Mari join..:)

Tuesday, May 13, 2014

Dunia tanpa saya.

Ape rase hidup awak tanpa saya..saya pasti ia indah bukan..saya sangat pasti tentang itu...sekarang saya hilang diri saya..tapi saya tahu things will get better sooner or later. Anggap saja semua ini mimpi..terima kasih atas semuanya..hutang budi saya bawa sampai ati..hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan awak pada saya..

I leave because I love you...

Bahagia bila dia bahagia.

Everything happens for a reason. That's for sure. Kita diciptakan untuk jadi khalifah di muka bumi. Bukan cuma untuk bercinta 1000 tahun,lautan berapi sanggup direnang,setia hujung nyawa,sehidup semati kita. Bukan.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Tapi aku,cuma sedar tentang kekuranganku. Kalau diminta menyenaraikan kelebihan,aku fikir tidak sampai lima (5). Dengan kekuranganku yang melaut dan menggunung ini,aku tidak yakin aku mampu berjaya di dunia,apatah lagi akhirat kelak. Keyakinanku sifar.

Aku tiada cita cita. Tiada matlamat hidup. Aku cuma mahu hidup biasa. Di samping keluarga yang pasti menyayangiku. Yang aku sedar,aku gembira bila dapat menyumbang sesuatu kepada orang lain. Bila aku mengajar,dan pelajarku faham. Bila pelajarku menyatakan penghargaan pada perit jerih ku,aku rasa bahagia. Bila dapat buat Gemok gembira selepas mukanya monyok. 3tahun lalu. Aku masih ingat saat itu. Masa itu aku tiada perasaan padanya seperti sekarang. Baru berkenal beberapa hari saja. Aku lihat dia berwajah sedih. Dan aneh,aku merasa kesedihan itu seperti hatiku yang terluka. Aku cuba menggembirakan, dan aku berjaya. Sejak itu,aku sedar yang aku gembira bila dia gembira. Aku terfikir dia penting dalam hidupku.

Masa berlalu. Hidupku dipenuhi dengan cerita dia. Seperti tidak lengkap jika tiada. Ada kisah suka,dan sudah pasti ada kisah duka juga bertamu. Mindaku,hari hariku,tidurku dan jagaku. Dia yang di fikiranku sepanjang waktu. Sepertinya tidak boleh dibuang mungkin.

Beribu kegembiraan singgah,berjuta air mata juga melimpah. Hidup tak seperti mimpi indah. Ia penuh kejutan. Ujian. Setiap masa hadir tanpa gagal. Dan aku,kian lemah. Pernah kufikirkan sepuluh tahun dulu,ingin menutup hatiku dari sesiapa. Kerana kasihankan orang yang akan menyayangiku itu. Mereka cuma akan jumpa kegelapan,dan suram seorang aku. Tetapi bila akhirnya masa itu tiba,rupanya ia cumalah satu mimpi buruk yang hadir untuk menguji diri. Yang mampir sesaat,namun kesannya mungkin selamanya.

Pernah kufikirkan dulu..dialah satu nya yang sudi mengerti aku. Yang sudi berkongsi hitam putih kehidupanku. Yang aku boleh open up with. Memang dia saja. Tapi aku silap. Ia cuma pelangi senja. Sesaat kau datang...Hilang juga dalam sesaat.

Mungkin itulah tujuan aku diciptakan. Membantu orang orang yang memerlukan. Cuba melukis kegembiraan dalam hidup orang orang yang kekurangan ceria. Itu saja. Yang akan datang pula untuk menggembirakan ku, mungkin di sana. Andai khatimahku nanti husna. Itu sajalah untukku. Aku redha.


Thursday, May 8, 2014

Syair cinta yang indah..

Apabila yang mencintaimu berjuta..maka aku adalah salah seorangnya...

Apabila yang mencintaimu cuma seorang..akulah orang itu...

Apabila tiada seorang pun yang mencintaimu lagi...sesungguhnya aku telah mati...

