Mari join..:)

Sunday, November 30, 2014

Bila kehilangan...

Seperti yang sesetengah readers tahu, aku baru kehilangan seorang adik kandung 6 bulan yang lepas. Tanggal 18/5/2014 yang mencatatkan peristiwa sedih untuk kami sekeluarga. Sebenarnya kami pernah hilang seorang adik juga 9 tahun lepas, tapi adik itu belum berusia 2 bulan pun masa tu,meninggal di dalam perut. Jadi kehilangan itu tidak dirasai sangat. Tambah pula,kami cuma tahu kewujudannya setelah mak aku keguguran.Tapi yang ini, adik yang hidup dengan kami hampir 17tahun. Pastinya dirasai. Adik yang sewaktu kecilnya,serupa perempuan. Berkulit cerah,berambut kerinting halus,bibir merah,bulu mata melentik. Lahir masa aku darjah 3. Semasa aku masuk asrama untuk pertama kali,dia belum pun 3 tahun. Setiap kali ayah datang melawat, mereka sibuk bermain di kawasan sekolah aku. Main lari lari dalam longkang,aku ingat lagi. Sehingga aku di Matrik Gopeng, kawasan sekolah aku masih jadi kawasan permainan diorang. Sebab sekolah aku tak sama dengan sekolah adik2 aku yang lain, maka semua sekolah aku digelar "sekolah Yong".Asalkan pergi Ipoh atau Gopeng,bila lalu depan sekolah je "sekolah Yong".Walaupun dah tak belajar situ lagi. Kemudian tingkatan 1, dia masuk asrama. Biasalah,budak lelaki bila semakin besar akan kurang rapat dengan keluarga.Mereka banyak habiskan masa dengan kawan2 dan bila di rumah,banyak masa bersendirian.Main game kat laptop,Facebook dan lain2.Cuma nasib baik, adik2 aku semuanya suka duduk rumah.Biasalah di kampung,bila remaja lelaki ini gemar melepak,mudah terpengaruh dengan gejala rokok dan dadah. Alhamdulillah,perkara tu tak berlaku buat masa ini. Dalam 4 orang adik lelaki aku,dia ni paling metroseksual. Dia suka modify kaki seluar bagi kecik. Dah kurus kan. Paling banyak barang kosmetik. Hair gel,pencuci muka,ubat jerawat. Yang lain tu asal boleh je.Pencuci muka ayah je diorang pakai.Arwah dia beli sendiri.Dia paling hensem la dalam adik beradik laki.Tak tau muka dia ikut sape. Jumaat lepas,disebabkan rindu dia. Aku pegi Bukit Subang rumah Pak Uda aku. Anak2 Pak uda ramai yang seiras dengan adik beradik aku.Dah adik beradik kan.Anak sulung Pak Uda,Fazira muka macam adik aku yang nombor 4,Saadah. Anak kedua,Naim lebih kurang muka arwah Azam. Semakin besar ni,lagi nampak persamaan tu. Aku rasa,mak aku mesti rasa happy kalau jumpa Naim sebab terubat sikit rindu dia.Kami yang anak2 ni pun rindu,mak apatah lagi. Memang mak selalu cakap muka diorang sama. Aku kalau masa kerja tak teringat sangat. Tapi setiap kali on the way balik kampung,aku mesti teringat dia.Mungkin sebab dia meninggal on the way balik rumah.Aku kerap terfikir apa yang dia lalui masa tu. Masa dia koma,aku nampak dia menangis.Mungkin dia nak bangun tengok kami yang ada di sekeliling dia,tapi tak boleh... Aku harap,dapat tolong arwah capai hajat dia hantar mak pegi haji.

Sunday, November 23, 2014

macam mana kalau mengandung?

