Mari join..:)

Friday, March 6, 2015

Aku yang dulu.



Aku rindu aku yang dulu. Aku dulu innocent,jenis pendam segalanya. Rasanya aku dulu jenis loner jugak.Walaupun sekeliling ada kawan2,family,tapi aku macam hilang dalam ramai.Ada dunia sendiri.Macam satu dunia bergerak tapi aku statik sorang2 kat situ.Dan bila sedar balik,aku terasa rugi.dan masa takkan datang kembali pastinya.


Tapi dunia sebelum sekolah menengah aku indah.Aku masih ingat main guli,main seremban,congkak,main mekap dengan jiran sebelah,race dengan basikal.Banyak jugak aktiviti.Cuma hari minggu je biasanya aku jarang berjumpa dengan kawan2.Sebab aku malu nak pergi rumah orang.Sampai mak suruh aku jangan jadi kera sumbang.Aku pergi rumah kawan kalau diorang ada sekali.Macam balik dari sekolah,kawan ajak datang rumah dia so follow dia sampai rumah. Nak pergi sorang2 saja2 lepas tu bagi salam nak jumpa kawan tu memang tak.Sebab nanti diorang takde lepas tu malu.Dari kecik dah tak bole terima penolakan.Point paling penting,rumah aku jauh dari kawan2 sebaya. Jiran sebelah rumah yang aku main mekap2 tu tua 6-7tahun dari aku.haha. Tapi mak bagi syarat la kalau nak jalan.Berjalan boleh,tapi dalam kampung tu ada limit.Tak boleh lebih dari satu kedai runcit ni sebab tu dikira sangat jauh.Dan mesti bagitau kalau nak keluar.Aku je follow rules tu sampai besar.Adik2 aku nak jalan kadang tu senyap2 je.


Masa sekolah menengah ialah waktu yang aku paling benci nak ingat.Walaupun aku jumpa ramai kawan2 yang baik yang aku takkan jumpa kat tempat lain,tapi bagi aku tu zaman gelap aku.Aku rasa sangat hodoh,perangai pun tak baik mana,dan kawan2 anggap aku pelik sebab menangis sorok muka dalam loker.Well i dont want people see me crying.Bukan aku masuk dalam loker tu.Aku nangis sebab remeh je,baru berpisah dengan family.Family aku datang setiap 2minggu,maka setiap 2minggu aku nangis.Rasa ditinggalkan dalam kandang harimau.Senior2 masa tu sangat poyo dan cakap ikut sedap mulut.Sampai sekarang aku masih ingat muka2 tu dengan ayat yang diorang keluarkan. Dan aku kena semua tu berpunca dari sikap yang tak pandai pertahankan diri sendiri.So aku biar je blame on me dan senior2 tu anggap aku salah sampai bila2.Apekehal senyum kat orang yang pernah buat baik dengan aku pastu aku dicop perasan???Jijik la nak berkakak angkat bagai.Aku tak hadap pun ok.Dan aku tak hadap pun nama gelaran sorang senior tu.kawan aku yang panggil.


Wah sesi luahan perasaan. See? Ini jadinya bila memendam rasa.Told you,perangai aku tak sbaik mana.Aku ada dark side macam orang lain jugak.


First time aku jumpa cinta.Satu satunya lelaki yang cuba mengenali diri ini tanpa aku berasa tidak selesa. Biasanya akan jijik haha.Bukan jijik sebab tak hensem,sebab rupa diorang sebenarnya boleh tahan.Tapi entah kenapa,macam hekeleh je kat diorang tu.Like aku ni camni pun,kau boleh suke?Buta hati ke ape?Dan,macam aku cakap tadi,aku rasa diri hodoh.Dan banyak kekurangan lain.Sampai aku rasa tak suka dikenali dengan lebih rapat oleh ssiapa.
Tapi dengan elaki tu,aku okey je.Aku rasa boleh percaya,dan aku rasa selamat.

Pertama kali dikhianati,aku rasa dunia ni gelap.Back to former self,rasa hodoh dan banyak kekurangan. Airmata jadi kawan baik aku. Akutak cerita pada sesiapa tentang ini. Biarlah,mungkin ujian kot untuk aku sebenarnya.


Sekarang aku better dari masa tu. Dah boleh mnggemuk balik.Bukan bahagia,cuma tidak sengsara.Dan dia dbiarlah jadi sejarah.Cuma aku yang innocent dan sentiasa sangka yang baik2 tu,dah hilang entah kemana.