Mari join..:)

Tuesday, September 23, 2014

Saya tahu...

Maafkan sy sebab haritu..Kalau ingat sy semula nnt cari lah sy...

Maaf atas segalanya.

Wednesday, September 17, 2014

I wish.

Harap dapat jumpe lelaki yang macam ni nanti. For him I'm the best regardless what others think about me. Ya,that's jodoh. I already knew since last year me and Gemok are impossible except for Allah.

Tuesday, September 16, 2014

Setia?

Sebab Sayang , Aku Tak Cari Yang Lain .
Sebab Sayang , Aku Tak Pandang Yang Lain .
Sebab Sayang , Aku Sanggup bersabar 
Sebab Sayang , Aku Masih berharap untuk kau 

3 hari berturut.

Huhu. Start Sabtu,Ahad,sampai semalam.

Sabtu nak servis kete kononnya. Pas balik keje. Tapi nak amik minyak itam full sintetik kat kawan Gemok,kawan dia takde la pulak. Keje. Pegi beli filter dulu then ke ropewalk kat Bagan then tunggu punya tunggu last2 ke Penang ke kite. Tengok wayang. Sebenarnya Jumaat malam nak tengok dah. Tapi moto Gemok block retak la pulak so busy. Nak tengok maze runner. Sold out. Tengokla Lagenda Budak Setan. Tapi dia tipu aku. Masa tu aku kat bawah. Dia pegi beli tiket. Aku naik je. Dia kata suma sold out. Lagenda budak setan pun. Dia cakap kite tengok cite Cina. Tak ingat tajuk,tapi ade la kat dinding tunjuk now showing,kat atas tu tulis Flemington Hotel. Macam love story. Tak kisah pun,aku memang suke tengok cite cina.huhuhu

Masuk dalam aku nampak ramai Melayu. Aku dapat agak dia ni tipu. Kalau cite cina mesti ramai cina dalam tu. Ni sorang pun takde. Ces.

By the way,lagenda budak setan tak best. I prefer the novel. Huhu.

Balik singgah makan kat area Tokong Ular. Makan chicken chop lagi.


Ahad. The Maze Runner lak. Hero muka macam Paul Walker muda. Aku suke Newt dalam cite ni sebab rambut dia cantik. Rasa nak belai. Huhuhu. Minho yang korean tu hensem dan nampak gagah sekali masa berlari. Ahh terpesona...




Maze runner sangat okey. Cuma part terkejut tu haha Gemok dah pandang slek kat aku sebab over terkejut. Out of control ok. Lagipun aku tutup mata je bukan sampai gi peluk dia. Ceh.

Ahhh Newt. Betul la aku memang tengok rambut dulu baru tengok muka. Kalau hensem tapi rambut out,huh. Tapi yang ni tak nampak sangat rambut cantik tu. Kena tengok sendiri kat movie baru nampak.

Then Isnin. Gemok kata dia busy. Aku redha jelah. Aku pun banyak keje. Gi mengajar pastu pegi Junjong amik stok. Stok ape? Haa nanti teman kabor kan. Kat next entri okey. Balik tu mase tunggu burger dia mesej. Tanjat gegurl. Euw gedik sangat ayat nih. Kahkah. sebab ingat dia nak hilang 2hari. Dah makan burger gi makan tomyam lak ngan dia. Masa makan dia ajak aku gi satu tempat.

Dia cakap confirm aku nak. Aku tanya "nak gi beli baju ke?" Haha lampik. Rupanya karok! Huhu dari minggu lepas cite nak karok tak habis lagi. Kak Ilya pun busy sangat barang baru nak kuar. NPI katekan. Anak buah Hann Tan. Tak dapat le ke karok lama dah.