Few times jugak la mimpi mengandung. Dan takut sangat sebab tau diri belum kawin lagi pastu masih suci. Tetibe bangun dari tido tengok perut besor. Ngeri2. Nasib mimpi. Dan nasib baik bukan mimpi beranak. Tu bahaya. Mak aku pernah mimpi beranak dan anak tu sempat menyusu. Bangun tido sakit dekat tu. Badan mak aku memang selalu ada lebam. Area kaki. Minggu lepas beberapa hari aku usung laptop. Tak tau laptop ni lagi berat ke tak dari laptop toshiba aku dulu, tapi aku just jalan dari parking ke kelas, lepas tu pegi ofis. Belakang aku rasa sengal sengal. Sampai aku tampung berat laptop dengan tangan. Dah lama tak angkat benda berat kot. Masa aku less than 2 years old, aku pernah jatuh tangga kat rumah opah Sungai Dusun. Aku tahu masa aku darjah 2 sebab aku gi klinik pastu ayah cerita kat doktor pasal tu. So aku kena makan ubat dan sapu area tulang belakang dengan satu krim. Bayangkan masa tu bila rasa tulang belakang lenguh aku akan lenturkan badan ke belakang pastu tulang aku bunyi. Bila bunyi tu rasa lega sangat. Tapi dah besar sikit ni bila lentur pun takde bunyi dah. Mungkin tulang aku dah kuat kot. Lepas tu takde dah sakit belakang ni sampai masa form5 aku rasa sakit. Masa tu aku nangis kot pastu belakang rasa sakit. So ayah bawak ke klinik esok paginya. Doktor cakap susahla kalau mengandung nanti. Masa tu rasa masa depan macam gelap je. Aku pernah baca, ada perempuan yang kena stay kat ward masa sarat mengandung sebab tulang belakang tak kuat T__T Ada sekali tu mak cerita kat sorang sedare ni,aku ni menyusahkan sebab banyak penyakit. Kesimpulannya, tak payahlah aku kawin. Kesian je kat orang yang nak menanggung aku nanti.

my new life.

Currently I'm in KL. Trying to make some improvements for myself. Trying to make my parents happy also, especially after the loss of one son. Well its the only way I can do best. Sebenarnya aku tak cerita banyak pasal sambung belajar ni. First, sebab aku tak yakin. Yelah, kadang kadang cerita banyak sangat sampai last last tak jadi. Itu yang selalu jadi bila aku terlampau banyak cakap. Itu pun sebab aku nak tahu macam2 dari kawan se-batch yang menyambung belajar,maka diorang tahu la pasal aku sambung master. Kawan kawan JCY pun tahu sebab itu alasan yang aku bagi masa nak resign. Masa tu aku tak dapat pun lagi tawaran tu. Baru tengah survey.Sebab sebenar resign ialah sebab dah boring jadi engineer. Sebab rasa macam perjalanan yang takde kesudahan. Dan minat aku dah hilang di situ. Gemok sangat marah bila aku cakap nak resign,jadi aku sorokkan dari dia pada mulanya. Sehingga hari terakhir aku di Penang,aku bagitau dan ya,dia meletup. Fizah cakap of course la dia sangat terasa sebab aku sangat close dengan dia.Aku tak bagitau dia sebab tak nak dia marah, lagipun bukannya lama aku belajar. Habis belajar aku cari kerja kat Penang jugak. Dan takde alasan untuk tidak lagi berkawan bila ada jarak yang memisahkan. Semua terletak pada hati. oh,itu cuma pandangan aku. Bagi Gemok mungkin sebaliknya. Peringkat permulaan hidup baru sangat meresahkan. Dari segi kewangan,terutamanya. Tapi mungkin sebab dalam proses menyesuaikan diri. Dah lama tinggal zaman student,I have so many things to catch up and adapt to. Dari segi bahasa juge. Sebab sini KL. Masa kat sarawak kena cakap sarawak,masa kat penang kena cakap penang. Untuk layanan lebih mesra hehe. Sampai KL tetiba ada kecelaruan komunikasi pulak.Tah pape. Postgrad students,mostly yang berkerjaya. Manager ramai. Yang kerja top company pulak tu. Ada juga yang baru graduate degree.So aku kira kelas pertengahan. Masa pergi UiTM haritu jumpa seorang lecturer, dia tanya aku engineer ke.Aku cakap ya,previously. Tapi dah berhenti. Peliknya masa aku jadi engineer,jarang aku bagitau kerjaya aku. Kalau orang tanya,aku cakap kerani. Serius. Kecuali masa report polis ke,atau dengan pakcik makcik. Dah sah sah diorang tau aku belajar engineering. Masa belajar kalau orang tanya aku course ape,aku cakap kosmetik. Most probably sebab nak orang lebih selesa dengan aku. Kawan2 masa Unimas budak biotech,ekonomi,kaunseling. Kawan2 aku masa kerja kilang technician,operator. Budak engineering biasa kawan sama course je. Its boring. Sebab kebanyakan orang cakap budak engineering berlagak. I have nothing to be proud of. Aku masih budak kampung,dan always be. Ok, need to prepare for progress report. there's a lot to do, tapi tak semangat sebab tak dapat bukak COC. Huh.

