Mari join..:)

Monday, August 11, 2014

Kebetulan yang indah.

Ini cerita Sabtu 2 minggu lepas. Siangnya aku pegi kenduri abang Fizah belah perempuan. Juga bawa mak,Izzah dan Adik jalan2 kat penang. Lepas hantar mak,aku gerak ke Sungai Petani rumah Fizah. Sebab dia dah pesan suruh tido umah dia. Mula2 aku malas (segan sebenarnya) tapi malas nak buat banyak kerja sangat ulang alik. So terus ke umah Fizah. Ikut jalan dalam,masa tu mesej jugak dengan Gemok. Okey bukan drive sambil mesej k. Kat traffic light sahaja.

Dia cakap ada kat umah kak Ilah. Tasik Gelugor. Terus aku cakap nak gi sana la. Lama tak jumpa baby Aleesya dan Alya. Alya ni kalau nampak muka aku ja dia punya seronok. Bukan perasan k. Sebab dia datang kat aku terus peluk aku. Rindu la tu kan. Berbulan gak tak jumpa rasanya. Tapi selalu lupa nama aku. Cis.

Pas makan2 aku nak solat Maghrib. Konpiden gi masuk bilik solat semua. Tak pernah solat situ sebenarnya. Dah rakaat kedua. Gemok datang jenguk. Sambil dukung baby Aleesya. Bukak pintu terus jerit "oi terbalik!" Dia tanya kak dia "weh hang ajaq dia ajaran sesat apa ni.kiblat terkalih!"

Cis macam mana aku bole tak perasan arah kiblat sejadah yang memang sedia terbentang tu!!! Aku memang tak tengok sebab karpet dan sejadah tu berat ke arah selatan. So terus hala ke selatan ja. Sebab nya selalu kita akan biar ruang kosong belakang kita solat kan. Ni ruang kosong tu kat belah depan. Faham tak aku terang ni?tak paham sudah. Huhu. Malu okeyyyy.

Kes kedua malam yang sama. Aku terus Isyak sekali. Lepas setengah jam camtu aku dan Gemok nak bertolak balik. Eh bukan balik tempat yang sama. Dia balik seberang jaya. Aku pulak ke sungai petani of course. Start2 enjin dia ada la tercongok depan kete. Aku perasan ada bau pelik. Baru nak cakap kat dia. Dia pun bau benda yang sama. Cepat2 suruh aku mati enjin dan bukak bonet depan.

Bau minyak.

Dulu ada orang penah bagitau. Kalau bau minyak kuat camtu maksudnya samada petrol bocor. Atau minyak itam yang bocor. So dia check check. Takde leaking. Cuma katanya pelik nape air aircond aku menitik atas besi. Patutnya ada saluran katanya. Ok nampak sangat aku jaaaarang tengok depan tu. Pastu dia tengok air bateri. Hampir kosong!!! Dia tanya aku tadi temperature naik tak. Aku cakap biasa ja.

Tengok dalam kete ade la 2-3 botol air mineral. Biasa la mak ayah aku kalau jalan memang selalu beli air mineral pastu tinggal je dalam kete. Aku pulak memang biar je air tu sebab takut kes macam ni dan spare bila Adik nak terkencing di mana mana. Ok lega. Tapi memang kena leter la sebab aku jalan merata tak tengok langsung keadaan kereta yang basic sekalipun.

On the way sorang sorang gi umah Fizah. Aku senyum sendiri. First memang lawak pasal salah kiblat tu. Kedua syukur sangat sebab Allah gerakkan dia untuk kedua dua kes tu. Dahla aku semayang Maghrib Isyak sekali. Tak ke haru kalau aku baru pasan salah kiblat masa lipat telekung? Pasal kereta tu lagi la. Kalau kereta mati tengah jalan yang sunyi? Nauzubillah min alaik.. Seram okey. Kalau kat kampung takpela ayah ade. Kat Penang sape yang nak tolong aku...T_T

Sampingan:Aku tau blog ni berisi bila ada cerita pasal Gemok je kan. Bila blog sunyi lama maksudnya aku tak jumpa dia la. Kalau jumpa pun sekejap je. Huhuhu. Korang doa la aku ditemukan dengan jodoh aku secepat mungkin ye. Dan harap jodoh aku tu ada la ciri2 Gemok:memahami dan pendengar setia aku. Walaupun Gemok masih bujang tapi aku tak berani berharap kerana aku... perempuan.



1 comment:

  1. peh. the story continue again, can i take this as realiti novel? hehe.

    *can't wait for the next episode.
    **cerita ini lagi syok dari drama korea! haha

    ReplyDelete