Mari join..:)

Wednesday, April 20, 2016

Miri & Brunei Trip (October 2015)

Bila tengok balik post lama, eh macam takde je entri pasal trip pergi jumpa kawan lama kat Miri n Brunei huhu. So taruk la.


Rasanya entri lama2 dulu ada pasal Nana ni. Masa aku mula2 ber-blog, dia dah ada blog masa tu. Tapi dia tak expose diri dia. Kat blog tu kira yang berkaitan nama penuh suma tu, dia hide. So kalau baca, tak tau pun dia ni sape. Macam aku ni, rasanya ramai je kawan2 aku terjumpa blog ni. I is malu kahkah.


So Nana ni, member kelas masa unimas. Dia amik Elektronik dan Komputer, aku dan Telekomunikasi.So masa first year sampai 3rd year, most class kami sama. Budak elektronik pun tak ramai mana,dalam 40orang gitu. Selalu buat group untuk assignment or projek, kami banyak buat sekali la. Masa 4th year, ada 2 class je kot kami sama. Tapi kami sama kolej la, dari 1st year dok sakura sampai grad. Pastu kami join SAFE sama2 jadi AJK dan jadi LO untuk minggu orientasi pelajar pun sama2. Bukan gipang, kami nak sijil je hahaaaa. So boleh kata Nana ni kawan baik aku la dulu. Yang kelakar sebab kami rapat, kadang2 tetiba pakai baju sama. Pastu boleh pulak ada geng konpius kami dua. Padahal Nana ni kulit putih mulus,comel lak tu. Huhu. Nanti aku buh gambar dia.


Nana ni kawin dalam 2012 kot. Bulan April 28hb. Area birthday aku haha. Tapi sebab dia bagitau dah dekat tarikh tu,tak dapat la pi. Tiket mahal. I pulak tengah miskin time tu haha.


So ada sekali tu rasa macam banyak duit (eceh),so aku pergi mesej Nana kat FB tanya dia free tak sekian2 tarikh. Dia kata free, napa. Aku kata nak jalan Miri. Lepas tu dah dia kata free baru aku pi book tiket flight. Ok la,pergi balik dalam RM 250 kot campur insurans. Luggage,makanan,choose seat aku tak amik. Pastu baru plan nak gi mana kat Miri tu. Huhu. Miri aku tak pernah sampai, betul2 masa belajar dulu aku dok kat Samarahan, pergi Kuching,paling jauh pun ke Serian. Itu pun sebab dulu ada makcik dok kat Pulapol Sarawak. Dia la bawak jalan sampai ke Serian, Padawan kot nama tempat tu. Banyak babi gantung huhu. Lepas tu ada la jugak pergi air terjun kat Serian kot dengan kawan2. Dulu Nana pernah ajak aku raya rumah dia, tapi sebab kena ada pasport sebab lalu Brunei kan nak gi Limbang. So tak gi. Lagipun dulu memang duit limited huhu.Ada housemate dulu pernah ajak pi Bintulu gak rumah dia tapi tu lah huhu.


So dah dekat hari nak gi tu, aku fikir la nak gi Niah nanti. Tapi Nana kata macam tak sempat. Takut tak sempat jalan tempat lain. Aku gi 4hari 3malam camtu. Hari aku sampai tu, petang dah dalam kol 2. Aku ingat nak jalan mana2 dulu tapi Nana suh aku tunggu dia kat airport. Bazir duit teksi katanya. So google2 la apa yang menarik kat Miri. I'm thinking of Brunei,tapi camne lak nak gi kan huhu. Lainla kalau Nana nak balik kampung ke.

Dia cakap Iban dengan aku haha. Aku rindu kena panggil "deng". Maksudnya darling or sayang haha. Deng tu bahasa Melayu Sarawak.
 
 
***************************************Day 1*************************************


Hari first beregek sikit kahkah. Mintak akak sebelah kerusi tolong tangkapkan. Mata takleh bukak tu tapi panas dia so-so je. Tak macam kat Lombok. Touchdown dalam kol 2 something. Perjalanan agak 2jam.
 
