Mari join..:)

Tuesday, December 9, 2014

Saya siapa..awak siapa

Bila baca novel cinta,aku yang jiwang ni memang selalu terbandingkan ceritanya dengan kisah hidup sendiri. Sebenarnya sebelum aku mengenali novel lagi aku selalu mengarang kisah sedih dalam otakku. Tak taulah kenapa. Dan selalunya jadi bila semua orang dah tidur pastu nangis sorang2 dalam kelambu. Tah pape je. Novel pertama aku baca milik mak long Rah,adik bongsu ayah. Kenapa panggil maklong? Sebab adik beradik ayah lebih 10 orang. Anak second last dipanggil maksu,maka yang bongsu jadi mak long. Katanya jugak,tak sangka akan ada anak lagi selepas maksu tu. Mak long ni tua 11tahun dari aku, dan ayah aku banyak tolong urusan mak long. Camne nak cakap eh. Ala macam bila maklong nak balik Sarawak(dulu dia kena posting cikgu kat Lubuk Antu Sarawak) ayah aku hantar airport. Things like that. Adik bongsu kan,tambah pulak ayah paling dekat dengan arwah opah dan atuk. Okey tujuan memperkenalkan watak maklong ialah,dia banyak buku dan aku banyak mewarisi sifat2 dia. Sebab utama aku apply masuk Taayah sebab maklong ni. Masa kecik2 biasa datang Taayah main2 dalam bilik asrama dia. Aku ingat lagi,dia 1T dan 2S. Aku pun sama. Huhu. Okey back to novel. Novel tu tulisan bekas wartawan TV3. Aku tak ingat nama penulis dan tajuk,tapi watak heroin tu Ana dan dalam tu dia jadi cikgu tadika. Dan ada lirik lagu Roy dalam tu. Masa aku mula berkawan rapat dengan you-know-who, aku masih ingat first time aku datang rumah dia.Aku sangat nervous,masa tu jiran2 dia pun ramai sebab mak dia nak pegi umrah.Mak dia cakap "ni kawan Iwan.." Jiran2 dia cakap tangan aku sejuk masa salam. Haha. Ingat lagi mase tu anak buah dia Qasih tu kecik lagi. Comel sangat. Aku pangku Qasih,dan makcik Gemok tangkap gambar kami.Macam candid. Masa tu Gemok kerja syif malam,jadi aku bertambah nervous sebab sorang2. Pagi tu Gemok hantar mak dia pergi airport. Katanya semua makcik2 dia dah tengok gambar aku,semua pesan suruh kawan elok2 dengan Huda. Masa tu aku sangat terharu... Aku tak ingat aku reply ape,tapi dia cuma cakap "Huda sapa..wan sapa.." Hurmmm.

Friday, December 5, 2014

hang macam free je ude?

