Mari join..:)

Saturday, August 23, 2014

Dibenci.

Lepas Gemok menjauhkan diri dan suruh cari lelaki yang lebih baik dari dia dulu,aku ada cuba berkawan dengan seorang jejaka di kilang. Sebab utamanya ramai cakap dia ni sangat baik dan single pula tu. Kita panggil dia M.

Satu hari. Keluar dengan kawan2. Kita panggil dia I. Bersama seorang kawan lain yang baru kenal. Dia sama kilang ngan kami tapi plant lain. Kita panggil dia ni L.

Masa tu aku rasa aura lain kat dia ni. Dia senyap ja masa lepak tu dan asyik dengan phone bermesej.

Then esoknya kot. Aku lepak dengan kawan2 yang sama tapi without L la of course. Aku cakap "jangan2 dia ni kapel dengan M". I tu terkejut dan tanya kenapa aku bole fikir camtu. Dahla L tu putih melepak. M tu hitam manis. Macam taik cicak katenye. Tapi aku tak jawab.

Satu malam tu gi makan dengan kawan2 termasuk I ni. Makan nasi ayam penyet. Naik kereta aku. Then after makan drop diorang kat kilang sebelum balik. Kebetulan masa tu duit aku hilang so aku pegi cari dengan kak Mas berdua kot2 ada orang jumpa tapi takde rezeki. Yang lain dah balik. Keluar kilang aku nampak L naik kereta M. Terus aku cakap dengan kak Mas "betul instinct saya"

Esoknya I cakap diorang dah tau lama pasal benda tu tapi sebab diorang bukan L so takkan nak cite. Well I'm hurt sebab kawan2 sembunyikan pasal ni. Bukan sebab M dah berpunya. Seriously aku rasa lega masa tu. Sebab aku tak la suka M sangat pun. Aku fikir aku cuma cuba mengalihkan perhatian aku dari Gemok dengan menggunakan M. Kalau M nak kat aku,aku rasa aku takkan berlapang dada terima dia sebab hati aku memang pada Gemok. Syukur aku tak menyusahkan hidup orang lain dengan harapan palsu.

Then hidup aku diteruskan macam biasa. Gemok masih kawan baik aku. Masa eksiden pun dia yang tolong aku macam2. Dan aku bersyukur ada insan yang sudi menghulurkan tangan di saat aku kesusahan...

Siang tadi aku cerita pada I yang M ada mesej mintak maaf kat aku. Sebab takut aku kecik hati pasal perbuatan dia dulu. Aku okey je sebab bukan ade feeling serius kat dia pun. Pastu I bukak satu cerita. Katanya lepas kami keluar sekali tu,L marah2. Dia tanya I hubungan aku dengan M. I jawab "huda tu main2 saja dengan M. Dia tengah gaduh dengan pakwe dia(Gemok) pastu pakwe dia suruh cari laki lain."

Oh. Maksudnya selama ini aku dibenci oleh L.

Bila mengetahui aku dibenci oleh 2 orang dari pihak berbeza,aku rasa loser sangat. Aku orang yang takde pape dan hanya bole mengimpikan saja untuk memiliki kebahagiaan dunia memang tak berkeinginan untuk menjadi perampas. Sebaliknya aku sudi menolong mereka mencapai kebahagiaan itu. Tu lah seorang yang bernama Udez. Sentiasa disalah tafsir dan seorang loser. Lebih baik aku pergi.




No comments:

Post a Comment