Mari join..:)

Monday, February 22, 2016

Trip Udez ke Singapore

(Post Tertangguh dari Januari 2016)

Kat sini aku nak cerita cara aku naik public transport ke Singapore. Dan bajet sekali.
So Jumaat malam tu. Aku asyik berbolak balik pasal nak gi ke tak. Trip ni sebenarnya under group Ladies Eat and Travel. Tapi sudahnya jadi tak berapa group. Kisahnya mula dengan waktu ketibaan. Sebab masing2 dok tempat tak sama, so start lah dari tempat masing-masing janji sampai pastu baru gerak sekali.

So semua plan sampai sana pagi sabtu. Aku pun book la tiket bas. Sebab ada beberapa orang pun nak book tiket flight jugak masa tu. Pastu, kata sampai sana pukul 10pagi camtu. Aku kan orang paling jauh, so bila tengok tiket flight dari tempat aku lambat. Aku pun cari lah bas. Supaya diorang tak kena tunggu aku.


Aku ambik bas tengah malam. Bajet dalam pukul 8@9 pagi sampai lah. Pastu aku gerak la sampai Changi tunggu diorang kan. Bas aku turun Woodlands. Nanti leh naik MRT je kot. Or bas. Bas ke Singapore dalam RM52. Murah banyak sebenarnya. Biasa dekat RM100.
Sekali. Aku sorang je yang sampai pagi Sabtu. Ok takpelah. Bukan aku tak biasa jalan sorang.
Pastu aku book tiket USS RM185. Mulanya kena ambik kat kaunter nama apatah depan uss tu. Sekali orang tu mesej kata agen takleh gi sana so kena gi ambik kat JB. Kalau tak ambik sabtu tu dia kata nanti dia cancel. Macam kurang ajar je gaya dia cakap tu. Dia yang takleh datang. Pastu suka2 kata nak cancelkan. So terpaksa la turun Terminal Bas Larkin.
Aku dah study pasal bas dari JB le Singapore. So takpelah. Suruh agen tu datang situ lah. Ingat aku tau jalan JB? Pastu bas lak sampai awal. 6.30 pagi dah sampai Larkin. Mesej agen tak sampai. Kol rupanya fon off. Bila tanya orang yang aku deal untuk tiket tu dia suruh call jam 9-10. Aku awal sangat katanya. Eh ingat aku leh kawal ke bas sampai pukul berapa. Dah sampai awal. Aku nak buat apa 2jam kat JB sementara tunggu dia tu.So last2 aku minta kawan yang join trip sekali Anna tu tolong ambil tiket. Tiket tu pun bukan aku yang nak masuk. Aku tak jadi masuk sebab Syeirli minta tolong buatkan satu kerja. So aku kena balik JB awal untuk settle kan kerja tu. Bayangkan, dalam MRT.Sambil berjalan aku buat kerja kat fon. Tapi dah nama noob, tak cepat jugaklah boleh siap. Tambah pulak tak lama sebelum tu kawan Munie pun hantar kerja jugak. Sebab aku ingat Syeirli lambat lagi nak bagi kerja tu, aku pun accept jela. Sekali dalam masa sejam tu Syeirli pulak mesej kata dah email. Adoii. Camne nak buat dua2 sekali tambah lak aku ni berjalan, bukan dok umah. Tu yang macam orang gila 24jam dengam fon. Bercuti tetap bercuti kalau tak rugi la aku datang sana. Hotel semua dah book. Tiket pergi balik lagi.
Ok back to cite JB.
Aku cari la kaunter tiket bas ke Singapore.Ingat nak terus naik bas ke Bugis je. Senang sikit dari tukar-tukar stesen. So aku jumpa dua kaunter kat hujung sekali. Satu nama ekspres something. Bas ekspres la tu. Satu lagi SBS Transit.Ni yang aku jumpa la. Yang aku baca ada bas Causeway link jugak. So aku masuk je bas SBS Transit tu. Tiket RM2.50. Bas lompat-lompat tapi aku fikir okey je. Lehla aku ronda.  Kononnya lah.
Tiketnye kocik jo. Tapi kena simpan untuk elakkan masalah. Wajib!7.20 am camtu kot bas jalan.
Sampai CIQ kena turun cop pasport. Masa ni la pentingnya simpan tiket tu. Barang pun jangan tinggal dalam bas. Tapi tak lama sangat proses ni. Beratur kejap je.
Sampai Woodlands. Masa ni dah kena roaming. Aku dah topup siap-siap RM20 untuk roaming. Faham jelah, topup RM20 dapat RM18.80 je. Yang ni pun minta maki jugak. Roaming sehari RM10. Tapi biasalah, topup arini tengah malam tu habisla. Tak sampai 24jam. So aku terus buat roaming supaya tak lost contact dengan Anna dan dapat google kalau ada masalah. Kat sini kena isi kad putih. Pastikan bawa pen. Aku taa bawak so kena pinjam.Selalu ada ja dalam beg. Tapi hurmm ilang pulak dah masa penting gitu.
Dah isi kena beratur. Yang ni la yang lama. Aku rasa lebih setengah jam. ke sejam. Tak check masa lak sebab sibuk bincang dengan Anna. Ralit.
Maybe sebab pagi Sabtu,tu yang ramai sangat. Pastu kena beratur nak naik bas. Bas dari Larkin and Bas dari CIQ tadi bas yang sama. Sampai sini bas tukar dah. Tapi nombor sama. 170. Sebab tu kena simpan tiket. So boleh naik mana-mana bas yang bernombor sama tu.
Masa ni lah rasa penyesalan. Lambat benorrrrr nak sampai. Berapa stesen tak sure tapi sempatlah aku tersengguk. Aku duduk dekat tempat orang scan kad bas tu. So tiap kali bunyi scan aku akan terjaga dan tengok kat situ nama stesen. Haa kat Singapore sistem transport bagi aku memang sistematik. Semua pakai kad Ez link tu. Harga SGD12 tapi dalam ada SGD7. sebab aku dah beli tiket so takpela takde kad pun. Nak bayar pakai duit pun boleh tapi kena SGD jugak la.
Akhirnya sampai lah Queen Street. Haa situlah Bugis. Tempat tumpuan pelancong bagi aku. Dan happening sangat. Aku book hostel SLEEPY KIWI SGD21 untuk 1malam  about RM65. Mulanya aku book untuk 4orang. Pastu sorang sorang cancel la tido 1malam jelah. Sudahnya nak kad kredit or kad debit yang ada duit kat dalam. Kad cimb aku memang bukan debit card,so jadi masalah. Pastu tinggal 3orang je yang nak stay hostel. So aku minta tiap sorang bankin kat Public Bank akaun aku sebab tu ada debit card. Pastu sorang tu tak bankin2. Sudahnya booking kena cancel sebab duit dalam tu tak cukup. Aku betul2 bankin kat akaun tu ikut bahagian aku je. Sebab tak kenal sangat yang lain. Satgi tak bayar aku yang kena tanggung.