Haha hari2 entri mesti ada kaitan dengan group whatsapp Taayah. Layankan je k. Dalam bulan lepas kot,ada award kat group. Contoh macam ahli paling hero,heroin,ahli paling aktif dan sebagainya. Disebabkan aku hampir 24jam ada dalam group, maka diorang sebulat suara buh nama aku ahli paling aktif. Haha ampun sebab terlalu talkative, jangan sampai menyampah k. I also know my talkativeness is sometimes over the limit. Hewhewhew(gelak gedik sat) Haha aku bukanla free sangat takde kerja sebenarnya. Tapi aku suka multitasking.(haha alasan sangat!) Sebabnya aku jenis susah nak concentrate. Contoh dalam kelas Ethics. Bosan dow kelas tu. Maka sambil mendengar bukak jugak email dari Pejabat Razak (email ni memang selalu datang bagitau perubahan kelas, progress report submission and all..high priority ni),bukak whatsapp,wechat,kekadang tu sempat pi serang orang kat COC. Ala 3minit je pun perang kan. Cuma dalam masa 3minit tu aku kena concentrate la pada base yang aku serang tu kang kalah wat rugi jer.Macam haritu dah 40% damage tetiba terkeluar dari game.Tak pepasal kalah. Haha padahal Gemok dok lecture aku yang total piala tu tak penting sangat pun.Lagi penting base tu sendiri haha.Yes aku tau lah TH aku baru level 5 upgrading to level 6. Lagi 2hari level 6 la.Masalahnya lambat la nak kumpul gold,elixir suma bagi cukup nak upgrade. Nak merompak loot sampai 200k gold macam Gemok tu memang tak dapatla. Semangat dia screenshot tunjuk kat aku attack log dia, nak bagitau dia merompak loot juta2 tapi aku tak faham.Aku nampak tulisan spain dia ja. Hahaha. Selain dari tu bila baca jurnal,haha memang takleh tumpu. Aku tengok je jurnal tu bila tak faham certain term terus google tengok. Pastu rasa macam stuck jup otak,bukak fon lagi. Sambil jem bukak fon lagi. Sambil tunggu makanan bukak fon. Bangun tido tengok fon cari good morning wish.Haha yang last tu memang takdela. Sape la yang rajin nak wish good morning kat aku setiap pagi. Kalau ada setiap pagi,confirm pagi-pagiku akan ceria semedang. Huhuhu. Sekarang ni aku kerja tak ada punchcard kan.So ikutlah 8jam tu camne aku bagi cukup. Contoh start kerja kol 9,habisla kol 5 kan. Camtu. Lagipun dok hostel ni tak gaduh jem.Paling2 pun setengah jam je kat Jalan Semarak ni.Walaupun sebenarnya jarak dari U ke hostel 2km je. Macam kalau compare dengan JCY tu,macam jarak dari Plant 2 nak pergi Plant 1 kot.Dekat je. Tapi nak jalan kaki memang tak la. Dahla ada lembu situ (lembu lagi) pastu tak masuk kebarangkalian diragut lagi. Jalan besar kan.Orang macam2 ada. Setakat ni baru sekali aku naik bas U. Masa nak gi apply hostel dulu. Sebab tak tau jalan. Dekat je hentian bas dengan opis,tapi malas lak nak naik. Sebab aku salu sorang2 je,orang mesti fikir aku ni kera sumbang ke apa.Masa degree+diploma kawan memang ramai, dah naik master memang nan hado la. SO sekian press conference harini. I sometimes je betul busy,especially bila kat kampung sebab takde line tenet. Daaa

