Mari join..:)

Sunday, August 10, 2014

Perginya adik kandungku...

Kejadian berlaku Hari Guru tahun ni. 16 Mei 2014. Aku seperti biasa. Gi kerja buat rutin biasa. Masa tu tengah sibuk dengan masalah ACA. Kena buat eval dan macam macam. Sempat update status di FB wish selamat hari guru pada mak.

Petang tu masa nak balik. Pukul 5 something ayah called.

"Assalamualaikum. Ade kat mana"

"Waalaikumussalam. Keje le. Nape yah"

"Kamu balik tak arini"

"Tak tau lagi. Nape"

"Azam eksiden nak gi semayang jumaat tadi.kat jambatan kedua jalan Chenderong balai"

"Yeke? Ade kat mane?

"Teluk intan. Jap lagi nak bawak ipoh. Kamu bawak kete elok2. Slow2.Risau ayah"

"Ok. Japgi nak semayang dulu. Amik barang umah dulu baru balik"

"Ok"

Aku terpempan jap. Terus gi toilet. Memikirkan dia eksiden biasa,aku agak relaks tapi berdebar sikit.

5.40 camtu aku gerak ke umah sewa. Ambik barang jap terus gerak balik Perak. Dalam perjalanan ke umah sewa pak teh call tanya keadaan Azam. Aku ade update kat FB sebelum tu. Mintak doakan. Dia pesan aku hati2 balik kampung.

Dah naik highway. Sampai Hentian Gunung Semanggol aku singgah isi minyak dan solat. Ayah call cakap Azam dah kat Ipoh. Dia pesan aku hati2 sekali lagi. Aku memandu laju ke ipoh. Lepas tol jelapang ayah called suruh balik umah terus. Azam tak jadi dioperate sebab dia tak bagi respons. Baru aku rasa debar2 gila. Tak bagi respons maksudnya adik aku dah koma la kan? This is not ordinary case. Aku terus pecut ke Gopeng. Ayah suruh tunggu kat Gopeng sebab ayah pun on the way patah balik dari Ipoh.

Ayah suruh balik umah dulu. Mandi dan makan pastu gi hospital balik. Azam dah kat Teluk intan.

Malam tu dekat kol 11. Aku,ayah dan Alip pergi hospital bawak baju mak dan Azam. Depan bilik kecemasan mak tunggu aku dan Alip. Senyum. Sampai depan mak. Aku salam. Mak terus peluk aku sambil cakap "doktor cakap azam takde harapan lagi" Lagi terpempan aku. Nangis sakan kami kat situ. Terlalu mengejutkan.

Pastu kami gerak ke surau. Mak gi mandi dan solat. Sementara aku call Dila,pak long, mak teh,Fizah juga Gemok. Semua suruh aku sabar. Dila cakap dia dah kat Langkap. Aku tak rasa letih walaupun jam dah dekat pukul 12 tengah malam. Dekat jam 1pagi baru aku gi tengok arwah Azam. Melihat keadaan Azam yang koma tetapi luarannya cuma calar2 dan bengkak di kepala bahagian kanan. Air mata tak kenal erti surut ketika itu. Sebelah Azam ada atuk yang sudah nazak.

Doktor datang periksa Azam dan mintak panggilkan mak atau ayah. Mak datang. Doktor bincang sesuatu dengan mak. Mak datang kat aku tanya pendapat. Perlu ke buat heart pumping kat Azam. Aku tak ingat panggil ape benda tu. Tapi guna letrik tu. Doktor cakap risiko besar sebab tulang rusuk boleh patah dan akibatkan kecederaan dalaman yg lebih teruk. Aku panggil ayah. Kami sepakat buat keputusan untuk tak ambil risiko tu. Kami serahkan pada Allah saja. Takut akan menyiksa dia lebih teruk.

Aku dah keletihan. Pegi tido dulu dalam kete. Seorang. Masa tu aku rasa macam Azam menemani aku ke kereta. Dapat tido dalam sejam. Mengantuk tapi susah hati. Aku bawak mak balik dulu untuk rehat. Siang tu paksu,pak long,mak teh,pak uda,opah dari KL semua datang. Juga adik beradik ayah yang berdekatan dan kawan2 kolej dia.

