Mari join..:)

Thursday, September 4, 2014

Dia semakin sibuk..

2-3 minggu ni dia semakin sibuk. Aku memilih untuk tidak mengambil tahu. Facebook memang lama dah tak friend. Sebab mengetahui update diri dia macam menikam pisau ke jantung sendiri.

Dulu bila dia sibuk aku menangis. Duduk dalam bilik berkurung. Baca mesej lama2 dari dia. Tengok gambar dia. Fikir bukan2.

Sekarang. Bila dia sibuk, cuma ada satu jawapan. Jelas sekali. Tiada teka teki lagi. Ya aku sedih,tapi tak berpanjangan. Cepat2 aku cari jalan supaya tak bersedih. Keluar dengan kawan2. Buang masa di mana2. Lepak. Borak. Facebook. Group whatsapp Taayah. Aku tau kawan2 ku mesti pelik dengan keaktifan aku yang luar biasa di media sosial. Macam aku takde life sebenar sebab sentiasa aktif di alam maya. Kadang2 aku main game. Dan hari minggu aku balik kampung. Bukan lari,tapi tempat yang takde line memang ade kebaikannya dalam saat saat begini.

Teringat aku yang dulu. Yang innocent. Aku fikir aku cuma mahu bercinta sekali. Dan terus berkahwin. Kerana aku tak mahu nanti apabila sudah berkahwin aku tiba2 teringat pakwe lama. Aku tak sampai hati melukakan hati suami sendiri. Tak adil untuk dia kan.

Betul lah,manusia hanya mampu merancang.....

Aku ada sifat buruk. Aku gemar melakukan sesuatu untuk orang lain tanpa mendapat apa2. Kadang2 berlebihan. Aku bahagia bila dapat menyumbang sesuatu. Sifat ini yang merisaukan Gemok jika aku berpacaran dengan lelaki lain nanti. Dia bimbang aku dipermainkan. Tentulah dia tau,dia juga lelaki. Lelaki yang suka mengambil kesempatan bertaburan di muka bumi. Tentulah aku tahu,ramai kawan lelaki seangkatan dengan ku juga begitu.

Teringat kisah dulu. Aku yang sudah balik kampung untuk cuti Raya Qurban,sanggup berpatah balik ke Penang pada pagi raya kerana Gemok masuk hospital. Terlalu risaukan dia... Sedangkan siapalah aku padanya...

Selalu. Aku beria-ia pergi kepada kawan untuk spend masa bersama sedangkan kawanku tidak pernah berbuat begitu. Aku memilih untuk tidak berkira dalam persahabatan. Tapi banyak kali,aku rasa seolah tidak dihargai. Di waktu aku memerlukan,siapa yang bersamaku? Di waktu aku sepi,siapa yang sudi menemaniku?

Selalu aku rasakan kehadiranku tak diperlukan dalam dunia. World might be much better place without loser like me. Tapi aku yakin I'm still here for some reasons. Bila ada yang memerlukan aku,aku sedia untuk hadir. Bila tiada yang memerlukan,aku teman diri sendiri.

Apalah guna aku sebenarnya? Adakah aku akan dihargai sepenuh hati nanti? Seperti aku menghargai ramai orang dalam hidupku? Teringat drama I'm sorry I love you. Heroin tu macam aku. Selalu ada tapi orang tak pernah "nampak". Dan akhirnya dia mengalah. Kemudiannya mencintai seseorang yang "nampak" dia...


Masa aku disisimu semakin suntuk...Tidakkah kau menyedari yang kita bakal berpisah? Akankah kau bersedih kerana membiar aku pergi begitu saja? Akankah kau menyesal melepaskanku?






1 comment: