Mari join..:)

Thursday, April 28, 2016

Teman hiking.

 
Teman hiking untuk few series heheh. First aku hiking kat Penang ialah kat Bukit Mertajam atau Cerok Tok Kun. Masa tu dengan Gemok la,tapi sampai sign "Malaysia boleh" je. Tu kira setengah perjalanan la. Maklumla jalan tar, gila pancit. Pastu ada sekali aku pergi sorang, dapat naik sampai atas. Tapi slow2 la. Sejam setengah naik, sejam turun. Masa tu Gemok cakap "hantar gambar kat "Malaysia Boleh" dengan puncak". So I sahut la cabaran. Dia ada few checkpoint la, Malaysia boleh,pastu atas tu ada gym,pastu atas sekali ada pencawang je huhu. Sampai atas tu agak kuciwa la,takde pemandangan huhu. Tapi puas la berjaya sampai. Tu lah kadang2 malas jugak hiking berteman,sebab lagi senang pancit. Aku agak sebab banyak bercakap haha.
 
So haritu rasa macam nak pergi Lighthouse, Lighthouse ni kira paling jauh la kat National Park tu. Aku pernah sampai Kerachut dan Monkey beach je,itu pun pergi or balik naik bot hehe. So nak cabar diri la konon, jom pergi jauh sikit pastu jangan naik bot. Gila. Huhu.
 
 
So haritu ajak la ex-student aku pergi. Eh excited pulak dia. So dalam kol 8 something aku pickup dia kat rumah terus ke sana. Dia tak breakfast sebab memang jenis tak makan pagi,aku makan roti je. Dah daftar,so kami gerakla slow2. Ok la bersenam dengan dia sebab dia lagi kerap pancit dari aku haha. Sampai monkey beach kelaparan dah, memang cari makanan terus. Mula2 ingat nak makan ringan2 je,tapi fikir jauh jugak nak ke Lighthouse pastu patah balik lagi. So makan nasi goreng. Student aku ni makan maggi je. Patut kurus. Huhu. Dari office National Park sampai Lighthouse campur rilek2 makan sat.campur baring2 sat,campur mengaduh sakit jari kaki yang kecik kat hujung tu, 7jam huhu. Total 9.34km(jarak ikut map yang diberi office National Park tu).
 
 
 
 


Student aku memang selalu nak tangkap gambar aku,comel katanya hahaaaaaa. Tolonglah muntah. Memang tu ayat dia haha. 

Ni pemandangan dari atas lighthouse. Light house ni jalan mati, kira dah sampai tu,kena patah balik la p Monkey beach,pantai USM, Sg Tukun, office National Park. Jalan dari Monkey beach ke Light house ni ada seram sikit, dari pantai pastu nak masuk hutan tu,macam takde orang sangat. Pastu suasana dia suram, kena naik tangga2 (part ni la letih sekali) pastu ada pondok2 untuk berehat. Pondok2 tu pun seram. Tapi hakak sempat la dok kat satu pondok ni konon nak berehat sekali ada grup budak lelaki aku rasa budak poli pun tumpang sekali pondok tu. Ceh. Tak jadi nak melelapkan mata. Padahal banyak je pondok lain. Masa ni memang dok menguap je,mayb sebab baru lepas makan kan haha.
 
Tapi part seram tu memang, suasana tiba2 jadi meremangkan bulu roma, pastu aku macam ter-stop melangkah,student aku pun sama. Student aku ni biasa nampak "benda",aku tak ingat pernah cite kat sini ke tak. Dulu dia dok umah besor kat Gelugor,tempat aku mengajar dia dan kakak dia la. So 3tahun la aku berulang ke rumah tu. Biasanya kelas malam weekdays, kadang2 pagi or petang kalau weekend. So boleh kata lama jugak kalau kat sana, kelas 2jam, pastu kadang2 kena tunggu anak dia mandi ke semayang ke,pastu mak dia mesti hidang makan sambil berbual. So selalunya memang lama la kat rumah tu. Selalu jugak semayang kat sana pun. Aku ni,memang selalu jugak rasa seram tak memasal,tapi sebab tak nampak pape, diorang pun tak bukak cerita,so aku rasa perasaan aku jela tu.
 