Gi kat Sungai Bakap. First time. Pilih lagu baru masuk bilik. Bilik karaoke bukan bilik lain okay. Aku pilih 6 lagu,dia pilih 4 je. Tak best sangat,tak banyak pilihan lagipun tak banyak lagu baru. Aku pilih-Nurani (Kristal),lagu wajib karok aku la tu, Noktah Cinta, Mungkinkah terjadi,flying without wings(westlife), Love u like a love song(selena gomez),I dont wanna miss a thing. Dia pilih Harapan (Hyper act), Baldu biru(duet),Penglipur lara dan lagi satu aku tak ingat. Huhuhu...lama dah tak karok dengan dia. Last 3tahun lepas kot. T_T  Dia taknak bawak aku gi karok sebab katanya tempat tu bukan elok sangat. Huhu


Haritu aku cakap mungkin tu last kami kuar. Tapi sekali hambikkk kau huhu. Mesti korang rasa aku drama queen sangat haha. Aku tak harap pape pun tapi aku ade gak bagi hint kat dia. Tapi aku agak sendiri je,aku yang sedih lelebih nanti hahaha. Dia mesti cool aje. Haha bye







Saturday, September 13, 2014

Saranghamnida

,;*"*;,;*"*;,
*;,    I    ,;*
    "*;,;*"
,;*"*;,;*"*;,
*;, ℓσνє  ;*
    "*;,; *"
,;*"*;,;*"*;,
*;,   υ    ,;*
    "*;,;*

Wednesday, September 10, 2014

Ku mahu kau tahu...

Di sudut termenung jauh...
Mengenangan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Walau kau jauh
ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

Tuesday, September 9, 2014

Semuaaaa buruk aku dia nampak

   
Seperti biasa. Cerita Gemok. Cerita Gemok sekarang banyak peminat. Hahaha. Yela sangat.


Seperti yang orang sedia maklum. Aku ni kurang ciri keperempuanan. Bukanla aku tomboi. Aku lemah lembut,tapi ciri2 lain tu kurang. Macam skill memasak,skil bergaya dan sewaktu dengannya.

Gemok ni dia lelaki yang pelik sikit. Sebab dia suka barang perempuan. Contoh deoderan Nivea pink yang untuk perempuan tu. Nivea kan ada untuk lelaki gak. Tapi dia tak suka. Minyak wangi suka Flora Gucci. Syampu pakai Loreal merah. Dulu dia pernah pakai Sunsilk pink. Rambut memang dia jaga. Pakai conditioner bagai. Tapi tak rebonding walaupun lurus berkilat. Sebab family dia memang semua rambut lurus. Kakak2 dia pakai tudung. Memang tak rebonding la kan.

Beza dengan aku. Aku pakai apa saja ikut dan. Sebab aku ada masalah kelemumur,syampu yang rasi dengan aku Head&shoulders la. Sekarang pakai Clear ok la juga. Pencuci muka yang basic. Masker sume tu tak reti. Minyak wangi aku tak reti sangat. Dulu pakai yang Silky Girl tu je. Ok jugak.

Mula2 aku kenal dia. Aku memang sesimple nye la. Keluar dengan dia pun comot je. Lepas tu lama2 baru la dia tegur macam2. Tegur elok2 je la. Tapi buat aku malu gak la. Huhuhu

Sebab tu la last2 dia jadi consultant aku. Beli baju tanya dia. Beli tudung tanya. Seluar pun. Kasut. Barang dalam aku tak tanya la. hahaha. Conditioner ape bagus pun aku tanya dia. 

Dan lastly,pasal lelaki pun aku tanya. Dia selalu gak bebel pasal ciri calon suami yang aku kena pilih. Aku tengok jambu je. Hahaha. Masalahnya kalau aku nak pun,bukan orang tu nak kat aku. So why so serious kan? Main2 sudah cuci mata. Nanti jodoh sampai tak nyempat2 je tetibe terus kawin.haha bye.

Monday, September 8, 2014

Mungkin yang terakhir kali?

Kisah semalam. Di Penang.

Dalam 9 malam he picked me up. Then singgah uptown sebelum ke Penang ke kite.

Sampai Penang cari makan dulu sebab wayang start pukul 12.25. Cari kedai makan tepi laut. Kali ni cari kedai lain pulak after few times makan kedai yang sama. Chickenchop dia sedap. I like.  Sekali Una cakap kedai tu banyak hantu..T___T

Pastu Gemok cakap nak karok after habis wayang. Macam tau2 aku memang teringin nak karok pun. Tapi habis wayang 1.55. Kol 3 karok tutup dah. Tak sempat. Tengok jam baru 10.30 aku suh dia gi bayar cepat gi cari karok. Gigih. Haha.

Cari karok terdekat tapi full lak situ. Kawasan Indon memang penuh puak tu la. Grrr.

