Mari join..:)

Friday, April 22, 2016

Langkawi trip (November 2015).

Backdated entry lagi
 
 
So Shidah mesej aku one fine day ni ajak aku gi Langkawi. Okey ja,since aku pun dah lama tak gi. Dia kata nak gi kenduri kat Sungai Petani pastu terus gi Langkawi. So kami gi la cari hotel, tiket feri semua. Tapi dah bincang semua, sudahnya erm kawan dia pilih dan bookkan hotel. Takpela, gi jela. Beli tiket feri online. Hotel untuk 2malam, RM74. Feri RM23 one way.
 
 
 
bawak Shidah makan mee udang Teluk Kumbar

So 28/11 tu pegi kenduri, dan terus ke jeti Kuala Kedah. Kitorang ambik tiket feri kol 4.

Ni masa sampai kat jeti Kuah. Sebelum naik feri tu hujan lebat teramat. Sampai sini ok la,tapi mendung. Tapi bila keluar dari jeti...

Tengok, hujan rintik2 dari jeti ke hotel. Katanya 3 minit je jalan dari jeti, tengok2 setengah jam jugak. Sebab lapar, singgah dulu medan selera dekat2 jeti tu. Nak panggil teksi sayang duit katanya. Haha.
 
So lepas makan, sambung jalan. Bukak waze la nak tengok jarak. Jumpa hotel yang nama dekat2 dengan hotel kami, tapi tanya orang. Depa kata banyak hotel nama tu. Adussss. Tapi tanya kat sorang ni, dia kata landmark pejabat polis trafik. So kami waze tu jelah. Sempat lagi pakai baju hujan sebab hujan rintik makin kasar. Nasib Shidah dan kawan dia bawak baju hujan dan payung. Aku tak pernah bawak dua benda ni travel huhu. Nek kete lain cite la kan.Memang ada payung kat dalam.
 
 
Akhirnya. 
Sampai hotel kehujanan. Bilik dia memang murah sangat, katil ada 3,besar. Tapi Kuah la kan. Aircon, keselesaan, keluasan,semua okey. Jarak ke jeti pun okey. RM30@50 je tak silap.
 
 
Malam tu kami keluar kejap, ada pasar malam kot belakang tu. Macam uptown la. Pusing2 area situ,kedai semua dah tutup. Yang sebenarnya kawan Shidah nak shopping, tu yang amik hotel kat Kuah. So kesimpulannya hasrat dia tak tercapai.

Ada satu lagi de Baron kat belakang. Tak nampak kan? Haha.
 
So pagi tu checkout,tunggu kereta sewa. Ni la sebabnya malam semalam tu jalan kaki. Nak sep duit kereta sewa. Haha. Tunggu punya tunggu,orang yang hantar kete tu pun sesat. So bukan kami ja yang sesat cari hotel ni haha. Pastu aku drive, hantar abang tu kat jeti. I cuak sebenarnya, pernah sekali je bawak viva pastu gayat sebab ringan sangat. Belok2,selekoh ni memang tak berani bawak viva. Dah tu auto pulak, I neves. Kan dulu pernah bawak kete Fizah pastu tak leh start huhu. Tapi memandangkan kawan Shidah tak tau bawak manual, so terpaksa gak la amik auto.

Benda ni dekat je dengan jeti, so lepas hantar abang tu cari parking nak tangkap gambar kat sini.

Yang baju kotak2 kaler biru@hijau tu, Henry Golding. Aku dengan Shidah nak tangkap gambar dengan dia, tapi Henry tu suruh tunggu kejap. 5 minit katanya. Bagus la,tak sombong. Tapi kami malas nak tunggu haha. So lepas kami selesai bergambar terus blah je.
 
 
Selesai, kami menuju ke cable car. So sebab ramai, kami makan dulu. Pergi semayang sebelum datang semula kol 2. 
 





Gemok pesan suruh selfie bagi nampak cable car kat belakang.






 
Dah setel, kami gerak ke hotel, nak check in. Sebelum tu makan dulu. Gemok suh try nasi ayam madu kat tepi pantai ni,area airport. Tapi masa sampai tu dah habis. Tinggal satu ja kot. Pastu layan sunset.

 
 
Ni hotel kami.T-star cottage Kat Kedawang.



Nampak menarik, tapi...
 
Masuk2 bilik bau busuk. Dan rasa berkuap. Tak tahan nak ke toilet, so dah letak barang terus pergi ziarah mangkuk tandas. Rupanya bau lumut. Bilik air tu konsep dia memang ok la,ada batu sungai apa. Tapi sebab diorang tak cuci,pastu langsir tu pun macam ada taik lalat. So jadi macam arghh busuk. Jadi bau macam najis pun ada.
 
