama matrik ke apa, lupa pulak dah haha. Tapi dengan Didi ni,aku selalu pergi library. Boleh tak, selalu gila pi library dengan dia,tapi tak tau pun dia naib presiden library gitu. Sebab aku dok panggil didi didi, tak tau nama sebenar. Patutla dia rajin sangat gi library huhu. Aku tak ingat aku buat pe kat library masa tu. Tapi ada la masa aku rajin gi usya crush aku dulu,si Gapar tu. Padahal dia datang library bukan study pun,jalan2 je kot. Geng si Gapar ni datang library gi ngedate camtu. Hmm cakap pasal Gapar, kesian kawan dia yang mental gi buat kemusnahan kat kuil kat Ipoh tu. Sebab kawan dia tu budak Izzuddin,adik dia pun junior aku,so tak sangka la. Eh lari topik.
 
Pastu yang special Didi dengan Bella ni,diorang berkongsi birth date. So senang je nak ingat. Marlina bulan 10 huhu. Tapi tak ingat lak date. 18 kot. Huhu. Takpe, FB ada notification kikiki. Bella dengan Marlina ni dua2 dok kolej P1,aku lak P3. Pastu depa ni dok tingkat 4. So tiap kali nak pergi bilik diorang ni,memang aku mengah dulu. Takleh bercakap. Bella mesti gelak kat aku tiap kali aku sampai bilik dia. Sebab dia pun sama jugak haha. Tapi kurang2 Bella dok bilik belah depan. Marlina lagi la hujung. Tiap kali pergi bilik Marlina ni,mesti Bella akan jerit Marlina oo Marlina. Sebab dia tak suka orang panggil Marlina. Masa tu dia ganas,so panggil Zarit. Sekarang dah ayu, lehla panggil Marlina tanpa rasa ragu huhu.
 
 
Pastu aktiviti kami, lepak kat bawah P1 sampai berapa pagi. Ada sekali tu, ngah sembang2 pastu depa kata malam ni malam Jumaat. Elok2 tu aku lari balik bilik. Depa dua orang terkejut haha. Tapi hmm..rasanya macam takde je gambar ber4. Pastu masa sem 2 Didi pindah Uitm Arau, ambik akaun. So tinggal la kami bertiga, pastu ada sekali Didi datang bawak bear. First and last kot aku dapat bear. Masa kat Unimas Yanah pernah bagi aku Spongebob tapi aku tertinggal kat bilik masa nak cuti sem so bila bukak sem baru, gone la.
 
 
Adik aku buh memory dia masa ngah nervous dia preggy ke tak, masa arwah Azam meninggal dia mengandung 2bulan,so masa memory ni baby dia dalam sebulan gitu la. Taun lepas aku ada buh kan wish dia kat blog. Yang buat iols terharu tu huhu.

 
Atas tu wish dari paksu ke maksu,yang penting bawah tu. Memory 2013 aku tidur kat umah Gemok rupanya,tak ingat pasal ape. Pastu macam terlelap kejap kat sofa. Biasa la,family diorang jenis tidur lambat. So dinner kol 1 pagi tu perkara biasa huhu. Gemok datang bagi air ribena bancuh pastu wish happy birthday. Cun 12malam la masa tu.Pastu dia terus masuk bilik haha. Yelah,nampak macam tak ada apa2,tapi bila ingat tu rasa sweet la pulak haha. Tahun sebelum tu ada la dia bagi hadiah pastu gi jalan2 celebrate. Tahun ni nan hado. Haha lantakla.  K bye.

4 comments:

  1. Selamat hari lahir.. :)

    sebaya kita ye..

    ReplyDelete
  2. hihi..tq awaaa..
    awk lahir bulan brp?

    ReplyDelete
  3. Happy bday Hudez. Smoga panjang umur, murah rzki dan diberkati olehNya. AMin...Kita pon sebaya hehe kita 22/05

    ReplyDelete
  4. Tq eka..tak lama dh tu hehe..pastu leh la bg adik kat adra huhuhuhu

    ReplyDelete