Kitorang selalu buat kelas kat bilik bacaan,tingkat bawah. Rumah dia jenis pintu utama kat tingkat tengah,kalau kira2 ada 4 tingkat camtu. Maksudnya,masuk rumah dari garaj tu, tu tingkat ke3,ada ruang tamu, naik satu tangga bilik2 diorang (aku tak pernah naik),turun tangga tu ada bilik bacaan n solat,meja makan dan ruang menonton, turun satu tingkat ada dapur dan bilik ayaq. So masa kat bilik bacaan tu,kalau sorang2 memang rasa macam seram2,bila aku gi semayang kat bilik sebelah tu pun. Pastu bila tingkap bilik bacaan tu terbukak,aku asyik nak tengok ke situ,padahal memang takde ape. Tapi entah kenapa memang creepy. berapa kali nak ulang la seram kan. Kat dapur,ruang tamu,semua la rasa agak seram walaupun siang.
 
Sampai la ada sekali tu,diorang dah pindah Pulau Tikus,aku datang pastu mak dia bukak cerita. Baru lah aku tau kenapa aku seram je memanjang. Memang tempat2 yang aku sebut tu,banyak kejadian berlaku huhu. So berbalik pada kejadian on the way ke Lighthouse tu,aku risau la sebab muka dia agak pucat sikit pastu dia pun sama dengan aku,tiba2 stop bercakap dan berjalan. Tapi aku tak tanya masa tu, aku tunggu sampai dalam kereta baru tanya. Masa tu ada pikir nak patah balik,tapi lepas jumpa ramai jugak orang, kami teruskan jugak.




Ada lagi sekali aku hiking dengan dia kat Bukit Bendera,ada kat post sebelum ni. Huhu. Dia kata bila2 ajak je dia, huhu. Yang kelakar, dia selalu tanya "cikgu cukup ke air,kalau tak leh ambik air saya" padahal dia pun tak cukup huhu. Masa balik dari Lighthouse tu la, aku bawak botol air dalam 500ml,pastu beli 2 botol air,air mineral 500ml satu,air 100 plus botol kecik 1. Pastu tak cukup wey. Masa sampai Monkey beach tu, tengok jugak air mineral. Tapi kami masing2 kata, ala beli kat USM beach la,kat abang tu. On the way pergi tu,aku beli 100plus kat dia la. Tapi on the way balik tu,sampai je USM beach,tengok abang tu dah takde. Sobssss kehausan. Memang ketaq la nak balik tu. Sampai office tu, gi cari kedai terus beli milo sekotak. Habis dalam masa 10saat. Haha. K bye hakak lapar dah.

Tuesday, April 26, 2016

Bukit Bendera.

 
Ada la sekali aku datang Penang. Eh dua kali. Eh ke beberapa kali dah haha. Sejak aku pindah KL kan. So sajala pergi Bukit Bendera. Sejak2 I minat hiking ni kan. So pakai la baju belasahan je. Kata nak hiking. Pastu rasa nyesal lak bila tengok orang semua pakai cecantik huhu.

Ni salah satu lubang nak hiking,ada 3 kot semua. Nanti kat bawah ada lagi satu lubang aku tunjukkan k. Yang ni jeep trail. Tak mencabar dari segi kecantikan jalan (jalan tar so takdela akar kayu ke lubang2 ape),tapi nak naik tu semput hoi. Tapi masa ni naik dalam 50-100 meter je pastu turun haha.

Kemain lagi Gemok.
 
Tengok makcik ngan pakcik tu steady je

Turun balik laju haha.

