Mari join..:)

Tuesday, September 9, 2014

Semuaaaa buruk aku dia nampak

   
Seperti biasa. Cerita Gemok. Cerita Gemok sekarang banyak peminat. Hahaha. Yela sangat.


Seperti yang orang sedia maklum. Aku ni kurang ciri keperempuanan. Bukanla aku tomboi. Aku lemah lembut,tapi ciri2 lain tu kurang. Macam skill memasak,skil bergaya dan sewaktu dengannya.

Gemok ni dia lelaki yang pelik sikit. Sebab dia suka barang perempuan. Contoh deoderan Nivea pink yang untuk perempuan tu. Nivea kan ada untuk lelaki gak. Tapi dia tak suka. Minyak wangi suka Flora Gucci. Syampu pakai Loreal merah. Dulu dia pernah pakai Sunsilk pink. Rambut memang dia jaga. Pakai conditioner bagai. Tapi tak rebonding walaupun lurus berkilat. Sebab family dia memang semua rambut lurus. Kakak2 dia pakai tudung. Memang tak rebonding la kan.

Beza dengan aku. Aku pakai apa saja ikut dan. Sebab aku ada masalah kelemumur,syampu yang rasi dengan aku Head&shoulders la. Sekarang pakai Clear ok la juga. Pencuci muka yang basic. Masker sume tu tak reti. Minyak wangi aku tak reti sangat. Dulu pakai yang Silky Girl tu je. Ok jugak.

Mula2 aku kenal dia. Aku memang sesimple nye la. Keluar dengan dia pun comot je. Lepas tu lama2 baru la dia tegur macam2. Tegur elok2 je la. Tapi buat aku malu gak la. Huhuhu

Sebab tu la last2 dia jadi consultant aku. Beli baju tanya dia. Beli tudung tanya. Seluar pun. Kasut. Barang dalam aku tak tanya la. hahaha. Conditioner ape bagus pun aku tanya dia. 

Dan lastly,pasal lelaki pun aku tanya. Dia selalu gak bebel pasal ciri calon suami yang aku kena pilih. Aku tengok jambu je. Hahaha. Masalahnya kalau aku nak pun,bukan orang tu nak kat aku. So why so serious kan? Main2 sudah cuci mata. Nanti jodoh sampai tak nyempat2 je tetibe terus kawin.haha bye.

No comments:

Post a Comment