Mari join..:)

Friday, October 23, 2015

Krabi Trip.

Hi guys I went to Krabi last week. Eh speaking le pule. Ok dah plan dengan my buddy nak gi Krabi 3hari 2 malam n bajet kami sebolehnya nak bawah RM1000 untuk 2orang.Bole ke tidok?


From penang dalam 6.30 pagi kami drive berhenti kat RNR gurun makan2 setel apa yang patut. So bajet minyak dalam RM20 la, tol RM13 tak silap sampai border. Pastu singgah kat Caltex sebelum border beli pas masuk Thai.Then terus ke Bukit Kayu Hitam and tinggal kereta kat border.Tak jauh pun, dalam 2jam je border dari Seberang Jaya.Luckily kami pergi pagi, takde orang jaga kat pos sempadan tu, so boleh terus parking kat border dengan free. Kalau tak, kena bayar RM16 sehari kot. So jimat la RM16x3=RM48. Mohon jangan report polis ek.huhu.


Then pergi beratur cop pasport,RM1 jangan lupa. Pastu jalan masuk Dannok. Firstly, kami pergi tukar duit dulu. RM900 dapat 7350 baht je.ok sedih. First thing kami buat lepas tukar duit, beli simcard Thai. 200 baht. Jenama Happy kot. Include Internet unlimited katanya untuk seminggu. Pekedai tu pandai cakap melayu. Lame jugak la kat dia sebab dia tolong pasangkan sim sekali kat fon aku.nasib fon dual sim kan.siap tangkapkan gambar kami. Lepas beli sim card, kami pergi cari van.


Van tu satu2 nye kat situ yang trusted. kalau korang kena panggil2 tu,jangan naik. Yang tu tak trusted. nanti kena bayar mahal. Yang kitorang naik tu,memang tak panggil orang. huhu. So total kena bayar 57baht seorang untuk ke hatyai.Perjalanan dalam 1jam. Murah kan? So total kat sini 114 baht. Bertolak dalam pukul 10, sampai hatyai kol 11.


Sampai hatyai, kitorang berhenti depan lee garden. Jalan sikit betul2 depan grand plaza hotel terus beli tiket ke krabi kat situ. Nama agen tu Chan Travel. Murah. 270 baht untuk perjalanan 5jam! so darab 2 orang, jadi 540 baht.So kitorang ada masa 2jam nak pusing2 cari makan ke apa. Sebab van jalan kol 12 (kol 1 jam Malaysia). Mula2 nak pergi toilet. So kami masuk la lee garden. Lee garden ni dulu ada kes bom, so bila nak masuk kena buka beg semua. Sekali toilet suma takde air. Pastu gedik gi tahan kencing dan pergi la cari restoran muslim. Cari restoran "Kelantan" tapi tutup. So pergi restoran Salma.



Restoran Salma ni memang mahal, order nasi putih 1, tomyam campur 1, telur dadar, teh o ais ngan teh ais. Tu pun dah dalam RM28.Satu lagi nama hamid. tu pun mahal. aku makan nasi goreng ayam kot dengan teh ais. dekat RM15. yang ni harga 2@3 tahun lepas. Takpela janji kenyang n dapat pergi toilet huhu.

Pastu van sampai,kami kena dok depan. Sebab kami nak pergi hotel kat aonang terus. Orang lain nak sampai pekan krabi je.So sepanjang 5 jam tu tak tido la kami. Takut sebab dia bawak laju, tapi takla secara melulu.Cuma masa dia nak potong tu ngeri jugak la. Masa tu belajar la cara orang siam bawak kereta. Depa kalau brek mengejut akan pasang lampu kecemasan. So orang belakang akan jaga-jaga la.Kita? Huhu.


Ok dalam 2jam lebih perjalanan, sampai kat RNR Trang. So pergi toilet lagi, and tangkap gambar. Kat situ bole beli jugak cenderamata dan makan2. Yang ada gambar aku sorang kat tugu kaler putih tu hentian Trang la tu. huhu.


