Mari join..:)

Tuesday, August 19, 2014

Untuk ayah.

Cite ni dari beberapa tahun lalu..ditambah dengan ulangan cerita baru ni..maka ingatan segar semula...

Aku seorang yang selalu fikir negatif tentang diri sendiri. Sejak kecil lagi aku sensitip. Pastu suka nangis senyap2 waktu malam sebelum tidur or masa orang lain semua dah tido. Masa kecil kebanyakannya sebab mak. Bila dah besar sikit sebab pelajaran dan macam2 lagi. Of course,cinta juga termasuk. You know,sorang je kan laki yang wujud dalam blog ni. Okey ni bukan nak cite kisah cinta aku dalam entri ni.

Ayah aku ade sorang kawan baik. Nama dia Pakcik Harun. Pakcik Harun ni ada anak nama Liza. Liza ni masa form1 sama kelas dengan aku sampai la form3. 1T,2S,3S. Masa form2 dan form3 pulak sama bilik. RBBD. Tapi aku tau ayah kami kawan pun masa form1. Tak ingat pulak kejadian mula tau tu. Hehe.

Jadi nye dipendekkan cite. Pakcik Harun meninggal 2-3 tahun lepas. Tau dari media sosial. Terkejut sangat sebab dia sihat je. Raya tahun tu kebetulan ada di area situ,jadi ayah ajak ziarah. Masa tu benda pertama mak Liza ingat pasal aku ialah "oh budak pandai Math". Dia tak ingat pun aku satu bilik@kelas Liza tapi dia ingat yang tu. Adoila.

Pastu mak Liza bukak cite. Ayah2 kami ni kalau jumpa asyik sembang pasal kami je. Ayah selalu nampak tak kisah tapi sebenarnya dia sangat kisah cuma tak cakap. Aku rasa aku ada sifat ni. Dia dok luah perasaan kat pakcik Harun cakap dia risau anak nak belajar Sarawak. Memang ayah ada suruh aku tukar. Sebab ayah andak aku ada bagitau dia aku leh mintak tukar pastu suggest aku apply USM. Penang la tu. Tapi aku tak nak bazirkan masa setahun aku sebab kalau nak tukar pun,aku still kena pegi Unimas jugak belajar setahun baru boleh tukar. Dan aku bukan di"lelong". Unimas ialah 2nd choice aku selepas UTM. Dan kedua dua course yang aku apply tu ialah Telekomunikasi. UTM taulah,requirement tinggi. Pointer aku tak smpai 3.5 pun masa matrik. Banyak main.

Bagaimanapun,aku selamat dah graduate dari Unimas. Walaupun memang banyak cabaran yang aku da tempuh. Gila kena berdikari masa tu.

Back to ayah.

Mak Liza cakap lagi. Diorang tak sembang pun pasal anak yang lain. Topik utama diorang cuma kami anak anak sulung diorang ni. Pastu risau keputusan anak masing2. Can you imagine? Camne perasaan terharu aku dengar. Memang aku jenis banyak main. Tapi bila mengingatkan ayah mak kat kampung baru aku pulun belajar. Kalau tak,satu satunya subjek yang aku ambil berat cuma Math saja. Dari sekolah rendah memang camtu. Tapi biasanya ayah cuma tengok result dan gelak kalau nampak merah. Biologi la selalunya. Kalau biru pun markah cun 40. Haha.

Dah kerja ni. Aku rasa tak berguna. Aku tak mampu pun buat ape2 untuk ayah. Nak buat rumah besar,last2 ayah yang buat sendiri. Nak belikan kereta untuk family tapi last2 ayah beli sendiri jugak. Aku tak sempat benar2 membantu ayah. Memang itu yang buat aku lega bila lambat berkahwin. Aku rasa tak sampai hati nak kawin kadang2 tu sebab tanggungjawab anak pompuan lebih untuk suami selepas kawin. Teringat masa adik aku nak kawin dulu mak cakap "dia nak cepat2 pergi dari keluarga ni la tu". Bukan nak kata adik aku jahat,cuma mak terasa sikit kot masa tu sebab lepas belajar cepat2 nak kawin. Apa pun adik aku tu anak kesayangan mak. Takkanla mak nak sentap lama2.

Sekarang ni,doa aku biarlah aku dapat buat sesuatu untuk keluarga aku sebelum berkahwin. Dengan kudrat aku sendiri. Walaupun orang cakap "rezeki akan lebih lepas kita kawin" tapi dah orang taknak kat kite kan. Bukan boleh paksa. Kalau orang tu suka kat kite. Dia takkan bagi apa apa alasan untuk bersama dengan kite.


No comments:

Post a Comment