Mari join..:)

Sunday, November 23, 2014

macam mana kalau mengandung?

Few times jugak la mimpi mengandung. Dan takut sangat sebab tau diri belum kawin lagi pastu masih suci. Tetibe bangun dari tido tengok perut besor. Ngeri2. Nasib mimpi. Dan nasib baik bukan mimpi beranak. Tu bahaya. Mak aku pernah mimpi beranak dan anak tu sempat menyusu. Bangun tido sakit dekat tu. Badan mak aku memang selalu ada lebam. Area kaki. Minggu lepas beberapa hari aku usung laptop. Tak tau laptop ni lagi berat ke tak dari laptop toshiba aku dulu, tapi aku just jalan dari parking ke kelas, lepas tu pegi ofis. Belakang aku rasa sengal sengal. Sampai aku tampung berat laptop dengan tangan. Dah lama tak angkat benda berat kot. Masa aku less than 2 years old, aku pernah jatuh tangga kat rumah opah Sungai Dusun. Aku tahu masa aku darjah 2 sebab aku gi klinik pastu ayah cerita kat doktor pasal tu. So aku kena makan ubat dan sapu area tulang belakang dengan satu krim. Bayangkan masa tu bila rasa tulang belakang lenguh aku akan lenturkan badan ke belakang pastu tulang aku bunyi. Bila bunyi tu rasa lega sangat. Tapi dah besar sikit ni bila lentur pun takde bunyi dah. Mungkin tulang aku dah kuat kot. Lepas tu takde dah sakit belakang ni sampai masa form5 aku rasa sakit. Masa tu aku nangis kot pastu belakang rasa sakit. So ayah bawak ke klinik esok paginya. Doktor cakap susahla kalau mengandung nanti. Masa tu rasa masa depan macam gelap je. Aku pernah baca, ada perempuan yang kena stay kat ward masa sarat mengandung sebab tulang belakang tak kuat T__T Ada sekali tu mak cerita kat sorang sedare ni,aku ni menyusahkan sebab banyak penyakit. Kesimpulannya, tak payahlah aku kawin. Kesian je kat orang yang nak menanggung aku nanti.

No comments:

Post a Comment