Mari join..:)

Tuesday, December 27, 2016

Kenduri Farhana aka Juwita (sebelah lelaki)

Huhu.Ada part 2 ek.


Ok nak dijadikan cerita kan Bab kan my bestie gituh.So sebab dia jadi pengapit,I pun kena menyibuklah sama.Hahha. Husband Ana orang taiping,so dia mintak I teman Bab tido kat hotel nanti. I pun ok jela,taiping dengan penang sejam je pun. Tambah pulak Ana cakap,pengantin laki aka adik ipa dia tu chinese look and single. I pun apa lagi hahahah #pantangbetul.


Tapi tapi tapi. Kan I nak pergi Langkawi. So senang cerita aku decide vacation family kami jadi Isnin sampai Khamis, so I won't miss anything. Adil kan I hahaha. Terus fikir,busy betul aku December ni.Sampai ada orang perli I, "untungla diperlukan di mana2". Hahah.Diperlukan la sangat.


Pastu masa kat Langkawi Rabu tu aku da mula nak sakit gigi.Gigi tu da sakit da dulu,pastu aku hold tak nak cabut dulu sebab doktor tu hardcore sangat,time aku sakit gila dia nak terus cabut.Sudahnya tak cabut2. So Khamis tu pun aku rasa nak mengamuk je lagi2 bila jalan tengah panas,sebab makin berdenyut2. Khamis tengahari iols dari Langkawi drive balik Perak.Memang pikir nak MC dah jumaat tu haha. Mula2 tak nak cuti sebab dah bos bagi cuti di saat orang busy kan,janganla nak lebih2.Tapi dah sakit gigi harap maafla huhu.


So Sabtu petang baru iols nak gerak ke Taiping.Pagi tu dengar berita ada eksiden.Pastu pikir,takkanla sampai petang tak clear lagi kan.Bab gerak dari TBS kol 1.30,tengok2 memang jem lagi.So sudahnye dalam kol 5 baru aku gerak dari umah. Ikut jalan lama. Mula2 ingat nak ikut Beruas terus ke Changkat Jering je,kompem tak jem,tapi Bab kol aku cakap nak berenti kat mana2 sebab lapar. So tak jadi,ikut gak la Kampar.Elok2 simpang Malim Nawar-Jeram tu memang dah start jem dah.Demn.


Takpela aku fikir kan,bukan selalu pun aku jem.Selama ni orang asal utara yang kerja KL/Selangor dok rasa,ai yang kerja kat utara ni mampu perati je,dahla kerja kat utara,kampung pulak kat selangor. Memang jarang la menempuh jem time perayaan la apa.Hehe. Tapi sampai Klebang camtu,I dah mula bosan.Masa tu dah gelap,7 something. Ai pun apa  lagi,re-install smule,melalak. Eceh.Bukan baru lepas sakit gigi ke? Pantang sihat sikit mula nak me-lagho. Hahaha.


Last2 area 8 something aku dah dekat umah Shidah,memang gerak ada la 5cm kot setiap setengah jam (hyperbola) so aku mesej Shidah kat group,ada pape nak dimakan tak.Haha,iols dah lapar walaupun 3.30 camtu baru makan nasik. Bab pun lepas tu kata,pakcik tu nak berenti kat stesen bas Kuala. Cantik.


Elok2 aku sampai Kuala tengah cari mana stesen bas dia,Bab pun sampai.Aku pernah sampai stesen bas dia sekali je,dalam 2-3 tahun lepas,dah tak ingat. Memang bab pun terkejut sebab dia baru mesej aku cakap dah sampai,tak sampai 5 minit aku dah muncul. Hahah. Kitorang memang kebuluran dah,aku boleh je nak berenti makan,tapi sejenis aku yang malas singgah bila bersendirian,tahan jela dulu.huhu.


Gila tak panjang? Selama ni aku rilek je lalu 100km/j jalan ni. Sekarang ni?10km/j pun tak.

Satu cite sedih,Kuala takde McD. Sekian.So kitorang makan KFC jek. Pastu konon2 kitorang nak stay Potato Hotel, kitorang dok bahan nama hotel ni kat group dah berminggu2 dah, nak hen's night la apa,sudahnye full,mampu dok homestay jek.I ok jela,tapi pastu tukar lak hotel lain. Dahla Ana cite homestay tu ala2 rumah hantu sikit. Pffft. Apa ni.


Lepas makan masuk highway balik,jem jugak,tapi ok la,gerak2 jugak. Penyebab lambat ialah kete slow ok.Tak faham aku orang yang bawak slow2 nih. Dah tau slow,dok jela lane kiri,tak yah la sibuk2 nak dok lane kanan. Dont be selfish ok. Dekat kol 12 sampai hotel,siap dapat parking depan pintu hotel haha. Masuk2 hotel aku dengan konpiden la aku cari bilik. Bab terus carut aku, weh ko memang biasa datang sini? Baik bagitau aku cepat,ko checkin dengan sape?? demn. Kejam betul statement.

Supper kitorang malam tu. Haha.Tapi i makan seketul je,memang lebih beratkan mengantuk I dari makan.

Pagi tu kol 5 baru Isyak k.Hahah. Tu pun pengantin yang kejut. Pastu pagi tu kitorang sempat bergosip, gi breakfast sama2,sambil tu sempat la korek dengan Ana,love story dia sebelum kawin. Inspiring sangat. Kitorang ni jenis tak ramai pun member laki,walaupun I budak engineering,I mampu friendzone jek haha. Pastu tak nak cari yang sekelas ke apa. Memang kesudahannya nan hado lah. So kesimpulannya, tak semestinya nak kawin tu kita rasa berbunga2 bagai dengan lelaki tu,maksudnya ada jodoh.Mungkin ko rasa so-so jek dengan dia,tapi dah jodoh,ke jinjang pelamin jugak. Gitu. So sekarang ni camne ni? I tengah berbunga2 dengan u. Eh, hahaha.



Wristcheck dulu,punya berkenan kat jam ni.Hehe.












Ni anak photographer tu,comel gila. Bab terus fefeeling motherly.Hhaha.





Selfie jek pengantin nih.














Ececeh.Pengapit tu tengok Bab la.






















Sebenarnya ada tragedi kat sini,sebab keta aku nak undur tak leh.Nak ke depan ada batu. So ada la beberapa pakcik2 yang berenti tolong tengokkan kete. Haha segan ai.Rupanya ada dahan kat belakang. Sian pengantin malu hahah. Aku lak pelik,masa masuk ok je,masa nak kuor pulak tak boleh nye.





Kahkah.Mohon bertabah! Ecah,jangan carut kitorang k sebab banyak gambar selfie jek.Hahahhaaha