Sampai2 blur. Aku memang tak plan nak gi mana sebenarnya. Tapi aku lapar. So sampai2 aku nampak Marrybrown. First time sebenarnya makan Marrybrown huhu. Sedap juga. Sampai2. Akak cashier cakap Sarawak dengan aku "makan sitok ka bungkus" aku terus jawab aok makan sitok. Eh spontan je. Aku rindu cakap Sarawak sebenarnya kengkadang tu. Tapi nak cakap dah tak reti haha.
 
 
Makan dengan tenang sebab awal lagi. Pastu rilek2 makan sambil main facebook. Tu la syoknya bercuti dalam Malaysia. Tak payah fikir nak cari Wifi haha. Dah makan,pergi surau sebelah tu ja. Nak rehat2. Sempat aku baring2 dulu. Caj fon semayang semua. Nana kata dia sampai dalam kol 6 kot sebab nak amik anak dia dulu. Ok takpe boleh rest. Rasa pening2 pulak.
 
 
Bila Nana sampai wahhh lamanya tak jumpa. Sejak konvo. Huhu. So dari airport terus balik rumah dia dulu. Husband dia kerja kat Bintulu, buat highway Borneo tu. Dulu sama batch la kat Unimas. Selalu ja jumpa Daus ni. Diorang bercinta dari matrik. So Nana stay dengan kakak dia. Kebetulan pulak,kakak dia pergi Semenanjung. Haha. Bertukar pulak. So minggu yang aku datang tu, Daus balik Miri. Nana kata nanti malam dia sampai. Tengok2 kol 7 tu dia call kata ada kat airport dah. So sebab anak Nana tak dok diam dalam kete, Nana suh aku bawak Myvi dia pergi airport, dia dok tepi huhu. Nervous hakak bawak kete orang. 
 
 
So ambik2 Daus terus gi makan kat Ayam Penyet Ria.
 
Ayam Penyet Ria ni aku rasa banyak je cawangan kat Malaysia ni. Jusco pun ada rasanya.


So lepas makan malam tu terus balik. Sebab letih kan. Esok nak berjalan lagi. Pagi tu Nana kata nak keluar kol 7 kot. Nak pergi Niah. Yeay!!! Aku gigih bawak sport shoes sebab kata nak gi Niah hehe. Dayang Fathia tinggal dengan apak nye kikiki.


************************************Day 2****************************************

Masuk RM10. Eh tangan hakak ada inai ke
 



 
Kena seberang pakai bot,bayar RM1 or RM2. Dekat je,tapi takde jambatan so memang kena naik bot.

Jalan mula2 dia gini, laluan berkayu
 
Ni ada la tanda jarak,tapi tak nampak pun berapa dia tulis tu haha
 


 


 

 


 


 


 

 
 

  
Ni je gambar pakai SJ,tapi tak reti guna. Jadi camni la haha.
 
Start dari sini kena ada torchlight dan tapak kasut yang kuat grip. Sebab licin,banyak taik kelawar. Gelap pulak tu. Takut jatuh. Kitorang ada tanya student yang pergi sampai hujung, dia kata hujung sekali jumpa kubur. Pastu kena patah balik. Kami bayangkan ada jalan lain kat hujung huhu. Kitorang sampai sini je. Tak masuk sampai kubur tu sebab kejar masa. Nak sampai Niah ni pun agak 2jam sebab amik jalan jauh pulak huhu. Kalau tak dalam sejam leh sampai.


Balik dari berpeluh, singgah makan kat Sugarbun haha. Camne nak kurus gitu huhu. Masa ni dah kol 2 something kot. Memang kelaparan dah. Btw, pasal Sugarbun ni. Aku mula2 tak perasan bila sebut  Sugarbun ni. Pastu Nana la kata, ko ingat lagi tak Sugarbun. Kat Sarawak je ade. Pastu bila dah sampai baru "haah la baru ingat" haha. Dia macam KFC tapi nama Sugarbun la. Tapi ko mampu,KFC ada teh c peng special macam dalam gambar tu haha. Sedap weh,selalu buat aku teringat huhu. Tapi kat semenanjung pun ada dah teh ni,tapi sebut teh 3 layer jela. Cuma tak banyak tempat yang ada. Lapar lak perut ni nampak burger huhu.
 
Btw sedih tengok gelang tu,aku beli 2. Satu bagi sepupu,satu ni aku punya. Pastu tertinggal kat boling.
 
