Mari join..:)

Sunday, November 30, 2014

Bila kehilangan...

Seperti yang sesetengah readers tahu, aku baru kehilangan seorang adik kandung 6 bulan yang lepas. Tanggal 18/5/2014 yang mencatatkan peristiwa sedih untuk kami sekeluarga. Sebenarnya kami pernah hilang seorang adik juga 9 tahun lepas, tapi adik itu belum berusia 2 bulan pun masa tu,meninggal di dalam perut. Jadi kehilangan itu tidak dirasai sangat. Tambah pula,kami cuma tahu kewujudannya setelah mak aku keguguran.Tapi yang ini, adik yang hidup dengan kami hampir 17tahun. Pastinya dirasai. Adik yang sewaktu kecilnya,serupa perempuan. Berkulit cerah,berambut kerinting halus,bibir merah,bulu mata melentik. Lahir masa aku darjah 3. Semasa aku masuk asrama untuk pertama kali,dia belum pun 3 tahun. Setiap kali ayah datang melawat, mereka sibuk bermain di kawasan sekolah aku. Main lari lari dalam longkang,aku ingat lagi. Sehingga aku di Matrik Gopeng, kawasan sekolah aku masih jadi kawasan permainan diorang. Sebab sekolah aku tak sama dengan sekolah adik2 aku yang lain, maka semua sekolah aku digelar "sekolah Yong".Asalkan pergi Ipoh atau Gopeng,bila lalu depan sekolah je "sekolah Yong".Walaupun dah tak belajar situ lagi. Kemudian tingkatan 1, dia masuk asrama. Biasalah,budak lelaki bila semakin besar akan kurang rapat dengan keluarga.Mereka banyak habiskan masa dengan kawan2 dan bila di rumah,banyak masa bersendirian.Main game kat laptop,Facebook dan lain2.Cuma nasib baik, adik2 aku semuanya suka duduk rumah.Biasalah di kampung,bila remaja lelaki ini gemar melepak,mudah terpengaruh dengan gejala rokok dan dadah. Alhamdulillah,perkara tu tak berlaku buat masa ini. Dalam 4 orang adik lelaki aku,dia ni paling metroseksual. Dia suka modify kaki seluar bagi kecik. Dah kurus kan. Paling banyak barang kosmetik. Hair gel,pencuci muka,ubat jerawat. Yang lain tu asal boleh je.Pencuci muka ayah je diorang pakai.Arwah dia beli sendiri.Dia paling hensem la dalam adik beradik laki.Tak tau muka dia ikut sape. Jumaat lepas,disebabkan rindu dia. Aku pegi Bukit Subang rumah Pak Uda aku. Anak2 Pak uda ramai yang seiras dengan adik beradik aku.Dah adik beradik kan.Anak sulung Pak Uda,Fazira muka macam adik aku yang nombor 4,Saadah. Anak kedua,Naim lebih kurang muka arwah Azam. Semakin besar ni,lagi nampak persamaan tu. Aku rasa,mak aku mesti rasa happy kalau jumpa Naim sebab terubat sikit rindu dia.Kami yang anak2 ni pun rindu,mak apatah lagi. Memang mak selalu cakap muka diorang sama. Aku kalau masa kerja tak teringat sangat. Tapi setiap kali on the way balik kampung,aku mesti teringat dia.Mungkin sebab dia meninggal on the way balik rumah.Aku kerap terfikir apa yang dia lalui masa tu. Masa dia koma,aku nampak dia menangis.Mungkin dia nak bangun tengok kami yang ada di sekeliling dia,tapi tak boleh... Aku harap,dapat tolong arwah capai hajat dia hantar mak pegi haji.

No comments:

Post a Comment