Mari join..:)

Tuesday, March 29, 2016

Trip KL-Bali-Lombok-Bali-KL Part 1

Trip kali ni dengan teman serumah 3 orang, kawan housemate yang kerja sekali,dan kawan kepada kawan housemate tu. Total 6 orang. Semua ladies. Kalini percutian aku sorang je budget ketat,sebab member2 semua tak budget. Kaki shopping semuanya T______T  


Ok. Citenye start dari tahun lepas, aku dengan Fizah nak pergi Turki@Korea katanya masa birthday kami tahun 2016 ni. Tapi tak sempat kumpul duit. Fizah pun kata,dia agak sibuk sebab banyak projek awal tahun 2016,tambah pulak bisnes dia tu. So kami adjourn dulu buat sementara. Housemates aku Shikin dengan kak dia Zati ajak ke Lombok. So aku macam okey je. Pastu ajak kawan rumah sorang lagi Su. Tiket flight kawan Zati yang bookkan. Bulan 12 tahun lepas kot dah book. Tapi sebab tiket KL-Lombok-KL mahal banyak,maka pilih return Bali. Yang mana akhirnya aku rasa disesali juga keputusan ni. Huhu. Nanti aku citer. So harga tiket return KL-Bali-KL plus insurans plus luggage 20kg (combined) untuk trip balik nanti, sorang RM312. Ka-ching, ka-ching, bunyi syiling.


Then hotel, mula2 aku cadang bajet RM400 sorang untuk seminggu tu. Lama kan. So aku volunteer la pergi bookkan hotel semua untuk 7hari tu. Kami takda itinerary yang betul2 specific lagi masa ni. So aku just pandai2 book untuk Bali 1 malam,Gili 2 malam,Senggigi 2malam,Kuta Lombok 1 malam,Kuta Bali 1malam.Yang Bali tu sebab malam first tu sampai malam dah,so baik rehat dulu. Yang malam last tu sebab flight balik KL pagi buta kol 6. Tapi bila dah book, pastu book,cancel,book cancel 2-3 kali total budget RM170++ gitu sorang. Tapi aku suruh semua bayar RM200 sorang sebab incase kena amik extra bed.


Untuk transport pula, mula2 aku buat grup whatsapp dah sebab senang nak discuss. So aku mintak la sorang tolong pergi cari supir. Aku bagi la 3-4 contacts. Tapi??? Semua senyap. Busy kerja la katakan. Aku sorang ja tak busy. Hidup goyang kaki duit masuk gitu je kan. Huh.


So aku pun mesej la 2-3orang supir tanya harga. Tapi tak confirmkan lagi. Survey dulu. Pastu Zati kebetulan ada cuti apetah, balik kampung 4-5 hari. Dia kata biar dia mesej supir. Aku kata okey. Pastu dia kata pening la deal dengan supir. Tak taulah dia busy apa kat kampung. Sudahnya cuti pun habis, so dia suruh aku yang deal. Hamboi2. Aku bengang dah masa ni. Nak cuti sama2 pastu tak nak buat kerja. Grup travel aku pun bengang je bila aku cite pasal ni. Dahla bila tanya persetujuan bagai tak respon2.


Tapi walaupun bengang. Tapi sebab tak nak kalut,aku bookkan fast boat pulak. Sebab baca kat blog ramai yang kata nanti kena beratur panjang. Dahla kena bertolak pagi2 buta dari hotel,pastu nak naik jam 9.30 pagi. So book je. RM122 sorang. So aku cakap kat grup suh masing2 bankin lagi RM100.


So sudahnya okey aku ambik ja 2supir yang aku rasa paling murah. Supir Bali 1,Supir Lombok 1. Iti aku pandai2 je bubuh untuk Lombok. Pastu tanya pulak kat group pasal iti Bali. Dah tu sebab aku rasa aku cakap sorang2 je dalam group,aku left terus. Hangin punye pasal. Siap update status kat fb dengan status whatsapp sekali pasal tu. Masa ni dah rasa macam malaaaas je nak pi. Hurmm.
Supir Bali Pak Nur +6281338028200 Supir Lombok boleh search Jhuna Telagawaru kat facebook.



*****************************Bersambung*******************************************













No comments:

Post a Comment