My diet story

I have never concerned about my weight before. Start masuk asrama memang aku dapat rasa kegemukan itu. Biasala dok asrama kan makan 6 kali sehari. Masa form 1 berat aku 36kg. Masa darjah 1 berat aku 18kg. Double wehhhhhhhh. Masa matrik lagi la.Makan sedap-sedap setiap hari. Aku perasan kegemukan aku bila baju kurung melekat kat badan. Baju kurung tu,bukan kebaya. Masa Unimas, kawan2 apartmen aku. Amsal dan Yanah sibuk diet. Amsal hari-hari makan sup atau ikan rebus. Hari-hari aerobik dalam bilik. Dia turun dalam 5kg satu minggu. Pastu dia takut sebab berat turun mendadak. Ada kawan dia sampai tegur dia sakit ke. Few months earlier. Aku dan Gemok mengalami kenaikan berat badan melampau. Bukan sebab sangat bahagia. Sebab usia dah meningkat kot. 2011 around akhir tahun, aku tak ingat exact date. Masa tu dah lama tak jumpa Gemok walaupun kerja satu kilang. So satu malam tu after dia habis kerja syif malam,dia datang rumah. Masa tu dia nak sambung belajar. Sebab kalau dia kerja syif malam dia masuk kol 3.25petang dan balik pukul 12, tu la masa yang boleh jumpa. Nak bagi few brochures kat dia. Kat kilang banyak mata memerati gamaknye, tu yang tak jumpa kat kilang. At that time dia cakap, "lama tak jumpa huda,kurus dah". Aku macam "really?" Tak perasan,seriously. Tapi lepas tu aku sedar baju memang longgar sikit.haha. Then lepas berhenti honda,aku kerja dua kilang ni. Dua dua takde kantin. Kilang kecik. Kilang first selalu tak sempat makan breakfast sebab selalu sampai lambat. Prai kan jem pagi pagi. Kalau sampai sebelum pukul 8 sempatla makan kuih seketul dua. Kilang yang second tu dekat dengan umah Gemok.Setiap pagi aku breakfast kat pantri Nescafe 3 in 1 dengan biskut lemak beberapa keping. Tengahari macam kebuluran nak nasik nak nasik.Malam tu kadang2 makan.Kadang tak.Dan kerja aku hari hari akan turun naik tangga sebab ofis tingkat atas,production kat bawah. Berat aku sekitar 42-44kg. Tu kira sangat kurus dah sebab Fizah pun cakap "kurus sampai aku takut tengok hang" Masa tu aku rasa macam ikan bilis pakai helmet. Sebab kepale aku besor T_T Pertengahan 2012 Gemok datang rumah. So jumpa la mak aku. Balik tu,dia sibuk suruh aku gemok. Dia cakap aku takkan gemuk sebab mak aku kurus. Stres pulak aku nak kena gemuk. Lepas tu aku kerja JCY. JCY ni kilang besor,maka ada la kantin. Setiap pagi nasi campur.Kadang nasi campur beserta roti canai. Tengahari nasi atau mee goreng or laksa. Yang ni ikut member ofis. Sebab hari hari ada rombongan.Tapi rasanya dalam seminggu banyak nasik kot. Lepas tu petang minum lagi. Malam pun kalau lapar makan jugak.Cuma kalau aku OT,pastu terus pegi tuisyen biasanya tak sempat makan.Habis tuisyen baring atas sofa terus lena sampai pagi. Sebab umah tuisyen yang satu tu biasa dihidangkan air je.Kalau yang kat Gelugor tu memang ada hidang kuih atau nasik. Bukan merungut k,sebab makcik tu sibuk dan jarang ada kat rumah pun. Tapi start 2014 hari hari ada ja dia hidang makan sampai aku lak takut. Huhuhu Ok senang kata JCY yang menggemukkan aku balik. Ada satu hari tu aku gi umah Gemok. Dia nampak je aku terus cakap "dah tembam".Esoknya aku sibuk tanya kawan2 aku betul ke aku dah gemuk T___T Tapi diorang cakap biase je. Hujung November 2013, adik aku nikah. Every week aku balik kampung. Makan sedap-sedap pulak. Hujung Januari 2014, aku eksiden kan. Masa tu kan takde kenderaan. So mula tu Gemok yang bawak aku ke sana ke mari. Selalu datang hantar makan. Kalau dia jemput balik kerja mesti pegi makan dulu. Masa tu aku dapat rasa aku bakal gemuk. Sebab kalau makan dengan dia,confirm makan banyak. Kalau makan dengan dia pastu order mee tomyam,dia akan bising sebab tak makan nasik. "cakap lapar sangat,pastu makan mee je.tak habis lak tu" Lepas dapat balik kereta, lagi la syok nak pegi makan. Nak chicken chop setiap minggu. Satu hari bila aku sedar, baju-baju aku banyak dah sendat dan kena beli baju baru,okey timbang timbang berat dah 52 kg T_____T Gemok masa mula aku kenal dia,rajin pegi gym. So badan dia kira ok la. Lengan jenis keras tu. Lepas tu 2013 tu dia start gemuk dan buncit. Mungkin sebab bahagia sangat kot. Enough pasal Gemok. Sejak aku pindah KL, aku duduk Rawang or hostel ni. Ada dilema pulak aku bila duduk Rawang. Paksu setiap pagi akan beli nasi lemak. Bukan nasi lemak kosong. Nasi lemak ayam masak merah atau daging rendang. Setiap hari tanpa gagal.Pernah sekali tu hari minggu aku bangun 3 petang. Masa tu paksu habiskan nasi lemak aku sebab takut basi. So hari tu jela aku terselamat. huhu. Malam pulak,hari-hari nasik. Ada sekali tu je aku cakap nak burger. Sejak tu hari-hari paksu tanya nak makan ape malam.hehe Aku ada la cite dengan Gemok pasal apa yang aku makan masa mula duduk sini. Lepas tu dia cakap "ingatkan nanti bila jumpa huda balik,huda kurusla. tapi tengok ni macam selera ja makan". Sebelum aku pindah KL kitorang pernah bet sapa yang kurus dulu. Tak taula ayat tu merujuk pasal bet tu,atau ingatkan kalau tak jumpa dia aku akan tak selera makan sampai jadi kurus. Hohoho. Jadi untuk mengelak nasi lemak,lagipun rasa tak sedap tumpang rumah paksu lama lama,aku pun stay la hostel. Duduk 3 hari je kat hostel,aku rasa baju longgar dah. Sebab makan biskut or burger je 3 hari tu. Memang berkesan la bila tak makan nasi. Cuma kalau hari ada kelas,aku kena makan nasi jugak tengahari sebab takde pilihan. Lagipun kalau lapar nak dengar lecture pun tak mampu dah. Bak kata Intan kawan aku "huda ko kalau lapar memang tak dapat dibendung" haha. Ingat lagi dia akan perangai aku yang satu tu. Kalau lapar macam nak mengamuk. Ingat lagi birthday aku yang ke24, kuar dengan Gemok pusing Penang pastu aku lapar tapi dia sibuk lagi ronda mall tu. Pastu aku senyap je sampai la kat kedai makan tepi laut tu. Last last dia mesej je aku sebab aku tak nak bercakap. Dah kenyang baru la aku cakap balik dengan dia. Cantik punya perangai cik udez huhu. Ok masuk harini dah 4 hari straight tak balik rawang. Lets see Rabu nanti berat aku berapa. Huhuhu. Tolonglah paha,mengecik la.