Wednesday, May 7, 2014

Tanpa sedar.

Sometimes,
tanpa sedar,
kita bagi harapan dekat orang.
sometimes,
tanpa sedar,
kita buat orang menangis,
kecewa,
terluka.
sometimes,
tanpa sedar,
kita buat orang rindu sangat,
sampai hati rasa sakit.
sometimes,
tanpa sedar,
kita buat orang tertunggu-tunggu,
tanpa pasti.
ia bukan kehendak kita,
cuma perasaan tu hadir,
tanpa diduga,
tanpa diundang.
moga —Tuhan menyembuhkan hati kamu,
dan gantikannya dengan yg baru :’)
# kadang,
kita rasa benda tu hal biasa biasa saja -
walhal sebenarnya ;
ia setajam pedang
menghiris hati mereka,
tanpa kamu sedar. 

Monday, May 5, 2014

Happy birthday for 3 of us.

Biasalah..April dan July babies kami sambut sekali. So beli kek ni je..kek aiskrim strawberi,keladi dan vanilla. Sedap juga. Beli kat pekan Jeram je. Celeb kat umah opah..tapi Alif takde. Takpela tunggu nanti..

Thursday, May 1, 2014

Heartthrob.

Tetiba teringat kisah dulu kan. Biasalah,to forget someone need a lot of efforts. Ape yang paling senang is a lot of distraction. Contoh,cari hero korea kacak dan khatam berpuluh2 episod drama lakonan or video tarian kpop nya. Or usya lelaki lain. Yang kedua tu susah. Sebab dah lama takde feeling nak usya lelaki lain selain dia.

Bukak2 facebook biasanya muka yang sama ja keluar. Tiba2 tadi ada muka yang dah lama tak nampak. Pernah jadi my heartthrob dulu.

First time jumpa dia. Masa aku jadi faci orientasi dulu. Masa tu aku 3rd year dah kot. Zaman aktif aku. Aktif dengan persatuan fakulti,juga silat. Bukan sibuk dengan silat sangat,lebih pada aktiviti2 sampingan yang dianjurkan oleh persatuan silat. Heheh. Ok masa tu dia first year..senang kate sebaya Gemok. Muda setahun dari aku..T_T

Masa tu kena bagi makanan kot kat diorang. Masa orientasi tu aku biro F&B(food n beverages..). Dia lalu depan aku dengan Nana. Masa tu dengar dia cakap semenanjung. So ingat orang semenanjung la. Lama2 baru tau. Dia orang sarawak,Kuching. Nana cakap dia comel. Yes i agree.

Masa jumpa tu rasa dejavu. U know,rasa macam pernah nampak di mana mana tu. Tapi tak tau bila dan di mana.

And then,aku busy tapi tau la dia junior aku. Amik civil and all. Next sem nya aku gi praktikal kat shah alam. Totally forgotten.

Balik sarawak. Baru2 masuk. 4th year. Masa kat HEP ada orang main gitar. Aku tertengok je guitarist tu. Rambut panjang. Tengok tak berkelip. Lama aku perati. Last bila dia angkat muka baru tau dia rupanya.

Cita pasal dia tak banyak. Sebab jarang jumpa. Takda sweet memories sangat pun. Just jantung jadi lain macam ja bila nampak dia. Ada sekali la naik satu lif kat fakulti. Dia dok sebelah aku dan dok renung muka aku. Erk. Mungkin dia usya parut di muka kot. Apa lagi reason yang ada..-.-"

Biasalah manusia,selalu tengok balik masa lampau dan rasa menyesal. Tapi bila fikir balik. Memang aku takda keyakinan langsung untuk confess. Dari dulu sampai sekarang. Aku just fikir,biarlah ada the next Gemok yang muncul dalam hidup aku nanti. Yang boleh jadi suami,teman,abang, dan musuh. Sehingga tiba saat itu, biarlah aku begini...