Mari join..:)

Wednesday, August 20, 2014

Sayang.


Air mata takkan menitis
Jika hati tak terluka...
Ketawa takkan wujud
Jika hati tak terhibur...
Rindu takkan hadir
Jika hati tak menyayangi...
Dan sayang takkan berputik
Jika hati tak mencintai...

Apabila aku kesepian
Hiburkan aku dengan suaramu
Apabila sakit
Ubati aku dengan kasih sayangmu
Dan apabila aku pergi
Kuburkan aku dalam hatimu

Tiada cinta tanpa air mata
Tiada rindu tanpa kasih sayang
Tiada kejujuran tanpa keikhlasan
Dan tiada yang akan berkekalan tanpa kesetiaan

Seseorang yang mencintai kamu
Begitu jarang memujimu
Tapi dalam hatinya
Kamu adalah yang terbaik.

Sesungguhnya SAYANG wujud dari sebuah pertemuan
Dengan sepuluh pertanyaan
Dan seratus keyakinan
Mewujudkan seribu pengorbanan
Serta berjuta kali perjuangan
Dengan hanya satu keikhlasan hati.

No comments:

Post a Comment