2hari ulang alik.

Pagi Ahad. Aku terkejut bila nampak air kencing Azam ada darah. Mak cakap darah dah mula keluar dari hidung,mulut dan kencing. Doktor ada bagi ubat jantung kat Azam.

Petang Ahad dalam pukul 2.30 ayah suruh aku balik sebab nak hantar Alip balik asrama. Bawak opah sekali.

Petang tu dalam 5.15 aku on the way nak hantar Alip. Ayah called cakap tak payah hantar Alip balik lagi sebab Azam dah kritikal. Bunyi beep machine terlampau kerap di belakang membuktikan tahap kritikal melampau.

Sampai di hospital. Jantung dia dah berhenti berdegup. Sekejap ada. Sekejap 0. Hujan renyai2 di luar. Doktor sahkan Azam dah takde. Pendarahan dalaman.18 mei 2014,6.58 petang. Lahir di hospital teluk intan pada 29 Ogos 1997,meninggal pun di sini. Mesej mak di rumah "azam dah takde" Ayah usahakan Azam dapat dibawa pulang pada malam tu juga. Tak perlu post mortem. Aku ambil saadah di stesen bas. Balik hospital Azam dibawa ke bilik mayat. Adik yang tak mengerti keadaan cakap "lepas ni kena tanam"

Macam mimpi semuanya. Ya Allah.

Malam itu selepas Maghrib Azam berjaya dibawa pulang. Naik kereta ayah je. Sampai pada waktu Isyak. Katil dah tersedia menyambut Azam. Mak datang terus cium Azam. Dan baca Yassin. Sedikit darah keluar dari mulut arwah akibat dari luka pada bibir yang kena corong alat bantuan pernafasan tu. Aku lap. Mak cakap "macam tidur je..."

Pagi Isnin. Azam selamat dikebumikan dalam 11 pagi di tanah perkuburan Kg. Tersusun Air Kuning. Aku cuma dapat melihat dari jauh kerana "cuti". Cikgu2 kolej vokasional,sedara mara jauh dekat turut datang. Cikgu2 dia minta kami bersabar sambil cakap "jangan sedih,dia adik yang baik."Barang arwah di asrama juga telah dibawa bersama. Petang sedikit. Kawan2 dia dari sekolah lama juga datang.  Mak cakap "ramai kawan ngan cikgu dia datang". Rasa terharu.

Sampai sekarang,semuanya masih macam mimpi. Aku rasa ralat sebab last aku jumpe dia ialah pada tanggal 24 March 2014. Kan aku eksiden hujung bulan 1 dan dapat keta balik hujung bulan 4. Jadi sepanjang tempoh tu aku cuma balik kampung sekali. Bila dah dapat keta,aku balik diorang pulak tak balik. Aku nak jumpa dia 2minggu sebelum dia meninggal tu di sekolah. Kebetulan ada kenduri berdekatan,tapi waris selain ibu bapa tak dibenarkan melawat. Esoknya pula,kami pergi melawat opah di Kuala Selangor. Tak sempat jumpa dia. Masa aku balik kampung aku pasti akan tanya "adik2 balik tak mak" kalau tak balik aku akan pergi sekolah diorang walaupun sekejap. Tapi masa tak mengizinkan. Dia ada call ayah minta ayah datang tengok dia. Tapi ayah cakap tak sempat. Tu yang aku rasa ralat. Masa tu memang aku nak sangat gi tengok dia...

Hargailah orang di sekeliling kita sebelum dia pergi. 


*dia jatuh moto. Moto ok. Cuma ada calar sikit. Kemungkinan dia jatuh pastu bangun semula tapi pening sebelum jatuh semula kerana dia jatuh ke sebelah kiri jalan. Tapi bengkak di kepala pada belah kanan dan semasa dijumpai kepalanya di bawah divider. Menurut orang yang menjumpai adik aku,dia sedang menangis. T_T



1 comment:

  1. Ya Allah. sedihnyaa. teringat arwah abah nina huhuhu. rindu. tp hanya redha yang mampu. salam takziah.. alfatihah utk keduanya

    ReplyDelete