Turun bas kat Queen Street tu. Aku terus nampak Arab Street. Hostel aku kat Bussorah Street, memang dekat dengan Arab Street tu dan landmark situ Masjid Sultan. So aku just jalan dan tanya orang mana Masjid Sultan. Makcik yang aku tanya tu baik je tunjukkan aku jalan. Dia tanya aku dari mana pastu minta nombor fon aku.
Dah nampak Masjid Sultan aku jumpa Restoran Zamzam. Yang famous gila murtabak dia tu. Murtabak dia paling murah SGD5 tapi baloi la. besar walaupun saiz Small. Aku pusing around situ tapi tak jumpa pun hostel aku. Buka waze tapi macam tak membantu pun. Rasanya ada setengah jam jugak aku jalan. Akhirnya sampai. Ramai manusia ada depan hostel tu. Maklumlah, sejak kenal dunia backpackers ni aku rasa memang kawasan diorang lepak akan jadi satu tempat happening. Kat Penang pun ada. Korang try lah cari. Area Capsule Hotel. Malam dia memang terbaik.
Lupa nak cakap. Sebab duit tak berapa banyak, aku tukar SGD80 je. Equal to RM246 gituh. Rate 1SGD= RM3.08. Tiket pergi balik dan hotel Singapore aku dah bayar. Tinggal belanja sana dan hotel JB. Hotel JB tu nanti aku cite.
Sampai hostel takleh check in lagi. So aku duduk kat lobi tu, ada kerusi panjang yang ada kusyen. Aku baring terus. Ada soket plak. Aku caj fon sambil buat kerja translation tu. Tak sempat beramah mesra dengan orang lain sebab aku takleh fokus nanti. Dalam sejam lebih gitu. Ada sorang Indon backpacker pompuan dok dekat kerusi aku. So beramah la jap sebab nampak dia sorang. Dia kata daa pergi Haw Par Villa tangkap gambar. Aku tak pernah dengar nama tu  so aku blur masa dia cerita.
Pastu kami pergi makan Restoran Minang. Dekatnya. Jalan kaki 2minit je kot. Area masjid tu jugak. Aku tengok harga makanan pastu sedar duit tak berapa mengizinkan,aku order lontong dan teh tarik je. lontong SGD3.50 pastu teh tarik SGD1.20 camtu. Tapi lontong takde pulak  so aku order soto harga sama. Kawan Indon tu order set  nasi rawon.  Aku tengok macam tak menarik. Biasalah orang cerewet makan macam aku. Harga dalam SGD5 nasi tu.
 

