Mari join..:)

Tuesday, November 4, 2014

Dibenci.

Pagi tadi Ecah ada bagi motivasi kat group Taayah. Untuk tidak terlalu memikirkan kelemahan diri sehingga menutup peluang untuk mengexplore kehebatan diri. Lebih kurang camtu ayat dia.

Malam ni aku takleh tido. Sibuk membaca nota sambil merenung kelemahan diri. Maksudnya,sambil membaca sambil teringat benda lain. Dah habis baca,hati tetap begini. Sedih.

Aku pernah kena serang masa form1. Ada satu kejadian masa first day aku di Taayah. Dari kesilapan kecil,aku mula dicop. Selepas itu timbul satu isu pulak mengenai nama panggilan. Kawanku yang baik hati telah memberitahu senior aku suruh kawan2 aku panggil aku dengan nama itu sedangkan dia yang nak panggil camtu. Aku awal lagi dah melarang.

Kemudiannya wakil diorang datang. Akak tu cantik. Dan agak terkenal. Dia datang tanya aku soalan macam2. Pedih. Satu benda yang aku ingat jugak. Dia cakap aku perasan ada akak minat aku. Memang aku selalu senyum pada akak tu. Tapi bukan sebab minat. Tapi sebab dia buat baik pada aku. Mungkin ada perkara lain yang aku tak ingat. Tapi aku ingat yang aku tak berminat untuk mempunyai kakak angkat. Takdela pegi bagi surat apa kat orang. Dan takde rapat dengan mana2 senior pun. Relationship sebegitu,aku tak berminat untuk menyibukkan diri. Banyak benda lain yang aku fikir. Contohnya, betapa tak seronoknya kehidupan asrama. Walau bagaimanapun lebih kurang masa tu,ada sorang akak yang betul minat aku. Dia dan kawan dia datang melamar. Erkk. Geli lak ayat tu. Tapi kejadian dimaki itu,aku ingat sampai sekarang. Dan pernah sekali dilaser kerana tudung baru menggantikan tudung getah. Tahukah mereka,mak aku yang jahitkan tudung2 itu. Adakah patut untuk aku membuang atau menolak benda yang mak aku buat? Kami bukan orang kaya pun. Dan aku jenis jarang meminta atas alasan tak mahu menyusahkan.

Aku ada satu sifat iaitu ambil mudah. Aku tak suka serabut. Benda yang akan  buat aku tak senang duduk akan aku elakkan. Benda yang aku rasa menyusahkan aku takkan buat. Ya,couple salah satunya. Fikirkan. Bila couple,macam ada saty rasa tanggungjawab. Kena fikir macam2. Paling aku stres pasal dressing dan muka. Muka aku ada parut. Berapa orang yang sudi terima parut di muka. Kadang2 aku nampak raut jijik di muka kawan bila pandang aku walaupun dia tu perempuan. Baru perempuan. Lelaki lagi la. Pastu aku takde duit beli baju cantik,mekap dan topup lebih untuk mesej dan bergayut(masa belajar kisahnya). So aku tak kisah tak couple. Juga, sebab belajar sekolah agama juga aku tahu dosa bila couple.

Aku tak suka berada di tempat yang sama terlalu lama. Contoh duduk dalam kelas masa prep. Atau dok dalam kelas dengar cikgu mengajar. Aku tumpu dalam 5minit pastu aku buat kerja lain. Aku suka belajar sendiri sebab aku bebas untuk faham macam mana pun. Kalau aku ambil masa nak faham pun,aku ja yang susah. Kalau harap pada cikgu mengajar, cikgu banyak lagi student kena bagi perhatian. Takkan nak tunggu aku seorang faham baru boleh gi next chapter. Dan lagi satu,otak aku bergerak sangat pantas masa belajar sendiri. Takkan mengantuk.

Eh apa aku melalut dah ni.

Kemudiannya semakin besar semakin susah untuk puaskan hati orang. Dah besar baru jumpa kawan yang jenis suka kutuk orang kat belakang, pastu aku pun jadi mangsa jugak. Dan tak semua benda tu betul. People make their own judgement and believe theirs are true.

Sebab ambil mudah jugak aku dapat banyak masalah. Sometimes bukan sengaja pun. Aku mudah terlupa dan bila aku ingat,dah terlambat dan kemudiannya kena tuduh macam2. Sebab tu walaupun dok kelas first tapi kena pandang slack je dengan classmates sebab asyik buat hal. I looked playful but I'm serious about studies. Because I have much better performance in studies than other things,also I have good brain among my siblings. I have to get good grades to make my parents proud. I dont have ambition actually. And now, I'm taking Masters for the same reason.

Feel lucky enough, I had someone who accept me for who I am and been with me through the worst things happened in my life. I couldnt say how grateful I was, but things changed. Apparently,I am not that lucky. I am still ugly duckling but with ugly heart. At least the ugly duckling have good heart and then transform beautifully.

Feel alone in this world again.








No comments:

Post a Comment