Mari join..:)

Wednesday, August 13, 2014

Novel yang realiti.

Pada post aku 2 hari lepas,kawan sekolah Taayah iaitu Sarah ada komen pasal cerita aku dengan Gemok macam realiti novel. Perghhh. Macam best bunyi nye.Huhuhu. Boleh challenge cita Jodoh kat Astro tak?


Walau bagaimanapun. Novel ini masih belum pasti kesudahan dan watak utama cerita ni iaitu aku masih belum nampak klimaks atau pengakhiran cite ni. Hihihi. Allah saja tau. Hero pun tak mungkin tahu. Manalah tau jika akhirnya hero menjadi orang lain? Atau heroin bertukar? Sedihnya bila membayangkan kedua dua kemungkinan ini terjadi.


Seriously aku bukan seorang yang berfikiran positif atau pemaksa. Aku terima apa yang datang dengan tawa atau air mata.Tapi aku selalu doa walau camna pun akhirnya,hati aku akan redha terhadap takdir Allah itu. Walaupun kadang2 aku hampir meroyan dengan takdir yang ku lalui. Aku rasa itu semua normal yang semua orang harus tempuhi. Dan normal untuk kita nampak orang lain bahagia dan mengharapkan bahagia yang sama walaupun mungkin keadaan diorang tak seperti yang kita nampak. Mungkin diorang dah banyak menangis sebelum tu?


Seriously aku takut hadapi masa depan. Dan takut buat keputusan. Tapi melihat keadaan sekarang,mungkin keputusan tu yang terbaik. Apa pun. aku doakan terbaik untuk dia.

2 comments:

  1. keep it up! klu u keep it up i berhenti berangan dengan k-drama. ha ha ha!

    ReplyDelete