Mari join..:)

Saturday, August 23, 2014

First date dengan jiran sebelah.

Tajuk kemain. Hahaha bertabahlah. Entri ni panjang berjela.

Aku rasa pernah cite pasal jiran aku ni. Bukan jiran rumah. Tapi jran meja di opis.  Dia pernah tanya kenapa Melayu tak boleh celebrate Valentine Day dulu. Aku de cite sini.

Masa mula masuk JCY dulu aku disuruh duduk sebelah meja dia. Meja tu penuh dengan tray barang,tooling semua. Dia kan section Head untuk Tooling,NPI dengan AQ. Memang jenuh dia mengemas.

Lepas tu budak baru masuk NPI. Diorang susun semula kedudukan tempat duduk. Mula2 Izat tu duduk sebelah kanan Tan. Aku dari mula masuk dok sebelah kiri Tan. Lepas tu bila Zati masuk diorang susun balik bagi engineer2 NPI duduk sebelah2. Aku tak faham mula2 tu aku kena pindah mana. Pastu Tan yang terangkan "Izzat dengan Zati dok sebelah Nadia,Shuhada tukar duduk tempat Sunder,Sunder pindah tempat U. U dok tempat Izzat. Jangan risau U tetap dok sebelah I."Ayat akhir tu sambil dia sengih. Haha dia ni kadang2 bole jugak bergurau. Cuba time dia tengah stres. Kalau lawak gila pun tak dilayan.

Nak kate rapat sangat pun tak jugak dengan dia. Cuma rasanya sebab dari dulu meja sebelah dia kosong. So bila aku masuk baru dia ada jiran/teman.

Habit dia ni tengahari@lepas lunch dia selalu tertidur. Aku mula2 tak perasan. Sebab masa tu aku selalu duduk cleanroom. Jarang dok opis. Tapi member yang cite. Mungkin sebab dia ni comel pastu single,so akak2 opis tu minat nak usik2 dan perati dia.

Aku tak pernah la tegur habit dia. Tapi ada sekali tu ada cabutan bertuah kat opis. Dia dapat pati ayam. Masa dia minum tu dia yanh cakap dengan aku dia selalu mengantuk. Aku suruh dia beli pati ayam Brands. Esoknye dia bawak dah. Tapi rasanya sama je kot dia mengantuk jugak. Hehe jangan marah ye Tan.

Dia hari2 makan ubat. Sekali tu ubat Klinik Kulit Lim. Muka dia flawless je so aku heran dia makan ubat ape. Tapi dia tak cakap. Just cakap bukan untuk cantik. Mungkin dia ada gatal2 kot.  Sekarang ni ubat lain pulak. Dalam paket2 kecik. Sehari 2bijik. Warna coklat. Tak taulah ubat ape.

Tiap kali salah seorang dari kami cuti. Mesti akan tanya kenapa. Sekali tu aku tau dia pergi Johor. Aku ingat melancong. Rupanya pakcik dia meninggal. Rasa bersalah aku sebab aku terus mintak souvenier bila dia datang kerja. Masa adik aku meninggal aku cuti seminggu. Mungkin dia ni tak aktif facebook kot so tak nampak status dan gambar kat hospital. Aku datang tu dia terus tanya "eh u cuti lama kan.seminggu.pegi mana?holiday eh?" Aku jawab "takla my brother passed away." Dia pulak nampak bersalah.

Dia ni selalu ingat aku takde kawan. Masa aku baru masuk. Dia tanya kawan aku Amira "u tak ajak Huda makan dengan u ka" Padahal memang hari2 aku makan dengan Amira tu. Huhu.

Ada sekali tu. Dia mintak nombor fon Izat. Sah2 la aku takde. Sebab kan masing2 ada speed dial. Kalau ada pape call je speed dial. Lagipun aku jarang ada kerja sekali ngan Izat tu. Dia cakap kat aku ape tau. "U ni memang tak campur dengan orang eh. Nombor fon kawan2 takde. Facebook kawan2 JCY pun takde" I is sentap okey. Memang lepas benti dari Honda aku memang tak berkawan sangat dengan budak2 kilang yang aku masuk lepas tu. Ada pun cukupla 4-5 orang rapat.