Pastu dia suruh bukak pintu dalam 15minit dulu. Tapi kan dah dok tingkat bawah, takut orang nampak. So kepanasan dia hurmm. Pastu banyak nyamuk huhu. Kan konsep dia dalam hutan, takde aircon, takde TV. Konsep bagus, tapi tu lah,ada monyet,katak. Katak dia bunyi unik. Yang bagus dekat nak pi island hopping.
 
Malam tu kami jalan Cenang,tapi hujan,pastu Ahad malam. Dok cari mana la tempat yang best sangat diorang kata tu. Tapi dah semua pun tak pernah pi Langkawi,so sudahnya kami beli burger pastu jalan2 tepi pantai jap. Balik.








Orang yang tangkapkan gambar aku ni, Melayu lelaki. Aku ni memang taklah nak tegur lelaki Melayu. Lelaki bangsa lain pun kalau terpaksa jelah. Tapi aku memang ingat dia ni Cina ka siam ka. So aku cakap la "can you take my picture" lebih kurang lah. Pastu dia jawab "boleh je" Terus i terkejut. Mesti obvious sangat muka I terkejut tu hahaaaaaaa. Pastu dia tanya datang sorang ke. Masa tu Shidah dengan kawan dia sibuk apa tah kat belakang huhu. So nampak macam aku sorang.  Bila tengok betul2 baru nampak macam lelaki dari KL (if you know what I mean heheh).


 

Nak menari ala2 Usop Wilcha
 
Sini la monyet dia agresif gila. Kalau bawak barang kat tangan sure kena rampas. Walaupun handphone. Guide kat situ pesan siap2 dah simpan semua barang sampaila korang tiba kat tasik. Sampai tasik aku rasa haus. So pergi gerai tepi2 tu pesan teh ais. Shidah dengan kawan dia gi la main air ke apa aku pun tak tau. Memang I tiang lampu ja,tapi tak kisah pun haha. Sebab Shidah da cakap siap2. Risau aku jadi tiang lampu,tapi memang cari kawan nak gi Langkawi sekali takde yang free. So aku kata takpela,janji dapat pi Langkawi haha.
 
So kat gerai tu  borak la dengan orang kat kedai tu. Ada 2 laki,sorang pompuan. Aku sembang dengan depa jelah.Kak tu orang Seberang Jaya,umah dekat dengan Billion katanya. Biasa la lalu sebab dulu kan kilang Honda dekat ja situ. Pastu kak tu suh aku gi masuk kat air. Siap panggil kawan dia suh bagi life jacket 1 kat aku. FREE. Hehe. Untungnya beramah mesra. So ada la mandi dalam 10minit pastu diorang nak gerak dah. Kak tu pesan kalau mai lagi nanti lehla jumpa. Tapi tak ingat lak nama dia. Adoi. Ingat muka je







Masa last checkpoint. Takda mood nak jalan,mengantuk. So baring je.








 
Masa nak naik bot nak balik ni,kan tak da jeti. Pastu bukan ada orang nak tolong naik. Terpaksa la naik sendiri. Pastu bot sebelah tu tanya kat abang bot aku tu, weh hantu ke tolong dia naik. Bongok gila. Haha.
 
Habis island hopping, balik hotel mandi2 siap nak ke jeti. Singgah makan jap kedai masakan kampung area underwater world terus direct ke jeti. Aku amik feri kol 3 gitu,bajet sampai dalam kol 5 gitu. Pastu drive dari Kuala Kedah ke Penang, ikut jalan lama sampai SP utara. Aku kan suka drive ikut jalan lama. Kiranya tu paling utara la aku bawak keta kat jalan lama. Huhu. Nanti ada masa lehla lajak ke Perlis.
 
So..aku bawak ke Langkawi RM200 gitu. Tiket feri masa pergi beli siap2,RM23. RM250 tu include makan untuk 3hari, isi minyak,tol,island hopping,cable car,feri balik,ada sambar sehelai tracksuit Adidas rm30. Souvenier tak ingat ada tak beli fridge magnet huhu.



 
Teringin nak gi Langkawi dengan family,tak taulah bila. Aku kira2 jugak bajet untuk 6orang, dekat RM2000 jugak la huhu.Tak masuk shopping. Mak aku mesti nak shopping sikit2 huhu.

 

No comments:

Post a Comment