Mari join..:)

Sunday, November 23, 2014

My diet story

I have never concerned about my weight before. Start masuk asrama memang aku dapat rasa kegemukan itu. Biasala dok asrama kan makan 6 kali sehari. Masa form 1 berat aku 36kg. Masa darjah 1 berat aku 18kg. Double wehhhhhhhh. Masa matrik lagi la.Makan sedap-sedap setiap hari. Aku perasan kegemukan aku bila baju kurung melekat kat badan. Baju kurung tu,bukan kebaya. Masa Unimas, kawan2 apartmen aku. Amsal dan Yanah sibuk diet. Amsal hari-hari makan sup atau ikan rebus. Hari-hari aerobik dalam bilik. Dia turun dalam 5kg satu minggu. Pastu dia takut sebab berat turun mendadak. Ada kawan dia sampai tegur dia sakit ke. Few months earlier. Aku dan Gemok mengalami kenaikan berat badan melampau. Bukan sebab sangat bahagia. Sebab usia dah meningkat kot. 2011 around akhir tahun, aku tak ingat exact date. Masa tu dah lama tak jumpa Gemok walaupun kerja satu kilang. So satu malam tu after dia habis kerja syif malam,dia datang rumah. Masa tu dia nak sambung belajar. Sebab kalau dia kerja syif malam dia masuk kol 3.25petang dan balik pukul 12, tu la masa yang boleh jumpa. Nak bagi few brochures kat dia. Kat kilang banyak mata memerati gamaknye, tu yang tak jumpa kat kilang. At that time dia cakap, "lama tak jumpa huda,kurus dah". Aku macam "really?" Tak perasan,seriously. Tapi lepas tu aku sedar baju memang longgar sikit.haha. Then lepas berhenti honda,aku kerja dua kilang ni. Dua dua takde kantin. Kilang kecik. Kilang first selalu tak sempat makan breakfast sebab selalu sampai lambat. Prai kan jem pagi pagi. Kalau sampai sebelum pukul 8 sempatla makan kuih seketul dua. Kilang yang second tu dekat dengan umah Gemok.Setiap pagi aku breakfast kat pantri Nescafe 3 in 1 dengan biskut lemak beberapa keping. Tengahari macam kebuluran nak nasik nak nasik.Malam tu kadang2 makan.Kadang tak.Dan kerja aku hari hari akan turun naik tangga sebab ofis tingkat atas,production kat bawah. Berat aku sekitar 42-44kg. Tu kira sangat kurus dah sebab Fizah pun cakap "kurus sampai aku takut tengok hang" Masa tu aku rasa macam ikan bilis pakai helmet. Sebab kepale aku besor T_T Pertengahan 2012 Gemok datang rumah. So jumpa la mak aku. Balik tu,dia sibuk suruh aku gemok. Dia cakap aku takkan gemuk sebab mak aku kurus. Stres pulak aku nak kena gemuk. Lepas tu aku kerja JCY. JCY ni kilang besor,maka ada la kantin. Setiap pagi nasi campur.Kadang nasi campur beserta roti canai. Tengahari nasi atau mee goreng or laksa. Yang ni ikut member ofis. Sebab hari hari ada rombongan.Tapi rasanya dalam seminggu banyak nasik kot. Lepas tu petang minum lagi. Malam pun kalau lapar makan jugak.Cuma kalau aku OT,pastu terus pegi tuisyen biasanya tak sempat makan.Habis tuisyen baring atas sofa terus lena sampai pagi. Sebab umah tuisyen yang satu tu biasa dihidangkan air je.Kalau yang kat Gelugor tu memang ada hidang kuih atau nasik. Bukan merungut k,sebab makcik tu sibuk dan jarang ada kat rumah pun. Tapi start 2014 hari hari ada ja dia hidang makan sampai aku lak takut. Huhuhu Ok senang kata JCY yang menggemukkan aku balik. Ada satu hari tu aku gi umah Gemok. Dia nampak je aku terus cakap "dah tembam".Esoknya aku sibuk tanya kawan2 aku betul ke aku dah gemuk T___T Tapi diorang cakap biase je. Hujung November 2013, adik aku nikah. Every week aku balik kampung. Makan sedap-sedap pulak. Hujung Januari 2014, aku eksiden kan. Masa tu kan takde kenderaan. So mula tu Gemok yang bawak aku ke sana ke mari. Selalu datang hantar makan. Kalau dia jemput balik kerja mesti pegi makan dulu. Masa tu aku dapat rasa aku bakal gemuk. Sebab kalau makan dengan dia,confirm makan banyak. Kalau makan dengan dia pastu order mee tomyam,dia akan bising sebab tak makan nasik. "cakap lapar sangat,pastu makan mee je.tak habis lak tu" Lepas dapat balik kereta, lagi la syok nak pegi makan. Nak chicken chop setiap minggu. Satu hari bila aku sedar, baju-baju aku banyak dah sendat dan kena beli baju baru,okey timbang timbang berat dah 52 kg T_____T Gemok masa mula aku kenal dia,rajin pegi gym. So badan dia kira ok la. Lengan jenis keras tu. Lepas tu 2013 tu dia start gemuk dan buncit. Mungkin sebab bahagia sangat kot. Enough pasal Gemok. Sejak aku pindah KL, aku duduk Rawang or hostel ni. Ada dilema pulak aku bila duduk Rawang. Paksu setiap pagi akan beli nasi lemak. Bukan nasi lemak kosong. Nasi lemak ayam masak merah atau daging rendang. Setiap hari tanpa gagal.Pernah sekali tu hari minggu aku bangun 3 petang. Masa tu paksu habiskan nasi lemak aku sebab takut basi. So hari tu jela aku terselamat. huhu. Malam pulak,hari-hari nasik. Ada sekali tu je aku cakap nak burger. Sejak tu hari-hari paksu tanya nak makan ape malam.hehe Aku ada la cite dengan Gemok pasal apa yang aku makan masa mula duduk sini. Lepas tu dia cakap "ingatkan nanti bila jumpa huda balik,huda kurusla. tapi tengok ni macam selera ja makan". Sebelum aku pindah KL kitorang pernah bet sapa yang kurus dulu. Tak taula ayat tu merujuk pasal bet tu,atau ingatkan kalau tak jumpa dia aku akan tak selera makan sampai jadi kurus. Hohoho. Jadi untuk mengelak nasi lemak,lagipun rasa tak sedap tumpang rumah paksu lama lama,aku pun stay la hostel. Duduk 3 hari je kat hostel,aku rasa baju longgar dah. Sebab makan biskut or burger je 3 hari tu. Memang berkesan la bila tak makan nasi. Cuma kalau hari ada kelas,aku kena makan nasi jugak tengahari sebab takde pilihan. Lagipun kalau lapar nak dengar lecture pun tak mampu dah. Bak kata Intan kawan aku "huda ko kalau lapar memang tak dapat dibendung" haha. Ingat lagi dia akan perangai aku yang satu tu. Kalau lapar macam nak mengamuk. Ingat lagi birthday aku yang ke24, kuar dengan Gemok pusing Penang pastu aku lapar tapi dia sibuk lagi ronda mall tu. Pastu aku senyap je sampai la kat kedai makan tepi laut tu. Last last dia mesej je aku sebab aku tak nak bercakap. Dah kenyang baru la aku cakap balik dengan dia. Cantik punya perangai cik udez huhu. Ok masuk harini dah 4 hari straight tak balik rawang. Lets see Rabu nanti berat aku berapa. Huhuhu. Tolonglah paha,mengecik la.

No comments:

Post a Comment