Lepas tu dia pegi tanya orang lain nombor Izat. Bila dia duduk balik aku tanya la "dah dapat ke nombornye?" Dia tanya aku nak ke. Izzat single. Mie tu pun single. Hampeh. Nyesal tanya. Tapi aku tak ambik pun nombor diorang. Aku amik nombor bos aku,and few numbers lagi yang penting. Sambil tu dengan selamba mintak nombor dia sekali. Nasib dia bagi tak banyak soal. Pastu aku nampak noti ade wechat rupanya. Boleh tahan jugak. Mesti ada main shake jugak kadang2 ni. Haha.

Satu benda memalukan aritu aku beli pad Lexee kat Rahman. Rahman ni da kawin so tak malu la nak beli. Masa nak bawak kat meja aku sorok2. Tapi Tan ni cepat pulak processor dia masa tu.tau pulak dia aku beli pad. Dia cakap kat aku "Kenapa U nak sorok. Rahman lelaki,I pun lelaki. U beli pad kat dia takpa tapi dengan I u malu pula" Cis. Tak pasal kena gelak.

One day ada jamuan raya kat opis. Ada one guy ni bawa lemang masuk opis bagi kat kak Mazni. Aku tak perasan pun. Tiba2 dia cakap "huda favourite food u". Aku macam hah? "Tu lemang Amran bawak". OMG dia tau aku suke lemang. Huhu terharu sangat.

Okey pasal first date.

Ceritanya bermula 1-2 minggu ni. Hann Tan tanye bila aku last day. Aku bagitau dan tanya balik "kenapa,nak belanja I eh?hehe" Dia angguk dan jawab "yela" dengan serius. Tapi kat kantin. Ceh. Ape kelas kan belanja makan kat kantin. Sobssss.

Pastu Jumaat kan berkabung. Aku whatsapp dia malam tu suruh pakai baju grey. Sebab aku pakai baju kurung grey haha. Siap pesan aku nak kek secret recipe. Dia cakap ok. Tapi aku takla harap sangat sebab dulu masa aku mesej dia bagitau dia naik pangkat pun dia cakap nak belanja tapi sampai sekarang takde ape.T_T

Pagi tu dia pakai baju hitam. Hurmmm.Tapi rasanya jarang dia pakai baju tu. Nampak baru. Lupa dah la tu.

Pastu tengahari tu aku hulur tangan kat dia. Dia tanya kenapa? Kata nak bagi kek... Dia kata "malam nanti la kita pegi" Aku terus erkk betul ke ni? Dia cakap betul la... Hoyeahhhh.. Kak shud pulak pasang telinga dengar Tan cakap nak bagi kek. Huhu

Petang tu aku datang kat meja aku dia yang tanya pukul berapa nak pegi. Kat secret recipe mana. Dia kan selalu balik kerja lambat. Aku ingat nak balik dulu la mandi ape. Dia cakap "oh u tunggu I kat rumah eh" Haha kalaula dia datang jemput kat rumah memang kecoh la opis nanti. Aku suruh dia mesej je bila dia nak balik. Dia kata dalam 7.30.

Aku pulak relak2 je. Nervous lak tu. Pikir lak nak pakai baju pe haha. Keluar dengan Gemok pun pikir tapi tak kisah sangat sebab Gemok bukan pakwe aku pun. Hann Tan ni sebab ni mungkin first and last dapat dinner berdua. Diorang cakap dia bukan jenis suka keluar malam2 gi makan ape ni. Berdua lagi la tak.

Tapi aku heran 7.30 aku keluar dari rumah pun dia tak mesej. Mungkin dia lambat. Takpela gerak dulu. On the way dia call. Rupanya whatsapp dia tak masuk kat fon aku. Tau la line kat umah ni kadang2 gile. Dia cakap dia dah on the way ke autocity. Aku suruh dia bawak 30km/j sebab aaa aku tak suke orang tunggu. Dahla dia nak belanja pastu kena tunggu lak. Ish ish ish. Siap pesan dia suh main candy crush sambil tunggu aku.

Secret recipe Autocity memang biasanya tak ramai. Mostly Chinese. Pekerja pun chinese. Yang Seberang Jaya tu banyak Melayu. Jusco aku malas gi sebab parking susah. Lagipun takut kantoi dengan budak kilang.

Masa aku sampai memang nervous. Orang lain pandang pelik sebab yelah,lelaki Cina eating with Malay Girl. Walaupun aku chinese look(muntah.haha) tapi dah pakai tudung tu memang Melayu habis la. aku duduk terus silentkan phone. Tebiat habis aku ni. Dia pun tengok aku pelik masa sedang menyilentkan phone tu. Yela aku dok sebelah dia 15 bulan macam2 ringtone aku pakai. Kan aku selalu set ringtone untuk mesej Gemok. Kalau time Gemok rajin mesej aku berapa puluh kali la dia dengar ringtone phone aku dalam satu hari. Tetiba kat luar aku sibuk lak kan nak silent haha.