 
 
Lepas makan, singgah tangkap gambar kat dua tempat ni. Lambir Hills tu aku rasa nak gi nanti bila2. Sebab banyak air terjun, siap kena tidur sana sebab kalau tak,tak sempat nak pergi semua. 6jam tu nak pergi air terjun yang jauh sekali. Tu baru anggaran, silap2 10jam.
 
 
Balik2 tu, mandi dan rehat jap. Petang nak keluar gi bandar. Sian Thia kena tinggal tadi huhu. I pulak rasa bersalah. Tapi mama dia kata "ala biarlah bukan selalu apak dia jaga. Sebulan sekali je pun apak dia balik" Haha
 
 
 
So petang tu pergi naik bukit ni. Ada Grand Old Lady,kira macam sejarah minyak kat Miri la. Miri kan Bandar Minyak.
 
Pemandangan Miri dari atas. Feeling macam kat Penang jugak sebab nampak laut.



Bukit ni tempat orang local hiking, tourist tak ramai. So nak tangkap gambar pun tak yah beratur bagai. Muzium dah tutup kot masa kami sampai ni,tapi kalau bukak pun maybe tak masuk jugak huhu.
 
 
 
 
Dari bukit tadi, terus ke Luak Bay Esplanade. Nak kejar sunset la kononnya. Locals memang ramai,pastu ada la orang berjual. Tak sure ada aktiviti apa petang2 kat sini, maybe lepak2 je kot. Sebab tanya kawan2 pun memang takde ape. Tapi sedih sikit,masa nak parking matahari cantik je. Elok2 parking tiba2 dah gelap. By the way ni gambar edit huhu. Kalau yang original memang tak cerah camtu. So sebab frust terus gi cari makan. Masa tu nak cari ais krim kelapa kot,tapi habis. Sobsss.
 
So terus gi mall. Tak ingat lak nama, Boulevard ke pun. Nak gi money changer. Esoknya nak gi Brunei huhuhu. Nana suh tukar RM50 je,aku tukar RM100. Dapatla 33dollar gitu.
 
Tengok budak ni, dia nak lepas.
 
Masa tu ada pameran batik or kraf dari seluruh Malaysia, so sempat aku beli 4 helai kain batik Sarawak. Masa tu tak berapa femes sangat macam sekarang ni. Dah makcik pakcik pesan siap bank in, aku beli la dalam 4helai. Nanti beli lagi. Makcik yang jual tu suh pergi Galeri. Sebab dia tak bawak banyak.  Dapat RM20 kot sehelai. Pastu aku beli gelang mutiara Sabah kat emak ngan adik2. Takla mahal sangat. Total dekat RM100. Balik tu pergi pasar malam je,cari mi kolok sup tapi takde. Ada mi kolok goreng je. Kalau kat Kuching memang banyak.
 
 
*************************************Day 3*************************************
 
So pagi tu Nana ajak ke Brunei,kalau sempat singgah Limbang sekali. Nana dan Daus ni dua2 orang Limbang. Depa ada bahasa depa, Kedayan. Sama loghat orang Brunei jugak. So Nana cakap dengan aku tak la cakap melayu Sarawak sangat. Dia cakap melayu biasa ja. Tapi masa kat Niah tu ada jumpa orang kampung Nana, ada la aku dengar dia cakap Kedayan.
 
So hari tu, kami breakfast laksa Sarawak!!
 
Masa kat Unimas, aku tak la suka sangat. Sebab dapat yang tak berapa sedap. Rasa muak. Tapi bila dah balik Semenanjung, mesti nak cari jugak sekali sekala. Yang ni sedap, laksa Lolita. Cina pun ramai. Err orang Sarawak memang banyak yang rupa Cina,tapi yang ni memang betul Cina sebab cakap cina. Kampung ni dengarnya banyak penanggal,seram hakak. Nasib kami pergi pagi huhu.
 
 
Lepas breakfast,singgah galeri cari kain batik. Sekali hakak borong 8 helai lagi. Dapat RM17 je sehelai. Berat la beg hakak nanti huhu. Harap tak kena beli luggage. Masa tu Daus dah bising sebab lambat haha. Kan nak pergi Brunei. Sebelum gi Brunei,isi minyak siap2. Walaupun minyak sana murah, tapi bila tukar duit malaysia jadi sama ja aku rasa.

