Mari join..:)

Friday, April 15, 2016

Descendants of the Sun (DOTS)

Haha. Aku rasa almost semua perempuan kat Malaysia ni gilakan cerita ni sekarang. And yeah, final episod dah pun. Haha. Total 16 episod je. Ok la dari sinetron yang beratus episod tu,sampai tak larat nak follow cite dah. Bila terlalu panjang, cite automatik banyak merapu. Alah cakap je tak suke sinetron hahaaaa.


OK sebagai peminat lelaki jambu (haha) memang ramai la peminat Song Joong ki ni. Tak silap aku, aku mula perasan wajah jambu ni masa cite Sungkyunkwan Scandal. Masa tu aku dok umah Pak long kot sebab ada Astro. Umah aku kan takde Astro mase tu. Mula2 minat tengok sebab Micky Yoochun (ex-DBSK) dulu kan aku peminat tegar DBSK. Pastu eh comelnya Joongki ni, pastu yang berlakon selalu mabuk tu pun comey jugak. Haha tetiba rambang mata. Yang berlakon mabuk tu Yoo Ah In  hero Six Flying Dragons,yang jadi raja Taejong tu. Tapi dalam Sungkyunkwan macam lagi kacak. Huhu. Ok back to Joongki,asyik tersasar je aku ni. Joongki ni ironicnya bekas student Sungkyunkwan University ni. Prestigious katanya U ni,taraf UM kot kat Malaysia ni.


Then siapa yang minat Runningman memang biasa la tengok Joongki. Aku tak berapa, kadang-kadang tertengok gitu jela.Nak download or pergi sedut kat orang, memang malas. Ada ja dalam laptop tu, tapi bila tengok je aku senang distracted pergi tengok fon la apa. Haha.


Heroin DOTS, Song Ji Hyo plak, sape yang tak tengok Full House kan. Huhu.

So dah lama la citenye aku tak layan sangat drama2 ni. Macam aritu, masa rumah mula2 ada Astro, ada la layan She Was Pretty, lawak gila cita tu. Rasanya hampir semua episod jugak aku tengok. Gapdong pun tengok sebab Shidah bagi, ada Lee Joon kat dalam. Arghhhh kacak Lee Joon dalam tu (distracted lagi LOL). So kali ni untuk DOTS, aku tengok2 terus episod 2. Pastu macam wow, macam menarik. Tapi masa tu macam takde iklan sangat, orang pun tak berapa kecoh. So tak tau bila cite ni tayang kat 391. Pastu masa aku pergi Bali haritu, kan last day aku tak jalan mana kan. Aku bantai marathon 10 episod terus haha. Lepas tu addicted.



 

 
 
Muka malu dia haha. Geram je aku kalau dapat bf gini.
 
Paling kelakar episod 9, dia ter-announce love confession kat semua orang. Pastu malu tak terkata, dok lari2 sembunyi dari Joongki. Errr aku kalau malu pun selalu gitu haha. Nak sorok apa tak tau. Masa dia nak jatuh gaung, dia gi buat wasiat rakam kat fon. Pastu termasuk dalam playlist. Konon2 nak tenangkan pesakit dengan lagu2 dia, sudahnya terkeluar "lagu" tu. Haha. Yang gambar atas ni, dia dengar love confession dia la tu. Tu yang malu tu haha. Patut la Joongki dok gelak sorang2 dengar lagu ceh.
 
Tengok, gigih download episod 15 semalam.
 
 
Ok la nak download final episode pulak, bye.

No comments:

Post a Comment