Hann Tan memang matang dan gentleman. Whatsapp dia yang tak sampai tu berbunyi "are you ready to come out?" Bayangkan kalau betul jadi boyfriend. Ahhh cair. Pastu masa aku dok tengok menu. Tanya dia kek ape sedap. Dia bagi cadangan la few cakes. Tapi aku teringat dia mungkin lapar so aku suruh dia cepat order. Dia tanya "u dah buat pilihan eh?" Lepas tu aku macam "aa dah"

Sebenarnya masa dia dok sebut order dia baru aku decide nak makan ape. Kalau gi dengan kawan2 atau Gemok aku dan kawan2 aku jenis suka biar waiter tunggu lama. Gemok selalu bebel pasal ni.Huhu. Pastu Hann bebel sebab last2 aku pilih chocolate indulgence gak. Kek yang mula2 aku tengok pastu kata tak mau tu.haha

Tapi tapi tapi.dia ni memang kesihatan. First time aku makan dengan orang yang order fresh milk. =.="

Aku pulak makan sangat tak sihat. Dengan latte nya. Kek lagi. Total different. Dahla kek 1slice je pun besar. Dia ada sebut pasal gemuk makan kek tapi aku buat tak dengar haha

Sambil2 tu sempat capture gambar dia. Tapi fon aku ni spoil la. Bunyi shutter takleh silent. Pastu dia cakap "u tangkap gambar I curi2 eh" haha kantoi. Nak ajak selfie aku memang tak mampu. Aku kan tak suka bergambar sangat. Bila terpaksa tangkap mula la ekspresi muka terpaksa sangat. Satgi mesti gambar dengan dia tu tak jadi..T___T

Agak lebih sejam gak aku duduk dengan dia. Nampak pekerja kemas2 meja kat luar tu baru aku ajak dia balik. Sebenarnya aku sian dia balik kerja mesti letih. Aku dah siap berehat tadi huhu. Tapi sebab sayang nak balik aku makan la slow2 haha. Lagipun aku memang kenyang.

Tapi kan. Banyak2 benda yang dibualkan. Satu soalan yang aku paling segan sekali dari dia ialah "u masak ke kat rumah" haha adoiiiiiiii. Terkesima sebentar.

Mungkin dia perasan gak aku nervous kot. Aku sebenarnya tak suka makan dok depan laki. Sebab aku nervous bila nak cakap tu aku pandang dia,orang tu pun pandang aku. Dahla meja tu kecik. Aku sambil cakap sambil tengok kiri kanan jadinya. Arghh awkward. Ikut kajian katanya lelaki yang perangai cam aku. Prefer pompuan dok sebelah dia daripada dok berdepan. Sebab lelaki tak kisah tak nampak muka pun.asalkan dia tau pompuan tu ada kat sebelah je ok dah. Ni aku pulak yang awkward. Dia ok je. Mungkin gak sebab selama ni dok tepi dia ja so kalini dia teringin nak berdepan ngan aku pulak kan. Assumption apakah ini...haha redha jelah wehhh

Last tu dia cakap "jumpa lagi nanti bila ada peluang" Ada nampak sikit riak sedih (takpela bagila aku perasan sikit weyyyyyy) masa nak pisah tu.

Sedih lak aku bila ingat.

Kak ilya suruh aku gi ngorat dia. Aku ni dahla tak pandai ngorat pastu nak ngorat lelaki yang pemilih pulak kan. Gemok yang dah kenal aku 3tahun setengah pun reject aku yang serba serbi tak kena ni. Ni kan pulak dia. Dahla nanti memang banyak gak constraint yang akan ditempuh. Lainla kalau dia yang ngorat aku dulu. Aku ni dari beberapa tahun dulu dah cakap dengan mak aku yang mak aku akan dapat menantu Korea. So mak aku kompem ready dah. Mak dia nak ke menantu Melayu? Huhu dahla.

Yang lawak petang tu kak Ilya dok usik aku pasal nak makan malam. Dia tak cakap terus terang tapi just cakap malam nanti nak buat friendfinder cari aku.nak datang kacau la. Hann Tan yang sengih sengih.

Btw thank you Tan for being such a good friend. Dia ja yang buat farewell party untuk aku. Sobsssss.















No comments:

Post a Comment