Ni kat border. Kena tunjuk pasport. Yeay dapat cop! haha. Masa masuk Sarawak kan ada pas, so aku kena bagi dia ni. Masa tu confuse jap,sebab sebelum keluar Sarawak nak balik Semenanjung nanti aku kena bagi balik pas tu. Tapi dia kata takpa. Sebab dia dah key in system. Aku rasa ada la 500meter lepas border ni,takde line dah huhu.
 
 
Masuk2 Brunei, hutan ja. Nana kata memang kalau dia balik kampung akan lalu border ni. Pastu ada la jalan nak ke kampung dia. Maybe kena jumpa 3 kali imigresen baru sampai kot. Tapi ada la lorong tikus kot. Entahla. Tak reti. Oh ye, kat Brunei takleh pakai tinted. So kete Nana pun memang tak pasang tinted, dia pakai sun shade je. Nak masuk Brunei tanggal siap2.
 

So dari border, dia set GPS ke Kampung Ayer,destinasi pertama kami. Masa tu masuk la highway, terkejut gila speed limit dia 100km/j ja. Kalau hujan 70km/j. Tengok keta pun tak ramai yang speeding. Tak perasan lak ada AES tak haha.


Sampai Kampung Ayer tu parking, pergi cari bot. Tanya2, mahal jugak. Nana kata patut dalam $8, tapi bila tanya semua kata $10 (or $11,tak sure). So okey la.




 
Sekolah. Banyak sekolah kat sini,so boleh assume la kampung ni memang sangat besar.


Jambatan sedang dibina.

Dayang Fathia yang kiut. Pandai buat muke comel.

 
 

 
 
 

 


Masjid yang kubah emas tulen tu.satgi ada gambor

Nampak tak hakak fokus

Bomba

Dalam setengah jam kot tour,pastu balik
 
Turun2 tu kami pergi mall dia,tak silap panggil Yayasan kot. Beli fridge magnet 3 untuk $10. Lebih kurang RM10 satu haha. Tapi fridge magnet dia memang rare, bentuk ambuyat. Susah nak buat tu.
 
Ni lorong tengah antara mall tu. Macam dataran,malam2 ramai lepak kot. Macam takde orang kan. Kat dalam mall tu ramai jugak,tapi macam banyak bangla je huhu. Ramai gak komen kat facebook kata Brunei tu macam takde orang. Haah macam takde. Tak taulah Bandar Seri Bagawan macam mana. Kat sini nak lintas jalan pun tak risau. Kereta tak banyak pun. Slow lak tu. Tourist pun macam aku sorang je haha.
 
Ni tepi masjid
 
Ni la masjid kubah emas tu. Kat dalam masjid takleh tangkap gambar ye.
 
Balik dari masjid, makan kat nasi katok ni pulak. $1 only. Wajib rasa la kata Nana. Ok lah,murah. Air mineral pun $1. Nasi katok tu ada nasi, ayam goreng dengan sos ikan kot. Bolehlah sedap, tengah lapar pulak tu. Makan kat area parking yayasan tu macam ada pondok sebab kedai dah tutup.
 
Tak tau nama tempat ni,tapi dekat la tempat kami makan tu dan yayasan tadi. Yang kagumnya, kedai2 kat Brunei ke,nama jalan ke, semua ada bahasa melayu dan tulisan jawi. Kalau kedai cina pun, jadi tulisan jawi tapi bukanla nama cina jugak. Dia jadi nama melayu. Contoh la (ni aku reka) kedai kasut Yong Fatt jadi kedai kasut ceria idaman. Macam tu.
 
 
Istana Nurul Iman. Ada pengawal pegang senapang tau. Jangan main2. Ko buat2 nak ceroboh ke, terus kena tembak la situ. Huhu. Ada la jumpa satu bas pelancong asing kat sini. Tak banyak pelancong kat Brunei ni. Mostly prefer pergi Singapore. By the way,aku pun tak ingat gi istana dulu ka gi Kampung Ayer dulu. Huhu. Yang bawah ni kompem.
 