Then pegi funfair area Queensbay Mall tu sebab frust tak dapat karok. Aku tak pernah pegi funfair. Masa unimas ada mini funfair tapi yang paling best pun rumah hantu la. Yang tu pun seram gak. Mula2 wat ilek wat pis tapi dah masuk tu teringat kadang2 hantu join sekali hantu. Paham tak? Hantu sebenar, bukan pelakon. Tskk.

So naikla Ferris wheel. Mula2 ok. Tapi elok2 kami kat atas. Masa tu berenti pulak kat atas dalam 2-3minit sebab nak ambik penumpang.Benda tu goyang2 lak. Aaaa serammmmm.kaki aku dah rase ngilu. So aku pijak kaki dia. Dia kan pakai kasut. Haha

After tu tengok permainan Hammer. Yang kena pukul kuat2 guna hammer besar satu button ni. Pastu keluar markah. Lupa nak record aksi Gemok tapi markah dia aku ingat. 661. Rupanya pemegang tukul tu licin. Patutla susah nak menang. Apa pun dapatla zirafah tali handphone tu. Thanks! Hihi.

Start cite Lucy tu aku macam dah ngantuk. Time tidur aku kan. Tapi bertahan sampai akhir gak sebab syok pulak. Satu2 nya clue yang aku ada sebelum tengok cite tu ialah lastnya Lucy jadi pendrive. Hampeh. Padahal sebenarnya bukan. Lucy tu jadi apa tak tau. Macam invisible la. Pendrive tu maklumat yang dia tinggalkan untuk researchers dan manusia sekalian.

Amboi. Sempat review Lucy. 

Habis wayang ronda Penang. Malam tu ada marathon keliling Penang. Tengok makcik pakcik lari memang hebat. Kalau aku memang surrender siap2.


Akhirnya masa berpisah tiba. Aku tak tahu apa akan jadi lepas ni,tapi aku tak berani nak fikir apa2. Cuma ingin simpan kenangan ini saja. Adakah kami akan still be best friends forever or instead? I dont have the answer.


 I I sedang cover kegayatan.
 Chickenchop nyaman.
 Comel la kononnye tu.wekkk.haha

Selamat malam semua.

Sunday, September 7, 2014

Betul kan kawan2?

Kadangkala...
Kita TIDAK BOLEH MEMAKSA Hati Seseorang Untuk MENERIMA Kita...

Walaupun...
Kita Terlalu BERHARAP Dia Akan Hadir Sebagai Peneman Hidup Kita... Kerana...
Ketentuan Dan Takdir Allah Telah Aturkan Bagi Setiap Hambanya...

Mungkin...
Insan Yang Kita Berharap Itu LEBIH BAHAGIA Dengan Insan Yang Dicintainya...

Apapun...
Janganlah IRI HATI Ataupun Bersifat BERDENDAM Melihat Kebahagiannya...

Malah...
BERDOALAH Agar Kebahagiaan Yang Sedang Dia Miliki Itu...
Mampu...
Juga Akan Kita Perolehi Bersama Insan Yang Lain...Suatu Hari Nanti.

Saturday, September 6, 2014

Mulut vs hati

Mulut Berkata : Aku Nak Dia Jumpa Yang Terbaik Dari Aku      
Tapi Hati : Aku Taknak Kehilangan Dia 

Mulut Berkata : Aku Taknak Ambik Kesah Pasal Dia         
Tapi Hati : Sesaat Pun Nama Dia Tak Pernah Hilang Dari Fikiran Aku  

Mulut Berkata : Buat Apa Nak Jelous ?          Tapi Hati : Jelousnya Aku
        
Mulut Berkata : Aku Okay lha        
Tapi Hati : Sakitnya Hati
        
Mulut Berkata : Takde Masa Aku Nak Rindu Dia         
Tapi Hati : Tuhan Sahaja Yang Tahu Betapa Aku Rindu Dia         

Mulut Berkata : Takde Masa Aku Nak Menangis Untuk Dia         
Tapi Hati : Tunggu Malam Nanti Baru Aku Nak Menangis Puas2         

Mulut Berkata : Aku Dah Move On          Tapi Hati : Aku Tetap Sayang Kau  .

Mulut Berkata : pergilah kau.        
Tapi Hati : menangis dan merayu agar tak ditinggalkan.  :( 

Thursday, September 4, 2014

Dia semakin sibuk..