Masa makan azan Zohor berkumandang. Tak lama lagi dah boleh checkin. Sana pun panas jugak macam Malaysia je. Aku memang tak sabar nak checkin sebab nak buat kerja sambil baring. Aku dapat bilik tingkat atas. Dalam bilik tu ada 8 katil doubledeckers. ni first time aku dok dorm masa melancong. Tapi aku amik female dorm la. Kalau mixed dorm murah sikit tapi aku malas nanti kena pakai tudung. Bilik aku berlapis lapis. Sementara nak masuk bilik akan jumpa jugak katil lelaki. Tapi ada pintu nak masuk bilik aku so selamat. Room mate aku Japanese girl. Dia kata dia suka tengok masjid. Pasni dia nak pergi Melaka, KL,Brunei, n Kota Kinabalu. English dia okey. Still bole faham slang dia. Borak kejap pastu dia keluar bawa kamera. Aku sambung baring.
Petang tu nak keluar dengan member Indon tu. Dia kata nak tidur. Aku tak tidur pun sebab nak siapkan kerja walaupun dalam bas semalam tidur tak berapa lena. Takpelah kan.
Dalam kol 4 gitu aku gi mandi. Haha memang busuk dengan tak mandi apanya. Bilik air kat bawah dan tempat orang lalu lalang jugak. Tu yang macam segan je nak mandi. Dugaannya biasa la..kat sana toilet tak da air. Tu jela. Habis mandi member Indon tu mesej tanya nak gerak kol berapa. Dia kata nak solat kat Masjid Sultan. Aku okey je.



