Mari join..:)

Monday, February 16, 2015

Biarkan bunga..ku..mewangi...selamanya

Bukan aku yang menanam ni, hahaha..sebenarnya Gemok yang tanam.Dia pergi Ropewalk jumpa bunga ros 2 kaler ni RM15. Terus bawak balik tanam.Dasat dia sekarang.Dah ada hobi berpekdah selain COC.HAHAHA.





Aku rasa nak menanam jugak.Tapi kat kampung la.Sini matahari pun tak dapat.Maklumla,dok blok laki.Langsir pun kena tutup 24 hours.Kalau tak free2 je bagi orang tengok.Huhuhu.


Pokok tulip ada orang jual tak?

Sunday, February 15, 2015

Kisah di Bandung Part 1

Rabu lepas I telah pergi ke Bandung. Ya of course bukan kerana saja nak melancong sebab I tak pergi Korea lagi. Well, Korea kan on the top of my wish list.Bandung tak masuk dalam list sebenarnya.Huhu..baik naqibah..Selain Makkah Korea tu top dalam list okey.hehehe


So tujuan ke Bandung ialah untuk menghadiri conference. Sebenarnya tak wajib pun pergi(dah sampai sana baru dia cakap tak wajib)tapi gayanya kalau tak pergi tu boleh fail subjek ethics T_T so pergi lah juga dengan bersusah payah. Luckily sebab conference paper tu by group dan diorang tak dapat pergi, maka kami tong-tong yuran conference dan tiket flight. And luckily, hotel boleh tumpang lecturer je (lecturer perempuan)so tak payah bayar kos penginapan. Fuh.


Ok cerita dari awal.


Untuk sem ni aku kena ambil 2 subjek. So first tu subjek yang semua studen Postgraduate kena ambil, iaitu Research Methodology. Second, elektif. Dan sebab aku masuk agak akhir, maka aku follow je ambil subjek ICT Ethics. So subjek Ethics ni agak banyak assessment. Presentation by group (3 kali ke lebih), paper (group dan individual),mid term exam lagi. So one of the paper tu,kena hantar conference. Dan kalau accepted, kena pergi la wakil seorang.Then tunggu punya tunggu, tak dapat pun jawapan. Pastu, kawan aku yang pregnant tu, dia macam nak pergi conference tu dengan husband and anak dia,maka aku rilek2 je tak prepare pape untuk pegi conference tu. Maksud aku, prepare pasport, simpan duit etc.


So 15@16hb Januari, exactly selepas penguatkuasaan pasport 5 tahun tu, aku dapat jawapan yang paper kami accepted dan aku kena pergi conference tu. Memang terbaik kan.Sebelum buat apa2, aku pergi ofis SPS dalam keadaan kaki berbalut (hari sebelumnya kaki aku baru terseliuh) sebab nak tau boleh claim atau tak dari SPS kos perjalanan tu. Kalau tak boleh claim, memang kami decide tak payah pergi. Sebab boleh claim RM750, so ketua kumpulan yang nak ke umrah tu terus bagi duit untuk beli tiket. Tiket boleh tahan murah la, RM230 pergi balik. Aku cari yang paling murah sekali. Sanggup bermalam di airport asal tiket murah. Tapi mungkin selepas aku beli tu,ada tiket yang lagi murah sebab lepas tu aku dengar diorang mansuhkan fuel charge.


Then pasport. Sebab aku tak pernah ada pasport, maka redha jelah kena keluarkan RM200 untuk pasport. Aku tau,memang murah sebenarnya compare yang sebelum tu. Tapi sebab aku jarang ke luar negeri,maka aku rasa macam bazir. Tapi takpela.Mana tau nanti kena pegi overseas lagi kan. Kemungkinan besar kena pergi lagi untuk conference sebenar..T_T



Lepas tu, untuk yuran conference sebanyak USD100, aku kena pergi bank. Tanya kat kawan, aku pergi CIMB Kg Baru untuk urusan tersebut. Dia pergi CIMB jugak, tapi cawangan lain. Katanya ada caj RM30 untuk remittance charge. Masa tu USD1=RM3.62. So aku bajet yang aku cuma perlu keluarkan dalam RM400. Tapi, lain pulak yang jadi.Aku kena bayar additional charges sebab katanya nanti US akan caj penerima dan penerima akan dapat kurang dari USD100. Which means, aku kena bayar tambahan USD27. Terus cancel nak bayar. Aku rasa pelik sebenarnya,sebab kawan aku tak kena pun. Dan takkan orang bank nak tipu pulak. Tapi sebab mahal sangat, aku minta nak bayar pada hari conference je.