Tuesday, November 4, 2014

Lelaki ini.

Ⓜ Siapa LELAKI!!!!!
LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda.
  Dia korbankan coklatnya.. untuk adik beradik perempuannya.
Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua nya tersenyum.
  Dia membelanjakan kesemua duit untuk beli hadiah untuk gadis .. yang dia cinta.. hanya untuk melihat dia tersenyum
Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2.. dengan bekerja lewat malam tanpa sebarang keluhan.
Dia bina .. masa depan meraka sekelurga dengan membuat pinjaman daripada bank dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.
Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu, isteri dan boss.
Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain
Kalau dia keluar rumah, jadi dia lalai
Kalau dia duduk dirumah, jadi dia malas
Kalau dia marah anak2, jadi dia raksaksa
Kalau dia tak marah, jadi dia lelaki yang tak bertanggungjawab
Kalau dia tak benarkan isteri daripada bekerja, jadi dia seorang yang mengongkong
Kalau dia benarkan isteri bekerja, jadi dia adalah orang yang hidup dibawah pendapatan isteri
Kalau dia dengar cakap emak, jadi dia anak emak
Kalau dia dengar cakap isteri, jadi die hamba isteri
  Hargai setiap lelaki dalam hidup anda.Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.
Berbaloi dihantar ke semua lelaki supaya mereka tersenyum & ke semua wanita supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga
HAPPY MEN'S DAY"
Which never comes.
Have a great Day!!!! 

Sian gak depa ni...

Dibenci.

Pagi tadi Ecah ada bagi motivasi kat group Taayah. Untuk tidak terlalu memikirkan kelemahan diri sehingga menutup peluang untuk mengexplore kehebatan diri. Lebih kurang camtu ayat dia.