2-3 minggu ni dia semakin sibuk. Aku memilih untuk tidak mengambil tahu. Facebook memang lama dah tak friend. Sebab mengetahui update diri dia macam menikam pisau ke jantung sendiri.

Dulu bila dia sibuk aku menangis. Duduk dalam bilik berkurung. Baca mesej lama2 dari dia. Tengok gambar dia. Fikir bukan2.

Sekarang. Bila dia sibuk, cuma ada satu jawapan. Jelas sekali. Tiada teka teki lagi. Ya aku sedih,tapi tak berpanjangan. Cepat2 aku cari jalan supaya tak bersedih. Keluar dengan kawan2. Buang masa di mana2. Lepak. Borak. Facebook. Group whatsapp Taayah. Aku tau kawan2 ku mesti pelik dengan keaktifan aku yang luar biasa di media sosial. Macam aku takde life sebenar sebab sentiasa aktif di alam maya. Kadang2 aku main game. Dan hari minggu aku balik kampung. Bukan lari,tapi tempat yang takde line memang ade kebaikannya dalam saat saat begini.

Teringat aku yang dulu. Yang innocent. Aku fikir aku cuma mahu bercinta sekali. Dan terus berkahwin. Kerana aku tak mahu nanti apabila sudah berkahwin aku tiba2 teringat pakwe lama. Aku tak sampai hati melukakan hati suami sendiri. Tak adil untuk dia kan.

Betul lah,manusia hanya mampu merancang.....

Aku ada sifat buruk. Aku gemar melakukan sesuatu untuk orang lain tanpa mendapat apa2. Kadang2 berlebihan. Aku bahagia bila dapat menyumbang sesuatu. Sifat ini yang merisaukan Gemok jika aku berpacaran dengan lelaki lain nanti. Dia bimbang aku dipermainkan. Tentulah dia tau,dia juga lelaki. Lelaki yang suka mengambil kesempatan bertaburan di muka bumi. Tentulah aku tahu,ramai kawan lelaki seangkatan dengan ku juga begitu.

Teringat kisah dulu. Aku yang sudah balik kampung untuk cuti Raya Qurban,sanggup berpatah balik ke Penang pada pagi raya kerana Gemok masuk hospital. Terlalu risaukan dia... Sedangkan siapalah aku padanya...

Selalu. Aku beria-ia pergi kepada kawan untuk spend masa bersama sedangkan kawanku tidak pernah berbuat begitu. Aku memilih untuk tidak berkira dalam persahabatan. Tapi banyak kali,aku rasa seolah tidak dihargai. Di waktu aku memerlukan,siapa yang bersamaku? Di waktu aku sepi,siapa yang sudi menemaniku?

Selalu aku rasakan kehadiranku tak diperlukan dalam dunia. World might be much better place without loser like me. Tapi aku yakin I'm still here for some reasons. Bila ada yang memerlukan aku,aku sedia untuk hadir. Bila tiada yang memerlukan,aku teman diri sendiri.

Apalah guna aku sebenarnya? Adakah aku akan dihargai sepenuh hati nanti? Seperti aku menghargai ramai orang dalam hidupku? Teringat drama I'm sorry I love you. Heroin tu macam aku. Selalu ada tapi orang tak pernah "nampak". Dan akhirnya dia mengalah. Kemudiannya mencintai seseorang yang "nampak" dia...


Masa aku disisimu semakin suntuk...Tidakkah kau menyedari yang kita bakal berpisah? Akankah kau bersedih kerana membiar aku pergi begitu saja? Akankah kau menyesal melepaskanku?






Lagu cinta untukmu...

ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku

setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh

janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir

oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati

Tuesday, September 2, 2014

Say hi to makcik Udez.

Tak cantik kan aku pakai selendang camni? Ok bye.

Perfection never exist.

Peringatan buat diri ku dan diri mu......
Satu kisah:
 Suatu hari, aku bertanya kepada guruku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"
 Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"
Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..
Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga walau satu pun..??"
Aku : "Sebenarnya tadi saya sudah menemukannya, tapi saya tidak memetiknya, karena saya fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika saya sudah sampai di ujung, baru saya sedar bahawa yang saya lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan saya pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"
Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya kerana kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."
• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila terlalu sukar & sulit utk mengasihi, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan pula mengeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.
.."JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"...

Di kongsi dari sahabat, mudah2han bermanfaat