Mari join..:)

Tuesday, April 26, 2016

Bukit Bendera.

 
Ada la sekali aku datang Penang. Eh dua kali. Eh ke beberapa kali dah haha. Sejak aku pindah KL kan. So sajala pergi Bukit Bendera. Sejak2 I minat hiking ni kan. So pakai la baju belasahan je. Kata nak hiking. Pastu rasa nyesal lak bila tengok orang semua pakai cecantik huhu.

Ni salah satu lubang nak hiking,ada 3 kot semua. Nanti kat bawah ada lagi satu lubang aku tunjukkan k. Yang ni jeep trail. Tak mencabar dari segi kecantikan jalan (jalan tar so takdela akar kayu ke lubang2 ape),tapi nak naik tu semput hoi. Tapi masa ni naik dalam 50-100 meter je pastu turun haha.

Kemain lagi Gemok.
 
Tengok makcik ngan pakcik tu steady je

Turun balik laju haha.

So jeep trail ni dekat Taman Botani. Pastu ada shooting range kot area situ. So kalau nak gi hiking leh waze Taman Botani je. Dekat je. Tiga-tiga lubang hiking tu ada area sini je. Sebab tak hiking kami jalan2 la. Sini ada waterfall jugak tapi entahla,tak faham sangat cite Gemok. Tapi dia cite la masa kecik2 memang selalu ke sini. Aku rasa masa kecik aku pernah jugak datang, tapi umo dalam 4tahun,mana la ingat. Ingat pernah datang pun sebab ada gambar jalan Penang dengan mak and opah. Pastu masa maklong masuk USM tahun 96 gitu pun pernah datang Penang tapi tak ingat ada jalan mana haha.
 

Masa ni Gemok tengah gila berkebun. Siap kawan panggil Hang Kebun.
 
 

Kononnya sini tempat mak ayah Gemok bercinta huhu


 
Dah puas bergambar, jom naik cable car!haha! Oh ye,lubang hiking lagi satu tepi jeep trail tu je. Lubang ke3 aku tunjuk di akhir entri.

Orang tak ramai,tak taulah kenapa. So lehla tangkap gambar.

Pakcik drebar cable car.

Untung dok depan.


Selfie kat cermin pun jadi. Kalau perasan ada sorang pompuan pun sibuk gak tangkap gambar diri sendiri kat cermin ni bila nampak aku buat. Dahla cakap KL pastu cakap kuat2, Gemok memang menyampah dengar pastu pesan aku jangan buat gitu haha. Sebab macam sengaja nak tarik perhatian orang. Aku pun tak suka, sebab dia macam sibuk rapat dengan kami huhu. Macam gediks haha.





Masuk RM1 teropong la puas2. Tapi tak teruja sangat la.

Tengahari ada orang jual burger,ko mampu?






Memang terik time ni, maafkan rupa itu






Tak masuk sebab kena bayar RM12 kot,rasa macam mahai


Ni yang ditunggu2,nyum2. Harga dalam RM12


Kenyang weh,makan 2orang pun jenuh nak habiskan. (pagi tu makan nasi lemak)

Ok,jom balik.

 
Ni dah turun baru ambik gambo, masa naik ada orang so malas tunggu.

Turun2 pegi try pizza petak. Sedap I like! Tak tau sekarang ada lagi tak pizza petak ni.


Bawak baju spare so leh gi dating (ehem)


 

Aku suka kedai Bahtera ni,chicken chop dan char kuetiau dia sedap. Nora bagi 5 bintang!
 
***********************Entry finished*************************
 
Ok ni cite hiking, motip combine,tapi ni pergi dengan orang lain la. Ni la lubang ke3 tu, jalan hutan tapi ada tangga2 jugak

 

Terjumpa sesuatu yang rare
 
 
Ni la partner kalini,ex student aku umo 18

Hakak pun nak try

 

Masa ni rasa mengantuk,nak kata pancit tak jugak. Sebab tak full jalan tangga macam Bukit Jambul. Tapi sempat la aku nak lena.

Jalan dia macam naik bukit pastu eh eh turun pulak pastu naik lagi,tricky


Aku ngeri gila tengok, macam nak tertumuih

Ok selamat dah turun bawah. Ni la lubangnye.




Nampak macam hakak gumuk di situ. Cis. Lubang ni nama Moon Gate. Jalan depan sikit jumpa la Taman Botani tu.
 
Balik tu gi tengok Boboiboy dengan student aku ni,nama dia Aimi.

Penuh gila sampai parking kat bumbung, so sempat la gi tangkap gambo sat sebab kagum dengan pemandangan haha.

Tu je, hiking Moon Gate ni aku tak tau kat mana puncak sebab lepas jumpa orang bawak motor tu,memang menurun je jalannya. So kami patah balik. Patah balik pun, 2jam jugak rasanya naik tu. Turun2 dalam kol 2,naik kol 10. Nanti nak try jalan lagi satu,sebab katanya jalan tu paling senang. Huhu k bye.

No comments:

Post a Comment