Thursday, December 4, 2014

GPS ooo GPS

Sejak duduk KL ni GPS dengan Cik Udez berpisah tiada. Tak la hari hari guna.Cuma kalau kena pergi tempat yang tak biasa pergi tu,wajib lah. Sebab aku bukan tau kedudukan tempat2 ni. Nak ikut signboard tu memang boleh,tapi kang punye la jauh. Tak pun kesesatan dalam jem pulak tu. Erghhh tak sanggup. Haritu kena pergi Uitm dengan UM. Aku redha je sebab aku suke jugak kalau dapat keluar sekali-sekala. Macam masa kerja Honda,dapat gak keluar pergi tangkap gambar tempat eksiden,gi kedai motor tengok kecederaan motor. Satu Penang la pusing. Selepas2 tu kerja dok dalam kilang je, stres tak hingat. Huhuhu. Tapi yang UM tu betul stress. Dahla kat Bangsar tu jem,jalan bukit lak tu. Kete dahla sume besar2. Ngeri I. Huhuhu. Baru2 ni fon aku bermasalah sikit. Dia selalu restart sendiri. Hang je restart. Kadang tu dia restart dalam poket pastu tersend mesej tah pape kat orang. Macam haritu tersend kat member aku Asy. Ada perkataan "kill". Tak ke haru namanya haha. Dia pun heran. Nasib tak terhantar kat group. Kalau tak tak pasal je kena bahan setahun. Hahah. Pastu sekarang ni dia lagi menjadi lak bila on GPS. Haritu aku pegi Shah Alam. Pagi tu ada kelas Ethics sampai pukul 1. Balik tu gi makan ayam penyet,dalam pukul 3 gerak. Dari pukul 1 tu henset aku gelong kejap2 restart. Kejap2 hang. Sampai nak tangkap gambar ayam penyet pun takleh. Last2 habis gitu je. Dahla meredah hujan yang tetiba lebat. Haru rasanya. Pastu gerak ke Shah Alam,on the way tu kejap2 fon hang. Tak ke stres. Dahla tak tau jalan. Pastu aku pun straight jela. gelabah gila dah masa tu,rasa macam dalam sauna. Sampai Shah Alam,GPS tu tunjuk tempat yang takde pulak. hampeh. Kena la kol studen tu tanya arah. Nasib tak jauh. Habis sesi, nak balik rumah balik. Sebelum tu aku roger Wani ZF ajak makan. Tapi dia awal la pulak,sesi aku tak habis lagi. Lepas tu roger Ecah, elok lepas ajak je henset hang. Masa tu tengah on GPS, dalam SMART tunnel dia call. Tapi notification call tu kat atas je. Yang button nak angkat tu tak keluar. Faham tak maksud aku? Aku nak angkat tapi button tak keluar. pastu terpaksa biar je dia letak sebab tak leh buat ape. Pastu GPS stuck. Arghhhh nak kena hempuk jugak fon ni. Dahla first time masuk situ,pastu lorong ada 2 je,kat hujung dia cabang dua arah.T_____T Sampai je Jalan Semarak,aku lega dah. lantak hang la nak hang ke ape,aku tau dah jalan ni. Hang tak diperlukan dah.Hahah. SEBAIK SAHAJA aku sampai bilik, henset yang 24jam hang tu ok dengan serta merta. Segala whatsapp dari segala macam group,juga Gemok masuk. What the fish. GPS ni nak aku dok rumah je keeeee T____________T Baru la aku boleh reply segala mesej2 tersebut. Paksu mesej petang tu tanya balik tak pun aku leh baca ja,baru nak reply dah ter-restart. Urghhh. Petang tadi aku pegi Shah Alam lagi. Lega dia tak main restart dah sekarang. Cuma kejap2 not responding. Pastu boleh pulak member call masa nak masuk Mahameru tadi. Nasibla traffic slow pastu jalan straight je.Aku pun layan la pertanyaan member,dia cakap nak sambung master gak. Terharu lak aku ada orang call aku semata2 nak tanya. Padahal ada je kawan lain yang dah habis master pun. Noob macam aku yang terpilih. Huhu. Nak balik kolej senja tadi,aku kol Nina. Dia nak ajak aku makan kot. Pastu aku cakap kat dia pasal masalah GPS yang hang kalau ada orang call. Aku cakap mujur la hang tak call aku masa aku on GPS.Kalau tak memang bara aku. Dia cakap Juwita pun mengalami masalah yang sama. Ok ingatkan fon aku sorang je yang bo**h.Huhuhu. Sekarang ni line asyik gelong je kat kolej. Nak connect wiFi,laptop dah connect wifi. Nak connect handphone takleh dah. mungkin dia limit satu user satu device je kot bole login wifi.Or tak taulah masalah Telco ke masalah kawasan kolej ni. Nama ja tengah KL, tapi kolej ni macam kampung ja. Stres aku nak pegi U tepi2 tu ada lembu. kalau lembu tu buat gila pegi sondol kete aku camne? Dapat ganti tak? Haha meroyan. Line cepatla ok,aku nak bukak COC tak dapat lagi ni. p/s: Harini ade 3 orang mesej tanya pasal master. Wani Rosley, Elly dengan kak Nurul. Good luck semuanya! Mmuahhh love u all!

Jangan main facebook!