Lepas tu aku balik kampung. Sambil tu minta ayah teman pergi money changer. Dekat Kampar ada pasaraya Minat yang ada money changer kepunyaan syarikat Melayu dan ayah cakap murah. Tukar USD100 baru RM359. Kalau bayar kat CIMB aritu aku kena bayar RM468 tak masuk remittance charge lagi.Tukar jugak RM100 untuk duit rupiah. Masa tu RM88.50 dapat 300 ribu rupiah. Gila kan tukar RM100 je. Masa tu bajet nanti baru tukar lagi,dan aku memang kena jimat sebab balik dari Bandung nanti family nak ke Melaka pulak. Duit lagi. Gaji Februari dahla awal gila. Bahaya2.So risau nak tukar duit banyak2 dan nanti kat sana overspend lak.


10/2/2015 tu.aku pergi TBS untk park kete. Parking rate RM4 sehari. So nanti aku kena bayar RM12.Then naik komuter ke KL sentral pastu naik bas ke KLIA2. Komuter RM1 dan bas RM10. Tiket bas dlu RM7@8 rasanya. Lepas konvo dulu aku tak pernah dah menempuh perjalanan sebegini lagi. Tiap kali pergi@balik unimas akan overnight kat KL sentral.Cuma kalini aku overnight kat KLIA2. First time kat KLIA2, ya Allah besornya tempat ni. Lenguh kaki. Untung kalini dapat kawan bersembang. Maka sampai pukul 4.30 aku melepak dengan dia sampai kawan dia datang dan aku terus masuk balai berlepas sebab dengornye bsar. Risau rushing dan sebenarnya ingat nak cari tempat untuk lelap sekejap.huhu. Oh money changer kat KLIA2 banyak. Dan lagi mahal dari tempat aritu. Rasa menyesal terus. Kat situ aku tukar lagi 100ribu rupiah. Dan aku tinggalkan sikit duit RM and berniat nak tukar kat sana nanti kalau terpaksa. Meaning,aku bawak 400 ribu rupiah je ke Bandung. Gila.gila.Orang lain semua bawak juta2 rupiah.Kalau Gemok tau memang dia berleter kat aku setahun.


Flight dari KL ke Bandung tak sampai 2jam sebab pukul 8 dah touch down. Bertolak 6.30 pagi.


Sampai sana terus cari teksi.Teksi ke ITB 60ribu rupiah. ITB stands for Institut Teknologi Bandung. Ikut ranking antara universiti terbaik di Indonesia. Conference kalini UTM collaborate dengan ITB. Ceyy cakap macam selalu pergi conference kan.Padahal first time. Dan first time juga travel overseas dengan flight. Sebelum ni pergi hatyai dengan family Gemok by car. So tak takut. Ngeri gila berseorangan. Sampai je ITB tu cantik sangat. Redup je,banyak pokok dan design bangunan dia cantik.Tapi tak sempat bergambar sebab dah lambat.T_T


Yang lawaknya,aku pakai baju kemeja tu dari pukul 9.30 malam. Cadangnya sampai airport Bandung aku nak mandi dan tukar baju lain.Aritu aku semangat gi beli kemeja baru.ingat nak pakai la first day tu,sekali hambik kau.Pakai baju yang sama selama hampir 20jam.siap pakai seluar jeans lagi tu.Orang lain pakai formal.huhuhu


Cari2 member2 aku,sorang pun takde.So aku duduk dengan sorang lecturer Indon.Tapi dia bukan lecturer ITB.Mungkin dia concern dengan ketidakfahaman aku kalau dia berbahasa Indonesia,maka dia speaking dengan aku.Lawak pulak rasanya speaking dengan orang sama bahasa.Dahla english aku berkarat habis.Lepas tu muncul 2 orang studen ITB duduk sekali dengan kami. Orang yang tak kenal aku mesti ingat aku Indon gak.


Petang tu hujan. Mula2 tu aku dah plan nak pegi Trans Studio sorang2. Petang tu da start orang present,nak tengok boleh.Tapi ada yang suka2 ponteng pun. Tapi disebabkan hujan,maka tak jadi la plan tu.Dahla aku pegi cari member2 aku,semuanya takde.Nak call tak boleh.Makanya redha je stay tengok orang present. Malam tu nak pergi pun dah lambat.Sebab tanya member Indon yang semeja tu,dia cakap jauh jugak.Tambah pulak traffic memang heavy gila3.Mau lebih sejam baru sampai. Pastu sampai2 tinggal sejam je lagi nak tutup T_T..Apa pun tak boleh nanti...