So jeep trail ni dekat Taman Botani. Pastu ada shooting range kot area situ. So kalau nak gi hiking leh waze Taman Botani je. Dekat je. Tiga-tiga lubang hiking tu ada area sini je. Sebab tak hiking kami jalan2 la. Sini ada waterfall jugak tapi entahla,tak faham sangat cite Gemok. Tapi dia cite la masa kecik2 memang selalu ke sini. Aku rasa masa kecik aku pernah jugak datang, tapi umo dalam 4tahun,mana la ingat. Ingat pernah datang pun sebab ada gambar jalan Penang dengan mak and opah. Pastu masa maklong masuk USM tahun 96 gitu pun pernah datang Penang tapi tak ingat ada jalan mana haha.
 

Masa ni Gemok tengah gila berkebun. Siap kawan panggil Hang Kebun.
 
 

Kononnya sini tempat mak ayah Gemok bercinta huhu


 
Dah puas bergambar, jom naik cable car!haha! Oh ye,lubang hiking lagi satu tepi jeep trail tu je. Lubang ke3 aku tunjuk di akhir entri.

Orang tak ramai,tak taulah kenapa. So lehla tangkap gambar.

Pakcik drebar cable car.

Untung dok depan.


Selfie kat cermin pun jadi. Kalau perasan ada sorang pompuan pun sibuk gak tangkap gambar diri sendiri kat cermin ni bila nampak aku buat. Dahla cakap KL pastu cakap kuat2, Gemok memang menyampah dengar pastu pesan aku jangan buat gitu haha. Sebab macam sengaja nak tarik perhatian orang. Aku pun tak suka, sebab dia macam sibuk rapat dengan kami huhu. Macam gediks haha.





Masuk RM1 teropong la puas2. Tapi tak teruja sangat la.

Tengahari ada orang jual burger,ko mampu?






Memang terik time ni, maafkan rupa itu






Tak masuk sebab kena bayar RM12 kot,rasa macam mahai


Ni yang ditunggu2,nyum2. Harga dalam RM12


Kenyang weh,makan 2orang pun jenuh nak habiskan. (pagi tu makan nasi lemak)

Ok,jom balik.

 
Ni dah turun baru ambik gambo, masa naik ada orang so malas tunggu.

Turun2 pegi try pizza petak. Sedap I like! Tak tau sekarang ada lagi tak pizza petak ni.


Bawak baju spare so leh gi dating (ehem)


 

Aku suka kedai Bahtera ni,chicken chop dan char kuetiau dia sedap. Nora bagi 5 bintang!
 
***********************Entry finished*************************
 
Ok ni cite hiking, motip combine,tapi ni pergi dengan orang lain la. Ni la lubang ke3 tu, jalan hutan tapi ada tangga2 jugak

 

Terjumpa sesuatu yang rare
 
 
Ni la partner kalini,ex student aku umo 18

Hakak pun nak try

 

Masa ni rasa mengantuk,nak kata pancit tak jugak. Sebab tak full jalan tangga macam Bukit Jambul. Tapi sempat la aku nak lena.

Jalan dia macam naik bukit pastu eh eh turun pulak pastu naik lagi,tricky


Aku ngeri gila tengok, macam nak tertumuih

Ok selamat dah turun bawah. Ni la lubangnye.




Nampak macam hakak gumuk di situ. Cis. Lubang ni nama Moon Gate. Jalan depan sikit jumpa la Taman Botani tu.
 
Balik tu gi tengok Boboiboy dengan student aku ni,nama dia Aimi.

Penuh gila sampai parking kat bumbung, so sempat la gi tangkap gambo sat sebab kagum dengan pemandangan haha.

Tu je, hiking Moon Gate ni aku tak tau kat mana puncak sebab lepas jumpa orang bawak motor tu,memang menurun je jalannya. So kami patah balik. Patah balik pun, 2jam jugak rasanya naik tu. Turun2 dalam kol 2,naik kol 10. Nanti nak try jalan lagi satu,sebab katanya jalan tu paling senang. Huhu k bye.