Mari join..:)

Tuesday, November 17, 2015

Kenduri arwah.

Ni bukan nak cerita pasal ada buat kenduri arwah, tapi definisi kenduri arwah tu. 2 minggu lepas I balik kampung. Cuti deepavali kan 4hari. So rupa-rupanya adik aku Saadah dah mula bekerja. Kat billion teluk intan je,tak jauh. Pastu sebab hari-hari habis kerja kol 10 malam, so mak macam tak bagi la dia pegi balik keja sendiri. Maka nya, I la jadi driver sepanjang balik cuti tu.


So dah jadi kebiasaan. Kalau mak ikut sekali pegi pekan,sembang2 la memacam topik. Pastu keluar la pasal topik saka. Aku cakap la, ada sekali tu aku post something kat facebook. Ingat lawak ja. Sekali ada kawan Cina muslim masa Unimas pm aku.Bukan nak ngorat, jangan fikir jauh sangat. Dia cakap dengan aku, tolong turunkan post tu. Dan dia cakap, ada benda berminat dengan aku. Katanya maybe dari nenek moyang. Aku macam, huh?Seriously?


Pastu dia tanya,aku kenal ke dia.Haha of coursela kenal,sama fakulti n batch cuma dia course mekanikal je. Dia kata pernah kerja darussyifa camtu. Dan dia kata dia cuma boleh scan,tapi tak pandai mengubat lagi. So dia suruh la aku pergi jumpa ustaz.


Aku ni tak la ambil serius sangat. Sebabnya, aku tak pernah nampak makhluk mana-mana. Pastu bila lapar,takde pun makanan terbang sendiri mai depan aku.Haha #lawakhambar


So aku teringat,jadi cite la kat mak aku. Then mak aku kate,dulu masa muda2 mak tak tahu. Arwah opah kau dulu kalau buat kenduri,mesti buat nasi lemak sepinggan bubuh telur la bagai. Makanan tu tak boleh usik,even nak rasa garam pun tak boleh. Makanan tu khas untuk dotdotdot. Selagi dia tak makan,kita tak boleh makan katanya.So mak aku sebagai menantu kesayangan pun tolong je la buat. Pastu adik ipar ayah aku tukang baca doa.Dia ni dukun.Doa tu bahasa pelik2, mak aku kate dengar pun macam bismillah je,yang lain sume tak faham. Mak aku kate lagi, kalau kenduri memang kena la ada bahagian untuk benda tu. Dan disebabkan itulah,sebut kenduri arwah.Arwah tu merujuk pada dotdotdot. Bagi kebanyakan orang,kenduri arwah bermaksud tahlil untuk si mati kan.

Dah tu aku cerita la kat grup wasap budak taayah.Kawan aku sorang tu tanya,betul ke benda tu makan.Nampak berusik tak nasi tu. haha.


Lagi, kalau tak buat, jadi la macam2 kejadian semasa or selepas kenduri. Ada la few contoh. Dulu buat kenduri. Tak ingat kenduri apa.Buat kat rumah aku la.Sepupu aku lelaki datang naik motor.Dia ni anak pada pakcik aku yang dukun tadi. Dia datang2 pastu masuk bilik. Dia suruh senyap2 kata dia baru jatuh motor.Tak nak mak dia tahu. Nampak tulang.Ngeri hokay.Macam tembuk kaki dia.Pastu side mirror patah. Jalan nak masuk kampung aku masa tu ada satu lap yang tangkap lentok punya.Kerap eksiden situ. Tak silap adik dia pun penah jatuh situ. Sudahnya mak dia ter-tahu jugak. Then ayah bawak sepupu aku tadi pergi hospital.

Pastu, masa buat kenduri berkhatan untuk Alip dan arwah Azam,masa ni Alip 6tahun,Azam pulak 9tahun. So khatan ramai-ramai la siap panggil bomba untuk mandikan. Ada 11-12 budak kot masa tu.buat kat rumah aku.Adik aku yang muda 2 tahun ni,Dila jalan2 la naik moto ngan sepupu kami. Anak pakcik dukun tadi jugak. Ingat lagi,masa tu dila pakai tudung bawal hitam aku. Sekali terjatuh ke belakang. Luka la kepala.Banyak darah kat tudung tu. Pastu Ayah Andak bawa pergi hospital.N malam tu aku kena tido hospital Kampar jaga dia.First time tido hospital dan hospital tu sendiri serammmmm.

Pastu ada la aku eksiden lepas kenduri bertunang adik aku, ayah aku eksiden masa adik aku nak nikah,aku pun eksiden teruk langgar lori lepas kenduri kawin adik aku. Sudahnya pakcik dukun kate,sebab tak bagi dotdotdot makan. Khurafat je bak kata mak aku.Jangan korang percaya pulak k.


Dah tu,pernah la rasa ada benda ikut kadang tu. Yelah, kan boleh rasa macam ada orang dok belakang kita.Tapi bila pusing,takde ape pun. Pastu bila bagitau ayah,dia memang risau gile la.Pastu dia gi la telepon pakcik dukun suruh tengokkan.Dia kata, orang hantar benda nak ikut ayah aku.Tapi sebab aku yang lalu depan rumah orang tu,benda tu ikut la aku balik penang. Cis.Pastu kena mandi limau la aku. Pastu masa satu family aku kena buat dengan orang kampung kami sendiri, ustaz tu ajar la tengok benda tak nampak dek mata kasar ni pakai mata hati. Sejak tu, memang la aku selalu rasa seram. Cis sangat.Tapi bukanla dotdotdot arwah opah aku. Aku rasa dah buang kot. Sebab tak dengar pulak cite pelik2 masa opah aku meninggal. Lagipun buat pe bagi aku.Baik bagi pakcik dukun kan.Huhu.Tapi rumah opah memang kadang-kadang seram huhu.Lagi lagi lepas opah meninggal sebab rumah tu takde orang duduk.


Yang tak syoknya, aku kadang-kadang terbawak-bawak tau. Ada kadang tu aku pergi sergah kawan aku. Bila aku kat sinki,dok rasa benda tenung aku.pastu tetiba kawan aku datang dari situ.Berderau darah aku nampak benda datang.Padahal kawan aku.Tak pasal dia pun terkejut sama.Pastu kadang2 masa mandi or buang air rasa ada benda kat atas pembahagi antara toilet dan bilik air or kat belakang aku. Psikologi aku rasa. Huhu. Macam bila tido kat ruang tamu rumah sewa dulu,pejam mata nampak benda yang muka dia darah-darah ada kurap la ape tengah usyar aku baik punya.Terus bangun pi tido dalam bilik. Harap bayangan aku ja.Tapi memang tak la nak tido kat situ dah. haha.


Ok sekian cerita panjang lebar. I cite sebab terbaca kisah backpackers jumpa hantu dalam bilik hotel uwaaaaaaa.




No comments:

Post a Comment