Biasala with smartphone ni. Facebook Insta Whatsapp Wechat mesti ada. Haritu kan lamaaaaa tak jumpe supervisor. Ethics banyak kerja pastu macam takde mood sangat nak belajor. Motivation takde sebab geng aku gi makan,karok,tengok wayang takde.Alaaaaa tauuuuu kaaaaaaann. Pastu satu hari tu aku kena gi ambik surat untuk join bengkel penulisan tesis. Rabu biase la kelas ethics. Kelas tu wajib,4 jam je seminggu tapi masing-masing rasa terbeban sebab kerja dia banyak jugak. Kena buat conference paper,assignment with presentation and report. Haha motip merungut kat sini. Saya bukan jenis suka merungut pasal kerja,cuma pagi tadi akak tu merungut kat aku. Maka aku tolong sampaikan di sini. Huhu.Ok balik pada cite tadi. Dalam 10.30 camtu aku pegila jumpa supervisor. Dah alang-alang jumpa tu. Dr pun tanya lah progress aku. Haha tak tau nak jawab ape sebab ada 4 hari straight tu aku bukak je jurnal tu tapi baca ada la seperenggan camtu sehari.-.-" Pastu aku cakap saya still membaca lagi Dr. Dia tanya gaji dah masuk kan. Takleh la curi tulang,nanti tak berkat. Ok sentap jap. Pastu dia tanya,awak main facebook banyak sangat kot. Haha,memang aku bukak jugak facebook tu tapi takla ralit pun. Rasanya kalau kumpul2 dalam satu hari bukak facebook tak sampai setengah jam pun. Rasanya member aku Aimi tu lagi ralit bukak facebook. Bukak kat desktop lagi tu. Pastu Dr tanya lagi,ke awak ada kerja lain. Haha yang tu betul sikit. Ada la few times pergi shah alam tu pergi mengajar orang. Kalau pergi shah alam memang macam habis setengah hari aku kat situ. Nak pergi tu dah memang jem,pastu tak masuk kalau tersalah jalan lagi haha.Pastu balik confirm penat. Bukak jurnal pastu boleh tertido sambil tu. So dia nasihat aku buat cepat2 sebab master 3 semester je,risau aku tak sempat. Pastu dia ulang lagi yang PhD kalau slow takpe sebab ada 8 sem. Huhu baik Dr.Memang saya nak cepat grad pun.T_T So 2 hari bengkel penulisan tesis using Microsoft Word tu memang ok. Sebab participant tak ramai,maka lebih senang masuk.Tapi stres sikit sebab first day tu aku tak bawak laptop(kes tak baca surat tu betul2 lah) so aku guna ja PC kat situ. PC tu Word 2010. Laptop Word 2007. Banyak feature lain sikit. Stress haku. Sambil stres bukak COC jap upgrade ke ape pastu dengar balik bengkel haha. Isnin tu kena jumpa supervisor kol 12.Maka kalut la membaca apa yang patut sepanjang weekend.Takla weekend sangat.Ahad je sebenarnya sebab Jumaat malam Sabtu tido Bukit Subang pastu esok paginya Pak Uda ajak pegi MAHA. Tu pun balik dari tu masa pak uda suh ubah keta masuk parking dalam,aku langgar divider and skirting aku hancur. Sedih rasanya. Back to thesis. Maka Ahad tu satu hari cuba listkan apa yang aku tak faham etc. Sebab topik research aku memang dari dia,so bagi dia its a piece of cake la. Walaupun aku degree Telecom tapi banyak benda aku tak tau sebenarnya. Dahla telecom ni macam IT jugak,fast develop. Harini macam ni,esok dah macam lain. Pastu mujur la tak kena bambu sebab slow progress. Aku memang susah nak concentrate belajar sebab dah lama bermalasan. Tapi jangan risau, I will get back on track. Stres tak kerja ni sebab elok ja start belajar cermin depan retak la,skirting hancur la. Takut lak aku dengan masa depan. Chaiyok Udez!!! p/s:Rasanya ni entri paling berhemah dari aku. haha