Mari join..:)

Tuesday, April 14, 2015

Orang lain sibuk nak kahwin,aku pulak sibuk nak belajar!

Aku sedang tekun menyiapkan proposal untuk proposal defense next month. Masa ni la aku rasa aku ni betul ignorant. Boleh la aku tak tau yang proposal kena siapkan sebulan sebelum. Bila tau,semuanya dah terlambat. Masa tu la nak sakit sana sini. Sakit yang bukan macam terguris duri ke ape. Sakit tak hingat punya.


Tetiba rasa menyesal sambung belajar. Yelah,ikut perkiraan asal aku nak sambung kat USM Februari tahun ni. aku dah email dan survey few lecturers dan topic untuk aku study kat usm tu. Pastu, aku ada email sorang lecturer UPM jugak.Masa tu aku nak sambung master dalam Math. Dia nasihatkan aku sambung dalam bidang aku yang asal, Telekomunikasi/Elektronik. Dan dalam masa yang sama, ada sorang lecturer UTM ni nak cari student untuk sambung master bawah dia. Dan bidang kesayangan aku kononnye tu. Seriously, masa study dulu aku lagi minat bahagian Math dan elektronik part dari telecom part. Tapi memikirkan mungkin aku bole survive selama 18bulan study Telekom, aku proceed.


Sebenarnya few months sebelum tu aku dah bising2 dengan Wan.Ngadu pasal kerja,rasa nak sambung belajar and so on. Tapi dia kata baik aku teruskan kerja je dari sambung belajar. Budak degil kan,lagipun memang agak fedup kerja situ. Tak sedar yang bila dah lama tinggal belajar,memang susah nak masuk balik otak tepu ni. Lagipun memikirkan aku dah boring jadi engineer, dahla gaji takat tu tak naik2. Aku frust. Tambah pulak pikir yang aku tak kawin2 ni.Sekurang2 nya baik la aku sambung belajar. Ada la alasan kukuh nape aku tak kawin walaupun da lanjut sikit usia ni.Dan tak la aku fikir sangat pasal cinta yang tak kesampaian tuh. Oh ada drama jugak la masa aku nak pindah KL tu. Wan merajuk.Tapi last2 dia terima.Mungkin dia happy kot aku takde dah kat Penang.Sobsss.


By the way, sampai la hari mendaftar UTM tu.Daftar je aku dah start geram dengan lecturer aku tu. Masa aku nak daftar la dia outstation. Dahla kena ada sain dari dia baru leh daftar.Dia harapkan studen lagi sorang tu yang brief aku.Padahal studen tu pun takde hari tu. Yuran lagi masalah. Kena ada sain dia baru leh bayar separuh yuran dulu.Hadoiii la. Masa tu aku dah rasa putus asa. Tapi kengkawan Taayah la bagi semangat balik.Ayah pulak bagi duit untuk yuran. Ok mulanya aku tak bagitau pun parents pasal nak sambung study tu. Sebab masalah masa daftar tu la diorang tau.Ingat nak surprise la diorang kononnya.


Walaupun aku daftar September,aku tak la start lagi research aku.sebab tak tau nak start dari mana. Bulan 10 jugak la baru start. Dan masa tu tambah dengan kelas yang kena attend,rasa macam tercungap gak la. Masa tu ulang alik Rawang lagi. Balik dah penat memang takde watpe la. Slow la progress aku senang cite. Sampai la bulan 12 tu. Rasa macam tertekan gila. Kena push. Pastu aku terus takde semangat dah. Fikirkan duit dah keluar banyak je aku still di sini. Masa tu dah teringat dah kata2 Wan dulu. Dia cakap aku sesuai kerja yang tak campur orang. Tak sesuai jadi cikgu.Ceh.Memang ade fikir camtu dulu masa kerja QA. Haha.

Sekaramg nih. Tak taula nak watpe. Kalau aku ade kerja,takpela jugak nak tangguh pengajian. Ni aku sah2 buat research full time. Tapi aku rasa macam takleh proceed. Start bulan 12 aritu memang progress ada la 5%. Kot.


Rasa nak mati.

1 comment:

  1. Huda,
    Don't giveup..
    Teruskan je langkah..jangan buat kerja separuh jalan k..memang rase mcm tu...akak dulu, mase first year sambung degree, mmg motivation down..banyak kali fikir nak berhenti..tapi question mark kat diri sendiri balik.."kalau aku x habiskan belajar ni, apela nak jadi dengan aku, dah la x kawen lagi..."hahaha..so,don't giveup..teruskan melangkah..prove to yourself that you can do this! chaiyo my dear sister ..banyakkan doa, mengadulah pada Allah..minta DIA berikan kekuatan..INSYAALLAH..BOLEH!

    ReplyDelete