Mari join..:)

Monday, April 18, 2016

Mimpi pelik aneh

Malam tadi aku mimpi pelik, sebab mimpi tu combination of few mimpis. So masa tu ada aku dengan kengkawan perempuan dalam 7-8orang gitu nak gi hiking satu gunung ni. Tapi tak ingat lak nama gunung tu apa. So watak yang aku ingat, Ecah. Ecah ni memang aktif,segala aktiviti luar dia join. Kecuali merempit. Yang tu belum lagi. Haha.


So masa sampai tu,track dia lain macam sikit. Sebab starting dari tengah gunung. Gunung tu macam ada lubang sikit. So kitorang start dari situ. Aku dari awal cuak sebab takut tak mampu. Ecah rileks macam biasa. Pastu guide tunjuk la ada 3-4orang laki tengah daki. Tapi kena ikat dengan tali pastu tangan kena la pegang mana yang boleh, ala macam rock climbing tu. Aku yang memang gayat ni,dah rasa geli2 kaki dah. Orang gayat fahamla geli kaki tu camne. Huhu. Aku dulu pun pernah abseiling. Hoi ngeri. Kalau tak gayat memang cantik la turun tu. Sebab badan kena 90 darjah,aku pulak jadi 30-45 darjah at most. Haha.


Pastu bincang pasal fee. Masa ni la yang aku kata combine tu. Aku rasa sebelum ni pernah bayar deposit. Tapi tak ingat berapa. Pastu masa tu 2 orang member laki datang, sorang tu yang aku nampak muka Alexcis, Presiden SAFE persatuan fakulti aku dulu. Tu lagi la combine. Macam mana pulak geng dari Sarawak campur sekali ni. Tapi aku ingat ada bincang pasal hiking ni dalam meeting SAFE. Haha celaru sangat.


Lepas tu sementara tunggu tu, aku pergi cari toilet. Ni lagi satu, selalu gila aku mimpi toilet. Toilet tu kawasan dia lapang pastu ada bilik2. Ada toilet yang open takda pintu dan dinding,pastu aku macam pikir camne nak buang air kalau gini. Tapi aku pusing punya pusing, tak jumpa toilet yang ada pintu dan dinding. Banyak kali sebenarnya mimpi toilet ni. Aku syak sebab aku cerewet pasal toilet,sebab tu salu mimpi. Kalau kat luar aku biasanya cari toilet duduk. Pastu kalau aku pergi sekali tempat tu,toilet dia busuk ke kotor ke. Aku tak masuk dah. Sanggup tahan. Tah pape.


Lepas tu aku terjaga, dan rasa kantung kencing penuh. Tapi sambung tido balik sebab baru kol 2 gitu. Kalau bangun nanti aku susah tido balik. Kol 4 nak bangun dah huhu.


Eh macam dah takde motif dah cite ni.



No comments:

Post a Comment