Habis solat tu kami refill air kat water cooler masjid dan tangkap gambar. Jumpa sorang foreigner pakai kain batik nak solat. Aku tegur cakap tu kain untuk pompuan. Sebab tak tahan tengok dia terkial-kial ikat kain tu pastu dahla kain corak bunga-bunga. Geli iols. Aku tunjuk kain pelekat yang macam kawan dia pakai haha. Dia kata ohhh  thank you.
Pastu kami jalan tangkap gambar kat area situ. Dekat2 je semua. Ada Taman Warisan Melayu,Istana Kampung Glam. Pastu pergi makan murtabak kat Restoran Zamzam. Ambik murtabak daging saiz medium kongsi 2 orang. SGD7. Dan teh tarik SGD1.20. Habis makan kami balik hostel. Pastu janji nak kuar balik lepas Maghrib.
Lepas maghrib kami keluar arah ke MRT Bugis. Dekat jugak tapi kena lintas beberapa traffic light. Shortcut leh ikut mall Landmark kat situ. Akan lalu depan Raffles Hospital jugak. Traffic light tu kalau hijau untuk orang melintas, ada bunyi ciut ciut. Lawak haha. 30saat camtu hijau. Yang pelik kat sana kalau hijau untuk melintas pun tapi arah lain pun hijau, kereta tu kena berhenti tunggu orang habis melintas. Faham tak maksud aku? Faham faham jelah. Tak reti explain haha. Sebab kalau kat Malaysia kalau hijau untuk orang melintas. Ia akan merah untuk arah lain. Sampai merah untuk melintas baru keta boleh jalan.
Sampai MRT baru aku beli kad Ez link tu. Sebenarnya aku malas nak beli tapi tengok macam tak convenient untuk guna cash. So beli gak. Kami pergi Stesen Bayfront sebab nak gi Gardens by the Bay.Cantik gilaaaaaaaaaaaaaa tapi tangkap gambar takleh nampak keindahan itu. Kena gi tengok sendiri. Dari situ nampak la Singapore Flyers, stadium la dan macam2 bangunan cantik. Merlion tak nampak la. Haha. Dan situ tumpuan ramai ialah hotel Marina Bay tu. Memang unik rekaan dia. Kompem mahal gilaaaaa dok situ. Tapi jenuh gak jalan.
Balik hostel tinggal SGD 5 gitu. Tak mahal sangat rasanya nak bergerak kat sana. Lagipun Bugis direct je ke Bayfront.
Sampai bilik buat kerja sikit 12 lebih jugak baru aku tido. Masa tu baru jumpa other roommates. Indon semua. Tak sembang pun sebab masa tu kami dah tutup lampu pun. Memang get ready nak tido je. Lagipun susah nak cakap dengan Indon. Tak fahammmmm.
Esok paginya terjaga 4lebih sebab salah sorang Indon tu pasang alarm pastu tak bangun pun. Minah Jepun tu macam hangin je gi gerak Indon tu suh tutup.
Sudahnya 6lebih aku jaga pastu terus sambung buat kerja. Anna mesej kata nak gerak tapi aku rilek lagi. Tengok2 k 8 pagi mesej kata dah sampai kat bawah. Gila pantasssssss. Katanya kat imigresen tak ramai orang. Aku turun dengan tak mandinya tengok bilik air pun full (ada 2 je pun) gi jumpa dia. Aku suh dia lepak sementara tunggu. Agak2 dekat pukul 9 jugak aku turun. Sian orang tunggu. Buat breakfast,roti bakar buh marjerin dan jem strawberi ada buah naga sikit. tembikai sikit.Jadi la. Kenyang gak. Pastu kami gi cari MRT. Checkout siap tapi barang tinggal dulu kat hotel. Dapat balik deposit SGD10.
Aku ni yang memang buta arah, tak jumpa lak jalan nak ke MRT bugis tu. So kami naik stesen Nicoll Highway.Cari money changer tak de situ. Area bugis banyak je money changer tapi tak buka lagi. So tanya orang camne nak gi USS. Dia kate gi harbourfront pastu leh tukar duit kat sana. Harbourfront tu stesen dia dalam Vivo City. Yang orang nak naik  Sentosa Ekspres masuk Sentosa Island tu. So aku topup dulu kad aku sebab semalam nampak macam dah takde duit rupanya ada SGD4 something lagi. Topup SGD10 je sebab satu hari je pun nak pakai. Harini kompem jalan banyak sebab nak gi USS lagi kena SGD4 nak naik Sentosa Ekspres tu.Pastu belikan kad Ezlink satu untuk Anna.
Sampai Harbourfront jenuhla pusing cari money changer sebab dia jauh dari escalator yang kami naik tu. Sampai2 tengok tutup walaupun jam dah pukul 10.
So kami terus naik Sentosa Ekspres sebab nak bagi tiket pada Za. Kami dah fikir tak nak masuk sebab nanti tak dapat jalan tempat lain. Sampai sana tangkap gambar depan globe pastu Sentosa Merlion. Patah balik Vivo City. Za dengan Qasha je masuk USS.




SGD4 tu pi balik so ok la harga tu. Bukan jauh pun sebenarnya tapi jalan kaki tak larat la haha. Dalam 5minit perjalanan kot naik tram tu. Pastu cari balik money changer tadi tengok rate 3.10. Anna tukar SGD100. Pastu kami gerak balik naik MRT nak balik Bugis. Lapor dah.
Keluar stesen nampak aiskrim kapit terus beli. Perisa coklat. SGD1.20. Murah dari air mineral . Cadangnya nak gi Orchard Road cari aiskrim tu. Baca kat blog punye pasal la.Tengok2 tempat lain pun ade. Pastu pergi Zamzam makan.nasi beriani SGD6.50 share 2orang dan teh tarik n teh o ais. Order murtabak ayam small SGD5 dan papadom SGD1 .Total SGD16.20.  sorang SGD8.10. Ada sorang pekerja tu orang Klang tegur kami. Sorang pekerja kat dapur tu orang Penang. Wah mesti mahal gaji diorang bila convert RM.

