Mari join..:)

Thursday, December 4, 2014

GPS ooo GPS

Sejak duduk KL ni GPS dengan Cik Udez berpisah tiada. Tak la hari hari guna.Cuma kalau kena pergi tempat yang tak biasa pergi tu,wajib lah. Sebab aku bukan tau kedudukan tempat2 ni. Nak ikut signboard tu memang boleh,tapi kang punye la jauh. Tak pun kesesatan dalam jem pulak tu. Erghhh tak sanggup. Haritu kena pergi Uitm dengan UM. Aku redha je sebab aku suke jugak kalau dapat keluar sekali-sekala. Macam masa kerja Honda,dapat gak keluar pergi tangkap gambar tempat eksiden,gi kedai motor tengok kecederaan motor. Satu Penang la pusing. Selepas2 tu kerja dok dalam kilang je, stres tak hingat. Huhuhu. Tapi yang UM tu betul stress. Dahla kat Bangsar tu jem,jalan bukit lak tu. Kete dahla sume besar2. Ngeri I. Huhuhu. Baru2 ni fon aku bermasalah sikit. Dia selalu restart sendiri. Hang je restart. Kadang tu dia restart dalam poket pastu tersend mesej tah pape kat orang. Macam haritu tersend kat member aku Asy. Ada perkataan "kill". Tak ke haru namanya haha. Dia pun heran. Nasib tak terhantar kat group. Kalau tak tak pasal je kena bahan setahun. Hahah. Pastu sekarang ni dia lagi menjadi lak bila on GPS. Haritu aku pegi Shah Alam. Pagi tu ada kelas Ethics sampai pukul 1. Balik tu gi makan ayam penyet,dalam pukul 3 gerak. Dari pukul 1 tu henset aku gelong kejap2 restart. Kejap2 hang. Sampai nak tangkap gambar ayam penyet pun takleh. Last2 habis gitu je. Dahla meredah hujan yang tetiba lebat. Haru rasanya. Pastu gerak ke Shah Alam,on the way tu kejap2 fon hang. Tak ke stres. Dahla tak tau jalan. Pastu aku pun straight jela. gelabah gila dah masa tu,rasa macam dalam sauna. Sampai Shah Alam,GPS tu tunjuk tempat yang takde pulak. hampeh. Kena la kol studen tu tanya arah. Nasib tak jauh. Habis sesi, nak balik rumah balik. Sebelum tu aku roger Wani ZF ajak makan. Tapi dia awal la pulak,sesi aku tak habis lagi. Lepas tu roger Ecah, elok lepas ajak je henset hang. Masa tu tengah on GPS, dalam SMART tunnel dia call. Tapi notification call tu kat atas je. Yang button nak angkat tu tak keluar. Faham tak maksud aku? Aku nak angkat tapi button tak keluar. pastu terpaksa biar je dia letak sebab tak leh buat ape. Pastu GPS stuck. Arghhhh nak kena hempuk jugak fon ni. Dahla first time masuk situ,pastu lorong ada 2 je,kat hujung dia cabang dua arah.T_____T Sampai je Jalan Semarak,aku lega dah. lantak hang la nak hang ke ape,aku tau dah jalan ni. Hang tak diperlukan dah.Hahah. SEBAIK SAHAJA aku sampai bilik, henset yang 24jam hang tu ok dengan serta merta. Segala whatsapp dari segala macam group,juga Gemok masuk. What the fish. GPS ni nak aku dok rumah je keeeee T____________T Baru la aku boleh reply segala mesej2 tersebut. Paksu mesej petang tu tanya balik tak pun aku leh baca ja,baru nak reply dah ter-restart. Urghhh. Petang tadi aku pegi Shah Alam lagi. Lega dia tak main restart dah sekarang. Cuma kejap2 not responding. Pastu boleh pulak member call masa nak masuk Mahameru tadi. Nasibla traffic slow pastu jalan straight je.Aku pun layan la pertanyaan member,dia cakap nak sambung master gak. Terharu lak aku ada orang call aku semata2 nak tanya. Padahal ada je kawan lain yang dah habis master pun. Noob macam aku yang terpilih. Huhu. Nak balik kolej senja tadi,aku kol Nina. Dia nak ajak aku makan kot. Pastu aku cakap kat dia pasal masalah GPS yang hang kalau ada orang call. Aku cakap mujur la hang tak call aku masa aku on GPS.Kalau tak memang bara aku. Dia cakap Juwita pun mengalami masalah yang sama. Ok ingatkan fon aku sorang je yang bo**h.Huhuhu. Sekarang ni line asyik gelong je kat kolej. Nak connect wiFi,laptop dah connect wifi. Nak connect handphone takleh dah. mungkin dia limit satu user satu device je kot bole login wifi.Or tak taulah masalah Telco ke masalah kawasan kolej ni. Nama ja tengah KL, tapi kolej ni macam kampung ja. Stres aku nak pegi U tepi2 tu ada lembu. kalau lembu tu buat gila pegi sondol kete aku camne? Dapat ganti tak? Haha meroyan. Line cepatla ok,aku nak bukak COC tak dapat lagi ni. p/s: Harini ade 3 orang mesej tanya pasal master. Wani Rosley, Elly dengan kak Nurul. Good luck semuanya! Mmuahhh love u all!

No comments:

Post a Comment