Mari join..:)

Thursday, October 23, 2014

I am okay lah.

Kat group whatsapp siang tadi diorang dok kerjakan aku.siap buat hashtag special. Pastu heran nape aku menyepi sepanjang hari. Saje malas nak masuk.

Sebabnya? Diorang komen macam aku meroyan tak dapat Gemok. Padahal aku okey je. Kat wechat tu nampak je macam aku buat ayat frust menonggeng. Tapi sebenarnya aku okey. Ade la sorang member yang memahami datang private message aku cakap bertabahla, kite je tahu apa yang kita lalui. aku terharu,tapi sebenarnya aku okey je. Dan aku boleh je nak cari lelaki lain. Tak la sampai nak clingy sangat kat Gemok. Tapi aku malas nak cari. Kan aku baru sambung belajar.life tak stabil. Finance pun tak stabil. Kalau aku gatal nak bercinta sekarang bukannya bole kawin dalam masa terdekat pun. Aku tak minat bercinta sebenarnya. Sebab tu la aku selesa kawan dengan Gemok. Sebab kawan tanpa cinta. Lelaki lain cuma nak cinta je kalau tak,taknak kawan rapat. 

Seriously,aku tulis segalanya dalam blog sebab aku nak luahkan ape je yang aku rasa dan fikir tanpa perlu fikir apa yang orang lain akan fikir tentang aku. Kalau dalam fb or wechat, orang akan tanya "what happen darling,are you ok","be patient darling" and so on. For me blogging is dead end. Apa yang aku tulis tu berhenti kat situ je. Dan seriously aku pun kadang kadang lupa apa yang aku pernah tulis kat sini.


So please,just read and forget. Everything ends here. I dont want to talk about what I blogged. This is my other life. And please,mind your words toward others. Im not perfect, I might hurt others with my words too. Sorry guys. Please do not judge others.



No comments:

Post a Comment