Mari join..:)

Wednesday, August 20, 2014

Cepat fedup.

Aku rasa aku jenis cepat fedup la dengan benda yang aku tak pandai. Macam tak suka gile sifat putus asa ni sebab banyak benda aku akan buat sampai habis. Aku tak suka berenti buat kerja separuh jalan. Macam kalau tengah buat sesuatu pastu kena buat kerja lain. Tunggu aku habis buat tu dulu baru aku gi yang satu lagi. Tapi aku tak suka orang tunggu. Sebab aku tak suka tunggu orang maka aku pun tak suka bila ditunggu. Rasa macam kena ketuk kepala banyak kali.

Mungkin sebab low self esteem kot. Contoh bila mekap. Baru pakai lipstick. Membe2 laki kelas dah ejek cakap tak sesuai la,ko lagi elok bila tak pakai pape la. Dah cewah2 kan aku. Terus tak nak mekap. Biarlah pucat dari kena ejek.

Bila pakai baju lawa sikit. Orang tengok lama2 aku mula la tak selesa. Walaupun aku suka baju tu tapi sebab tak suka orang tengok lama2 aku pun jadi malas nak pakai baju lawa tersebut. Perangai apakah ini? Anak dara patutla melawa kan. So kalau nak bagi aku pakai lawa2 jangan tengok lama2 atau tegur. Kalau tak confirm aku gi tukar baju lain nanti.

Memasak. Bila mood memasak aku datang. Pastu kena sound "itu pun tak tau" atau "tu la rajin sangat masuk dapur". Confirm aku letak balik senduk. Mood memasak aku tak datang selalu jadi baik diam bila aku nak masak. Cakap apa yang penting saja. Sakit hati terus bila ingat. Lagi2 kalau adik cakap "rajin pulak yong harini". Dia bangun tengahari aku tak cakap apa pun. Padahal aku dah buat macam2 dah sebelum dia bangun tu.

Kerja kemahiran tangan. Ni memang leceh sekali. Baik bertukang, melukis, even guna pembaris nak buat garis lurus pun boleh senget jugak! Aku pernah belajar jahit mata lalat ngan mak. Okey jugak tapi aku dah lupa dan mak aku tak cukup sabar tengok kecepatan aku membuat kerja. Mak aku memang A buat semua tu. Lukis,bertukang,jahit,buat kuih. Selalu cakap tangan aku takde seni. Even tulisan aku pun tak cantik walaupun masa belajar dulu berapa orang member sibuk nak tiru tulisan aku. Tak faham.

Oh aku jugak tak bagus dalam sport. Memang fedup masa sekolah rendah disuruh masuk lari 100m,4x100m sebab tak cukup orang. Pastu cara lari kena ejek. Tak nak masuk dipujuk masuk. Pastu ejek. Memang sakit ati. Mak pun ejek jugak. Nasib sekola rendah rumah sukan ade 3 je so semua orang dapat hadiah walaupun corot. Tetiba teringat masa form5 menang nombor 1 jalan atas bata haha.

Last sekali bawak motor. Aku belajar bawak moto 2009. Ayah suruh amik lesen moto. Kalau tak memang sampai sekarang aku tak pernah bawak moto. Aku tak pandai balance moto walaupun aku mahir berbasikal. Lepas eksiden kat sekolah memandu aku try bawak moto ayah area umah dan lancar. Tapi moto lain aku bawak jadi terhuyung hayang. Sampai sekarang lesen moto cuma hiasan. Bawak gi kedai pun tak mau. Rela aku drive gi kedai dari bawak motor. Kate je dulu keja kilang moto.

Lastly bercinta. Aku tak pandai mengorat langsung. Gemok cakap aku berkawan pun tak pandai. Memang pun. Dari kecik memang aku jarang bergaul dengan orang. Kawan2 masa kecik jiran sebelah rumah,sepupu2,pak anjang,mak andak dengan adik adik. Aku jenis dok rumah je. Sebab sekali tu bila berbasikal jauh pastu balik lambat. Terus kena marah dan hampir dirotan. Sejak tu malas jalan. Masuk sekola menengah pulak dah start pakai tudung,baju lengan panjang semua. Lagi la malas keluar. Dok je rumah sampai mak pun boring tengok. Kalau keluar pun dengan ayah.

Yang last ni aku malas nak fikir. Sebab lepas kawin bukan nak bercinta sangat. Tanggungjawab yang lebih. Sebab tu banyak orang bercinta pastu kawin tak bahagia. Sebab keadaan bercinta dengan kawin tak sama pun. Bercinta memang la indah je. Nak sedapkan ati sendiri ke aku ni haha. Sebab tak pandai bercinta,jadi aku kena tunggu la orang yang sudi bersabar dengan diri aku ni muncul. Sian.

No comments:

Post a Comment