Pastu teruskan perjalanan ke Krabi.Lepas drop few passenger kat pekan Krabi,kami terus ke Aonang. Cakap nak turun kat goodwill hotel.Dalam sejam jugak. Terus checkin hotel. Kami tak book pun, walkin je. Kami try 1 hotel ni,nama cozy place. Dia kata RM70,so kami ok je. Tapi cozy tu full kot, kami kena hantar hotel sebelah,HARVEST hotel.Jadi la,janji ada dan okay biliknya. Memang letih dah rasanya. Nak mandi dan baring je ni.


Masuk bilik, tangkap gambar jugak atas katil. Poyo jer. Pastu mandi2. Take a nap. Bukak tv, semua cakap siam even cite omputih pun. Nak tukar bahasa bole,tapi few channel je boleh. Subtitle takde. Nangis.


Malam tu. Sewa motor nak jalan2. Sewa kat hotel Cozy tu. RM20 sehari. Siap ada agreement dan kena bagi pasport. Biasa la kan. Pastu kami pusing2 pekan Aonang. Cari penkek yang sedap tu.Makcik Yaminlah. Dia area seberang balai polis pelancong.Tapi tutup la pulak. So try je mana2 penkek pun. Dengan aiskrim tempurung.Aiskrim tu ingatkan jagung manis dalam tin tu, tapi rupanya jagung tu rangup2. Penkek tu okay,manis. Aku tak suka sangat manis. Saja nak bagi rasa dahla kan.huhu


Lepas penkek. Kami singgah cimb. Dah buat cimb overseas tu siap2. Opkos la member aku je yang bawak moto,aku kan lesen hiasan je.haha. So member aku saja la try kuarkan 500 baht. Guess what? Rm61.40 sama dengan 500 baht. Mahal dari money changer pagi tadi. Pastu parking moto. Lepak2 tepi pantai. Beli selendang jugak kat kedai tepi2 tu. Sebab esok nye bole lilit kat pinggang pastu leh buat tikar nak dok kat pantai nanti huhu.


Balik dari berjalan,p tapau nasi goreng tomyam kat kedai area situ dan beli limau bali,jus mangga. Jus mangga kat Krabi memang sedap. Tak tau la diorang buh ape. Pastu beli baju I love Krabi untuk island hoping esok. Maklumla takde baju renang. Pakai ja tshirt dengan seluar pantai tu. Sampai bilik makan kat balkoni. Gemuk la I makan nasi memalam huhu. Pastu masing2 dengan handphone, main COC la apa. Waktu pun tak tau kol berapa,tidur ja bila ngantuk. tu pun terjaga kejap2 sebab kadang tu rasa panas,kadang sejuk sangat walaupun ada aircon.


Pagi tu dalam setengah jam sebelum nak naik tuktuk ke island hoping, p breakfast nasi goreng dulu. Sebab nanti tak tau nak makan kol berapa lagi,so makan berat siap2.Siap order teh tarik. haha. Kol 9 tuktuk jalan,jumpa la dengan 3 couple orang Melayu. Husband n wife la rasanya sebab tak nampak macam belum kawin. Sampai penuh tuktuk tu baru la jalan. Yang lawak ada pelancong dari negara China kot bawak surfboard. Masa tu aku cakap dengan member aku "macam iron board aku je". Jenuh nak gelak secara berhemah atas tu. Haha.




Ok biar gambar berbicara..huhu..kami pergi 4 island je,sebab kawan aku kate phi phi island tu xsyok.kalau p,satu hari kat sana je. Pastu kami naik speed boat,tak sanggup naik longtail sebab ramai kata pening dan lambat. Speedboat 850 baht, longtail 600 baht. Dari pening pastu hilang mood kan,so naik speedboat jela. Bole la lepak kat pulau2 tu lama sikit. Pulau pertama Pulau Tup tu kami rendam2 badan sikit. Tangkap gambar.Pastu hujan kejap. Berambat la nak pi bereduh kat bot.tapi sekejap je.Ada la 5minit kot. Pastu jerebu sikit dah masa tu. Yang menarik pulau tu dekat2.Bila air surut leh jalan ja sampai dah.