Murtabak tadi sudahnya bungkus je. Habis makan kami pergi Gardens by the Bay. Naik Skyway bayar SGD5 sorang. Benda ni kalau malam la yang cantik tu. Gayat gile bagi aku. Ketor je kaki I. Masa tu panas terik teramat tengok ade orang jual refreshments mineral water pun SGD2.20. mhl gilee....Rehat jap pastu gi cari Merlion. Pusing Marina Bay Sands Hotel tu ingatkan Merlion ada situ. Rupanya bukan. Kena gi stesen Raffles Place.




Sampai stesen tu, memang tak larat jalan dah. Internet memang takde mase tu so memang harap pada tanya orang je. Sampai stesen tu gi tanya orang kat kauntet. Dia bagi satu kertas untuk arah ke Merlion.Mesti ramai sangat tanya so diorang sediakan siap siap. Jumpa satu kedai ni harga air tin SGD1. Situ macam orang tak ramai lalu. Jumpa tshirt harga SGD10 dapat 3, aku ambik 2. Anna amik 1. Pastu kami jalan ke Merliln.Jaub jugak sebab dah tak larat kan haha. Kawasan tu panggil River Side kot. Leh naik cruise situ tapi SGD25 sorang. Nangis masing2. Kat Merlion memang ramai orang gila3. Habis tu kami balik Bugis.



Balik hostel aku pergi print tiket SGD0.50 kat hostel pastu duduk2 je rehat jap. Anna siap pergi tukar baju sebab tak selesa. Dalam kol 6 kami gerak nak ke bus stop Queen Street. Sempat sambar fridge magnet 3ketul SGD5 kat kedai $2 situ. Bolehla dari takde kan. Line nak naik bas memang panjanggggg sangat plus panassssss.


Masa tu nampak la beca tapi tak tau berapa harga. Selain bas leh naik keta sapu jugak tapi SGD10 sorang. Sebab dah tak larat tunggu pastu fikir pasal kerja Syeirli tu tak siap lagi. Kami naik kete je. Kat Tambak Johor tu memang jemmmmm tapi senangnya tak payah kena turun gi beratur macam naik bas. Tunggu je dalam kete. Aku dah pening sebab tengok fon lama sangat dalam kete bergerak.
Sampai City Square, kami turun tunggu kawan Anna jemput. Duit SGD yang tinggal ada 8.30. Haha. Maknanya aku guna SGD71.70 la sepanjang 2hari. Dalam Ez link kad ada dalam SGD4.5 kot. Tapi kad tu tahan 5 tahun. So nanti kalau nak gi lagi bolehla guna. Huhu.


Sampai JB kami pergi makan kat Medan Tepian Tebrau. Lepas tu baru aku tau,situ femes dengan seafood. Tapi aku kan tak makan, so aku order nasi goreng je malam tu. Pastu Anna dan kawan dia hantar aku kat guest house. Aku tidur kat Memory Guest House kat Kampung Mahmoodiah. Murah gile, RM30 semalam. Scary gak sebenarnya sebab Anna kata dekat kubur. Susah gak aku nak tidur sebenarnya. Pastu esoknya aku gigih google jalan nak p Pasir Gudang,konon-konon nak gi naik bas. Cari kedai nasi ayam penyet best. Tapi harapan tinggal harapan. Aku jalan sampai area Hotel Thistle opun dah sakit kaki. Terjumpa sorang makcik ni macam tunggu teksi. So aku pun tanya la. Dia ajak aku naik teksi sekali. Tapi katenye makan kat UTC jela. Susah2 je pergi sampai Pasir Gudang. Tambah pulak tunggu teksi tu memang lama. Kol 3 lebih baru ada teksi. Tu pun kena jalan sampai bus stop hospital. Sobsssss.

Malas nak cite pasal JB sebab tak de ape sangat.

Tapi train tu...memang wowwwww! Rasa macam bahagia gila. Ada ruang untuk diri sendiri. Pastu rasa kat oversea sebab ada orang dok tepi2 landasan tu lambai2 tangan. Haha! Gambar takde pulak. Fon problem. Tapi memang rasa nak buat lagi naik train jalan jenjauh hihi. Kalau duduk memang boring plus letih plus sakit belakang. Kalau katil bahagia boleh baring dan tidoooooo. Tammat. Total hangus trip kali ni about RM500 all-in.


















No comments:

Post a Comment