 
So balik dari situ memang tak sempat dah nak gi Bandar Seri Begawan or Limbang. Sebab nak beli kek lapis. Takut tutup. So terus balik. On the way tu singgah Seria. Billionth barrel monument. Maksudnya tong ke sebilion huhu.
 
 
 Nampak tak dak Thia tu.
 
Sonok sangat Thia ni
 
Kat sini jumpa askar2,tak taulah diorang buat ape. Pastu pergi satu lagi tempat kat Seria jugak.
 

 
Dia ada macam pameran tapi masa sampai tu dah 4.15 kot,dia tutup 4.30 so takleh masuk. So tangkap gambar kat luar je. 
 
Balik dari Brunei, kami singgah kedai jual kek lapis. Agak RM100 something jugak aku beli. 5 ketul. Sebab yang kecik tu pun dah RM26 gitu. Bagi Gemok, pastu ada sorang kawan pesan, yang lain bagi mak.Kek Lapis Habibi. Sedap katanya. Munie pun recommend. Dia ada satu cawangan kat airport,harga sama,tapi tak tau bukak kol berapa. Sebab flight aku esoknya pagi dalam jam 8. Tanya kedai tu dia kata kat airport buka kol 9. So takut tak sempat,beli siap2. Sampai kedai tu pun dah dekat kol 8.
 
Dari border nak ke rumah Nana kejap je. Tak sampai setengah jam aku rasa. Taman dia pun baru bukak, Nana kata aku rasmi rumah baru dia huhu. Untunglah kawan2 dah ada rumah pun, aku takde lagi. Huhu. So sampai rumah, semayang mandi2. Pastu keluar makan.
 
Nasi lalapan! Lalapan ni sebab ada 8 side dish. Kira la cukup tak haha. Tapi aku tak makan pun tempe, limau dengan timun tu. Ayam penyet tu of course la. Yang kelakar,aku dengan nana pesan extra sambal. Tapi kesudahannya tak habis pun. Pedas tu pedas la. Tapi boleh tahan lagi. So sebab Daus tak ikut, yang extra tu masuk bekas dia la haha. Masa tengah makan ni, ada la sorang Cina ni datang mintak derma apatah. Pastu kitorang bagi la sikit. Yang pelik pastu dia tanya Nana u cina ka. Nana kata bukan. Pastu dia tanya,mix Cina ka. Bukan jugak,melayu la. Pastu dia tanya kawan u ni (aku) cina ka. Mestila tak haha. [kompem Gemok kecam cite aku ni. Dia kata dia pun selalu orang ingat cina tapi takde pun nak cite kat orang] Aku syak mamat ni tak pernah datang Sarawak.
 
 
Lalapan ni kat Lombok aritu macam ada jugak,kan ayam penyet ni asalnya pun dari jawa kan. Aku rasa no wonder lah.
 
 
*****************************************Day 4********************************
 
Takde jalan mana pun hari ke4 haha,sebab pagi tu nak balik dah. Flight kol 8 gitu. Nana hantar aku aku kat airport sebelum gi kerja. Nanti tengahari akak dia balik dari semenanjung pulak,betul2 kami bertukar haha. Sampai2 tu aku tengok eh dah bukak dah kedai kek habibi kat airport tu. Tapi takdela aku nak membeli lagi. Tu pun berat dah. Backpack aku penuh, rasa nak terbalik. Nasib la aku tak berapa kurus. Kalau tak mesti tumbang.

Departure hall,nervous hakak takut dia timbang beg

Hasil tangkapan haha. Setakat ni botol air aku tak pernah lagi kena buang,tapi memang aku tinggalkan sikit je,tak sampai separuh. Tengok satu beg tu kek. Dua2 naik cabin je.

 Err lupa pulak taruk bajet.
 
Tiket flight: RM250 return
Penginapan: Free (hehe)
Brunei: RM100 (tapi ada balance RM30++ @ $11)
Kain batik: RM216 (tapi dapat balik duit huhu)
Kek: RM120
Gelang: RM100
Makan: Tak ingat, sebab banyak jugak Nana belanja hewhew
 
Aku rasa aku keluar duit dalam RM400 la kat sana.
 
 
Ok see you next trip hehe.

 

 

 

 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment