Mari join..:)

Tuesday, May 13, 2014

Bahagia bila dia bahagia.

Everything happens for a reason. That's for sure. Kita diciptakan untuk jadi khalifah di muka bumi. Bukan cuma untuk bercinta 1000 tahun,lautan berapi sanggup direnang,setia hujung nyawa,sehidup semati kita. Bukan.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Tapi aku,cuma sedar tentang kekuranganku. Kalau diminta menyenaraikan kelebihan,aku fikir tidak sampai lima (5). Dengan kekuranganku yang melaut dan menggunung ini,aku tidak yakin aku mampu berjaya di dunia,apatah lagi akhirat kelak. Keyakinanku sifar.

Aku tiada cita cita. Tiada matlamat hidup. Aku cuma mahu hidup biasa. Di samping keluarga yang pasti menyayangiku. Yang aku sedar,aku gembira bila dapat menyumbang sesuatu kepada orang lain. Bila aku mengajar,dan pelajarku faham. Bila pelajarku menyatakan penghargaan pada perit jerih ku,aku rasa bahagia. Bila dapat buat Gemok gembira selepas mukanya monyok. 3tahun lalu. Aku masih ingat saat itu. Masa itu aku tiada perasaan padanya seperti sekarang. Baru berkenal beberapa hari saja. Aku lihat dia berwajah sedih. Dan aneh,aku merasa kesedihan itu seperti hatiku yang terluka. Aku cuba menggembirakan, dan aku berjaya. Sejak itu,aku sedar yang aku gembira bila dia gembira. Aku terfikir dia penting dalam hidupku.

Masa berlalu. Hidupku dipenuhi dengan cerita dia. Seperti tidak lengkap jika tiada. Ada kisah suka,dan sudah pasti ada kisah duka juga bertamu. Mindaku,hari hariku,tidurku dan jagaku. Dia yang di fikiranku sepanjang waktu. Sepertinya tidak boleh dibuang mungkin.

Beribu kegembiraan singgah,berjuta air mata juga melimpah. Hidup tak seperti mimpi indah. Ia penuh kejutan. Ujian. Setiap masa hadir tanpa gagal. Dan aku,kian lemah. Pernah kufikirkan sepuluh tahun dulu,ingin menutup hatiku dari sesiapa. Kerana kasihankan orang yang akan menyayangiku itu. Mereka cuma akan jumpa kegelapan,dan suram seorang aku. Tetapi bila akhirnya masa itu tiba,rupanya ia cumalah satu mimpi buruk yang hadir untuk menguji diri. Yang mampir sesaat,namun kesannya mungkin selamanya.

Pernah kufikirkan dulu..dialah satu nya yang sudi mengerti aku. Yang sudi berkongsi hitam putih kehidupanku. Yang aku boleh open up with. Memang dia saja. Tapi aku silap. Ia cuma pelangi senja. Sesaat kau datang...Hilang juga dalam sesaat.

Mungkin itulah tujuan aku diciptakan. Membantu orang orang yang memerlukan. Cuba melukis kegembiraan dalam hidup orang orang yang kekurangan ceria. Itu saja. Yang akan datang pula untuk menggembirakan ku, mungkin di sana. Andai khatimahku nanti husna. Itu sajalah untukku. Aku redha.


No comments:

Post a Comment