Pulau kedua.Poda Island. Lunch kat situ.Lauk kami paling special.Maybe sebab kami ja bertudung. Yang lain cina, korea. Lauk paprik. Sedap. Dah tu pergi toilet.Ok la bersih. Aku memang skeptikal sikit dengan toilet awam ni huhu. Kat poda kami dok lame sikit,sejam camtu. Memang masing2 dah lapar. huhu


Then chicken island snorkelling.Pasal snorkelling tu,memang menyedihkan. Aku pernah je snorkelling kat Pangkor,tapi masa tu air tak berapa dalam.So macam rilek2 la.Yang ni turun2 ja memang air dalam.Pastu aku tak ikat ketat jacket tu, so dia jadi kembung.Arghhhh tak selesa. Padahal rasa dah ikat ketat sangat dah tu. So tak berapa menghayati. Kawan aku yang lebih. Siap takut sebab nampak landak air.


Last pergi pulau "kote". Sori aku bukan carut. Tapi memang tu nama dia. Siap ada benda tu dan depa buat kuil. Katanya sape tak dapat anak pergi situ la. Kat situ ada gerai dalam bot. Aku perati ja makcik tu masak nasi goreng. Hebat. Minum jus ja kat situ sebab baru makan. *sebenarnya lapar dah*


Sampai aonang beach dalam pukul 4(jam Siam). So terus balik hotel. Mandi2 dan tidor. Haha. Memang letih sangat. Tidur sampai pukul 10 kot. Dok terjaga terjaga tapi member aku tidur tak bergerak.Nyenyak sangat.


Pastu siap2 pergi makan. Nasib kedai seberang jalan tu bukak lagi. Tepi IBIS hotel.Order nasi goreng nanas. Nanas dia ada lagi daun2 atas tu huhu. And tak lupa,jus mangga. Nyum2. Jalan kaki ja sebab dah hantar moto. patut kena hantar moto pukul 7 tapi masing2 tak bangun. Mentang2 tak semayang. Oops. Malam tu tak buat ape pun. Lepas makan beli souvenier sikit. Fridge magnet dengan keychain. Pastu sibuk keringkan baju ja. Taknak bawak baju basah naik van.Berat. Pastu tidur lagi.


Pagi esoknya breakfast nasi minyak. Pakcik tu bole cakap melayu tapi masa dia cakap "ayaq" memang lawak bunyinya haha. Dia ajuk kami. Van gerak pukul 9 (jam Siam).Kami beli tiket kat kaunter hotel Cozy tu jugak. Masa nak balik jumpa ramai orang Malaysia atas van. Tapi yang tak syok, van tu berhenti banyak tempat.Siap masuk jalan2 kampung. Nak sampai hatyai hujan2 pastu rasa lambatttttt je. Sampai stesen bas kitorang terus beli tiket sampai border. Dia ada tulis "border" kat badan van. Ok perjalanan lancar sampai border. Turun ja terus pergi kat kaunter cop pasport. Sempat lagi singgah beli hotdog cheese kat pakcik situ. Belek2 kereta jap yang ditinggal lama (banyak gila habuk). Pastu beratur nak sampai ke tol dan kaunter imigresen. Tu yang lama gila. Sejam gak.Lori memang banyakkkkkkk.


On the way sempat makan Daging Bakar Dannok kat Alor Setar. Paling famous katanya. Haha buang tebiat. Sebenarnya nak makan kat tat nasi ayam,tapi tutup. So pergi daging bakar ni je. Perghhh letih....Kunyah daging sampai rasa gigi nak tanggal.Lenguh! Sampai seberang jaya dekat pukul 11.


So total damage under RM950. Tak masuk tol, minyak dan makan daging bakar tu. Ada duit balance lagi. So boleh kata bawah RM1000 la semua. Tak kira betul2 ni huhu.


No comments:

Post a Comment