Petang tu balik ke hotel dalam 5.30 petang. Lecturer aku tu Prof Madya tau. Tapi bagus gile sebab boleh rilek2 je sebilik dengan studen. Sembang macam2 lagi.Siap pesan kat studen lain suruh ajak aku makan lagi sebab dia kena pergi meeting dengan AJK lain.

So malam tu lepas Maghrib ikut member2 UTM pegi makan nasi padang. Total makan 143 ribu. Lauk dia so-so la..Itu pun makan 2 pinggan sebab faktor lapar dan hujan mungkin.Cab pergi balik 70 ribu. Sebab ber-4,sorang bayar 50ribu je.Member sorang tu belanja yang selebihnya.


Esok paginya,hampir 4pagi, aku tersedar sebab lecturer aku da bangun solat subuh.Tapi sebab semalamnya aku kurang tido,pastu aku fikir takkanla syuruk cepat sangat. Lepas tu dalam 4.50 pagi Dr gerak aku. Aku agak pelik sebenarnya, takkan subuh situ masuk awal sangat.Kalau kat Malaysia 4 pagi tu baru 5 pagi. Zohor dia waktu lebih kurang Malaysia je,1.30pm waktu Malaysia. Asar,Maghrib dan Isyak pun camtu.Takkan subuh jadi awal sejam kan.


Hari kedua.


Sebab esoknya nak balik,aku dah cakap dengan Anis siap2 nak ajak dia jenjalan harini. So janjinya lepas present kami terus pegi cari souvenier.Aku dok sebut pasal trans studio lagi,tapi diorang macam tak minat je nak pegi. Dan masa tu gak tau pasal nanti masa check in kitorang kena bayar airport tax 150 ribu. OMG.Pesal lak kena bayar kan.Dalam tiket kan ada dah caj airport tax tu.Tapi no choice la.Tak bayar tak leh check in. Maka memang kena lupakan pasal trans studio tu. Kekangan masa plus duit.

Petang tu aku, Anis, Ravi, Farah kena present. Sesi aku 3.50 petang,kami punya sesi sama tempat. Jadi macam present dalam kelas je. Lecturer kami pun ada sekali,siap macam evaluate kami lagi.Tak tau lah ada markah ke kami dapat.


Jadi petang tu just ikut diorang balik hotel diorang,pastu naik cab ke Chempelas Walk.Dekat je tapi sebab hujan lebat maka naik cab.Pastu redah jugak. Ok bolehla nak beli tshirt kenangan dan keychain. Boleh tahan murah la.Tak sampai RM10 pun sehelai.Kain pun elok.Habis shopping kitorang pegi makan. Aku makan rujak (rojak buah) super pedas dan air suam je. Ravi belanja makan dan cab tadi.T_T Oh lupa nak mention,Ravi ni group-mate Anis,dia amik Industrial PhD dan dia manager so dia kaya dan sangat murah hati. Dia belanja tiket flight dan hotel Anis okey. Pastu aku kena balik hotel sorang,diorang just jalan kaki balik.Dekat je.Ravi tanya,ada duit kecik tak? Malu seyh. Yang tak puas atinya,cab kena sampai 50 ribu.Aku sorang.Dari ITB ke Chempelas tu baru 35000 je.Ber-4.Hotel aku dengan ITB dekat je,leh jalan kaki.Pelik jugak. Tapi diam jela.Aku siap cakap kat driver tu suh bawak aku gi airport esok pagi. Dah sengsorang je flight pagi esok kan,risau la takde transport pagi2 buta tu.


Balik tu lepak kat lobi sambil guna wifi,dapat tau dari grup taayah yang TGNA meninggal.Kat sana memang harap wifi kat ITB dengan hotel je.Sebab beli pas roaming tapi tak boleh connect. Rugi RM10 camtu je.Masa tu sempat sembang dengan sorang lecturer UTM katanya ada sorang studen ni balik esok pagi jugak. Tapi malangnya aku takleh nak naik sekali dengan studen tu dan cancel teksi tadi sebab takde contact.Jawapannya esok kena sengsorang naik teksi dan bayar full.


