Mari join..:)

Tuesday, December 9, 2014

Saya siapa..awak siapa

Bila baca novel cinta,aku yang jiwang ni memang selalu terbandingkan ceritanya dengan kisah hidup sendiri. Sebenarnya sebelum aku mengenali novel lagi aku selalu mengarang kisah sedih dalam otakku. Tak taulah kenapa. Dan selalunya jadi bila semua orang dah tidur pastu nangis sorang2 dalam kelambu. Tah pape je. Novel pertama aku baca milik mak long Rah,adik bongsu ayah. Kenapa panggil maklong? Sebab adik beradik ayah lebih 10 orang. Anak second last dipanggil maksu,maka yang bongsu jadi mak long. Katanya jugak,tak sangka akan ada anak lagi selepas maksu tu. Mak long ni tua 11tahun dari aku, dan ayah aku banyak tolong urusan mak long. Camne nak cakap eh. Ala macam bila maklong nak balik Sarawak(dulu dia kena posting cikgu kat Lubuk Antu Sarawak) ayah aku hantar airport. Things like that. Adik bongsu kan,tambah pulak ayah paling dekat dengan arwah opah dan atuk. Okey tujuan memperkenalkan watak maklong ialah,dia banyak buku dan aku banyak mewarisi sifat2 dia. Sebab utama aku apply masuk Taayah sebab maklong ni. Masa kecik2 biasa datang Taayah main2 dalam bilik asrama dia. Aku ingat lagi,dia 1T dan 2S. Aku pun sama. Huhu. Okey back to novel. Novel tu tulisan bekas wartawan TV3. Aku tak ingat nama penulis dan tajuk,tapi watak heroin tu Ana dan dalam tu dia jadi cikgu tadika. Dan ada lirik lagu Roy dalam tu. Masa aku mula berkawan rapat dengan you-know-who, aku masih ingat first time aku datang rumah dia.Aku sangat nervous,masa tu jiran2 dia pun ramai sebab mak dia nak pegi umrah.Mak dia cakap "ni kawan Iwan.." Jiran2 dia cakap tangan aku sejuk masa salam. Haha. Ingat lagi mase tu anak buah dia Qasih tu kecik lagi. Comel sangat. Aku pangku Qasih,dan makcik Gemok tangkap gambar kami.Macam candid. Masa tu Gemok kerja syif malam,jadi aku bertambah nervous sebab sorang2. Pagi tu Gemok hantar mak dia pergi airport. Katanya semua makcik2 dia dah tengok gambar aku,semua pesan suruh kawan elok2 dengan Huda. Masa tu aku sangat terharu... Aku tak ingat aku reply ape,tapi dia cuma cakap "Huda sapa..wan sapa.." Hurmmm.

No comments:

Post a Comment