Mari join..:)

Tuesday, April 12, 2016

Kaki gaduh.

Aku pun tak taulah kenapa. Aku rasa makin susah nak kawal temper  aku. Kalau tanya kawan2 dulu. Hampir tak pernah tengok aku marah.  Pernah aku update status fb marah2. Ramai komen kata tak pernah nampak aku marah.Aku bukan kaki senyum jugak, rupa aku yang garang ni dah menjelaskan segalanya haha.

Dulu walaupun tak puas hati dengan banyak benda. Takde tempat aku nak luahkan,kecuali bantal dan kertas. Nangis sorang2 waktu malam sebelum tido atau coretkan pada kertas. Lepas tulis aku lega dan takkan ingat dah apa aku tulis. Lepas tu kertas tu pergi mana pun aku tak tau. Yang selalu jumpa dan baca,mak aku la. Tapi dia pun tak pernah faham aku. Yang selalu buat aku nangis belakang bantal tu dia la. Tu la aku jarang cite pape pun kat family aku. Aku rasa kebanyakan anak sulung gini, macam terasing dengan keluarga sendiri.

Kadang2 tu aku teringin jugak nak luahkan apa aku rasa. Tapi bila luahkan kesedihan,jadi bahan ketawa rakan2 pula. Macam tak layak ada perasaan. Kadang2 aku cuma mahu difahami. Bila aku diam, orang buat sesuka hati. Bila aku luahkan aku pula rasa lebih teruk. Seolah-olah semuanya salah aku. Aku pun ada perasaan T_T


No comments:

Post a Comment