Hari ketiga(nak balik Malaysia)

Pagi tu terjawab persoalan semalam. Ala pasal subuh tu.

Pagi tu aku kunci jam 4.50. Pastu Dr kejut aku,sebab dah azan. Dia tanya aku dah pukul 5 ke.Aku pun terkejut la,sebab tak dengar pun bunyi alarm. Tengok jam,3.40 pagi. Sambung tido balik,tapi tak berapa lena sebab Dr solat sebelah aku. Tak taula Dr solat subuh or tahajud.pastu dekat 4.50 azan lagi,siap bunyi orang solat kat masjid berdekatan. Okey maknanya 3.40 tu bukan azan subuh ye. Aku pernah baca novel dulu,diorang selalu azan 2kali.Satu masa masuk waktu,satu masa nak habis waktu.Maybe 3.40 tu petanda nak habis waktu Isyak kot? Kot la.Aku pun tak sure.Tapi sebab bangun 2kali tu,jadi tak puas tido. Ngantuk T____T


Sampai airport dalam 5.50.Kena bayar 100ribu campur kos parking 15 ribu.Kesimpulannya taknak naik dah teksi tu.Pehal lak aku kena bayar parking fee.Ceh.Makanya masa tu aku tinggal 64 ribu rupiah. Tak nampak lak money changer.Aku rasa nak bayar je pakai RM nanti.


Orang ramai gak pagi tu kat airport. Airport dia kecik je.Lupa nak tangkap gambar,maklumla beg berat(alasan terbaik haha).Money changer tak nampak,maybe dekat area arrival je ade satu.Cari2 tempat nak check in,sebab tengok kaunter takde lagi nombor flight aku.Okey masuk2 je terus tempat scan bag.Pastu terus kaunter deret2. Memang confirm tak sesat. Pastu pegi cari tempat duduk ternampak dekan ITB. Perghh keciknya dunia. Rajin aku pergi tegur dia.Tak sangka lak dia cam aku.Hahha.

Tunggu punya tunggu kaunter check in bukak,6.40 kot baru dia bukak.Flight pukul 8.30. Sebab takut terlepas maka berdiri je ngadap kaunter tu. Beg laptop sangat berat rasanya.Menyesal bawak.Bukan boleh bukak pun sebab takde universal charger.Soket dia yg pin 2 tu..T_T

Dan..airport tax 75ribu rupiah je,bukan 150ribu. Kalau nak bayar pakai RM,prepare RM30.Dari kaunter terus jumpa imigresen pastu naik tangga terus jumpa ruang menunggu. Senang je.Lepak ruang menunggu,studen sorang lagi tu baru sampai. Dia merungut kena bayar airport tax. Dia foreigner,maka dah banyak negara la dia pergi. Katanya ni la satu2 negara yang kena bayar airport tax. Pastu dia takde duit dah nak pekena hot coffee or hot chocolate sebelum berlepas. huhu. Dan baru tau yang dia pun dok hostel gak.Tak pernah nampak dia sebenarnya. Yang pelik,aku ingat dia Australian something,tapi rupanya dia Iranian. Dia pun cakap ramai confuse tengok muka dia yang tak macam Arabic.English dia pun bagus gila,tak macam Arab lain yang English diorang ada slang Arab.Masa breakfast semalam aku ade terbuat perkara memalukan depan dia. Aku nak bancuh kopi,tuang air dalam bekas tu.Aku ingat air panas,rupanya air teh.Dah jadi koteh(kopi+teh..otak jangan kuning sangat pls haha)


So itu la kisah di Bandung. Ni aku ringkaskan.


Perbelanjaan aku:

Teksi dari airport ke ITB:60 000
Makan nasi padang: 50 000
Beli souvenier: 76 000
Cab dari Chempelas ke Wisma Dago: 50 000
Cab dari Wisma Dago ke airport:100 000
Airport tax: 75 000

Total: 411 000 rupiah (lebih kurang RM 132)

Perbelanjaan lain:

Pasport: RM200
Tiket: RM230
Yuran conference: RM359
Bas & komuter pergi balik: RM22
Parking TBS: RM12 (3 hari)
Minyak kereta pergi balik: RM10(campur sesat haha)
Tol: RM 2

Total: RM 835


TOTAL: RM967



Balik dari bandung kena makan maggi je hari2 sampai gaji 22/3...huhuhu


P/s: Part 2 nanti kisah sampingan di Bandung. Tak sempat nak taip.Huhu