Malam ni aku takleh tido. Sibuk membaca nota sambil merenung kelemahan diri. Maksudnya,sambil membaca sambil teringat benda lain. Dah habis baca,hati tetap begini. Sedih.

Aku pernah kena serang masa form1. Ada satu kejadian masa first day aku di Taayah. Dari kesilapan kecil,aku mula dicop. Selepas itu timbul satu isu pulak mengenai nama panggilan. Kawanku yang baik hati telah memberitahu senior aku suruh kawan2 aku panggil aku dengan nama itu sedangkan dia yang nak panggil camtu. Aku awal lagi dah melarang.

Kemudiannya wakil diorang datang. Akak tu cantik. Dan agak terkenal. Dia datang tanya aku soalan macam2. Pedih. Satu benda yang aku ingat jugak. Dia cakap aku perasan ada akak minat aku. Memang aku selalu senyum pada akak tu. Tapi bukan sebab minat. Tapi sebab dia buat baik pada aku. Mungkin ada perkara lain yang aku tak ingat. Tapi aku ingat yang aku tak berminat untuk mempunyai kakak angkat. Takdela pegi bagi surat apa kat orang. Dan takde rapat dengan mana2 senior pun. Relationship sebegitu,aku tak berminat untuk menyibukkan diri. Banyak benda lain yang aku fikir. Contohnya, betapa tak seronoknya kehidupan asrama. Walau bagaimanapun lebih kurang masa tu,ada sorang akak yang betul minat aku. Dia dan kawan dia datang melamar. Erkk. Geli lak ayat tu. Tapi kejadian dimaki itu,aku ingat sampai sekarang. Dan pernah sekali dilaser kerana tudung baru menggantikan tudung getah. Tahukah mereka,mak aku yang jahitkan tudung2 itu. Adakah patut untuk aku membuang atau menolak benda yang mak aku buat? Kami bukan orang kaya pun. Dan aku jenis jarang meminta atas alasan tak mahu menyusahkan.

Aku ada satu sifat iaitu ambil mudah. Aku tak suka serabut. Benda yang akan  buat aku tak senang duduk akan aku elakkan. Benda yang aku rasa menyusahkan aku takkan buat. Ya,couple salah satunya. Fikirkan. Bila couple,macam ada saty rasa tanggungjawab. Kena fikir macam2. Paling aku stres pasal dressing dan muka. Muka aku ada parut. Berapa orang yang sudi terima parut di muka. Kadang2 aku nampak raut jijik di muka kawan bila pandang aku walaupun dia tu perempuan. Baru perempuan. Lelaki lagi la. Pastu aku takde duit beli baju cantik,mekap dan topup lebih untuk mesej dan bergayut(masa belajar kisahnya). So aku tak kisah tak couple. Juga, sebab belajar sekolah agama juga aku tahu dosa bila couple.

Aku tak suka berada di tempat yang sama terlalu lama. Contoh duduk dalam kelas masa prep. Atau dok dalam kelas dengar cikgu mengajar. Aku tumpu dalam 5minit pastu aku buat kerja lain. Aku suka belajar sendiri sebab aku bebas untuk faham macam mana pun. Kalau aku ambil masa nak faham pun,aku ja yang susah. Kalau harap pada cikgu mengajar, cikgu banyak lagi student kena bagi perhatian. Takkan nak tunggu aku seorang faham baru boleh gi next chapter. Dan lagi satu,otak aku bergerak sangat pantas masa belajar sendiri. Takkan mengantuk.

Eh apa aku melalut dah ni.

Kemudiannya semakin besar semakin susah untuk puaskan hati orang. Dah besar baru jumpa kawan yang jenis suka kutuk orang kat belakang, pastu aku pun jadi mangsa jugak. Dan tak semua benda tu betul. People make their own judgement and believe theirs are true.

Sebab ambil mudah jugak aku dapat banyak masalah. Sometimes bukan sengaja pun. Aku mudah terlupa dan bila aku ingat,dah terlambat dan kemudiannya kena tuduh macam2. Sebab tu walaupun dok kelas first tapi kena pandang slack je dengan classmates sebab asyik buat hal. I looked playful but I'm serious about studies. Because I have much better performance in studies than other things,also I have good brain among my siblings. I have to get good grades to make my parents proud. I dont have ambition actually. And now, I'm taking Masters for the same reason.

Feel lucky enough, I had someone who accept me for who I am and been with me through the worst things happened in my life. I couldnt say how grateful I was, but things changed. Apparently,I am not that lucky. I am still ugly duckling but with ugly heart. At least the ugly duckling have good heart and then transform beautifully.

Feel alone in this world again.